RSS

Makanan

Winter sudah kepergian dan spring akan kedatangan (bahasa tunggang terbalik..)..yea...suke sangat. Alhamdulillah kandungan masuk bulan ke 5, almost 21st week. Perut walaupun tak berapa nak selera makan tapi makan je. Cuma sekarang ni berat dah naik ke 47 kg. (suke sangat walaupun naik skit).

Selera sekarang adalah makanan tradisional melayu. Haha. teruk betul perut asyik nak makan makanan melayu je. Pernah sekali buat ayam masak lemak cili padi, 15 biji cili padi duk bubuh.. rasnya tak la pedas sangat mgkn sebab cili padi tu tak pedas.. Tak dela menjadi sangat tapi okla kalau nak makan. Siap duk hirup kuah lagi. Sepatutnya tak boleh makan makanan berlemak dan pedas, takut heartburn. Tapi aku belasah je..

Setiap pagi dan petang pula duk buat kueh tradisional. Korek-korek resepi dari internet. apa yang ada yang tu jela yang buat. Nak makan punya pasal. Kalau duk Msia ni senang je kan.. keluar je rumah ke pasar malam ke , pasar tani ke, pasar kinggu ke,, mesti ada kueh mueh ni. Nak makan roti jala, sibuk je duk tebuk tin susu. Nasibla duk di US ni..apa nak makan kena buat sendiri.

Abgfiz tak ada ni mulala rasa malas nak masak, tak ada semangat nak masak. Nanti sape nak makan. Semalam ke supersaver dengan Ifa, ade nectarine, plum, peach. Dok pk nak buat kek ke, pai ke tapi kalu buat sape nak makan? Yela tukang try makanan tak ada..gamaknya makanan tak termakan la.. Pastu semalam duk pk-pk nak beli cantelope tapi tunggula abgfiz balik. Banyak betul mak budak nak makan. Nafs betul.. Perut ni cepat lapar dan cepat kenyang. Kalau lapar makan roti sekeping dah kenyang. Mana nak habis makanan??

Kalau duk rumah mama, mesti banyak dapat makan kueh-mueh.. Kalau mek (nenek) ada lagila haru.. setiap petang buat kueh, paling sedap kueh putu mayam.. Memang tak tertanding dengan putu mayam sesiapa kalau mek buat. sedap sangat.. Siap mek kait kelapa sebelah rumah lagi. Oiii sedap sangat.. Tahan ajalah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

maryam izza said...

ala siannya teringin putu mayam buatan mek ke? kak ija suka putu buluh kat pasar malam...

wan kak ija tak pernah buat putu mayam ni,dia selalu buat bingka ka kueh koci ka atau badak berendam... tu aje yg pernak akk tengok hehe...

org tua memang sedap walau masak campak aje kan za... syukurlah dah ada selera makan... take care!

Nida said...

Teringat kalau emak balik kampung Ayer Baloi sure dia mintak Pak Nep belikan putu piring. Kalau Pak Nep lambat beli sibuk dia tanya bila nak beli takut abis.... Sekarang ni di NZ mana nak cari, nak buat tak reti...rindunya masakan Malaysia...waaaa

NURUL IZZA said...

kak eja: putu mayam pasar malam tu xsesedap mek buat.sebab mek buat ada kuah dan sedap..

mak su: aii mak su baru gi sana dh rindu masakan malaysia ye. putu piring tu iza suka juga.mak kalau balik Air Baloi mesti bawa balik penang putu piring. tryla buat..ada ubi kayu kan.hahah.izza kalau nak makan kena juga cari resepi try2 supaya dp makan.xsedap mcm kat malaysia pon xpela asalkan dapat makan skit..jadila...

nanti mak su dan pak nep tak balik malaysia ke? kami duk sini mgkn 5 tahun

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan