RSS

Wanita, Duduknya DISAMPING, Bukan DI ATAS, atau DI BAWAH

Wanita, dengan kekuatan perasaan, kehalusan budi boleh membuat banyak kerja dalam satu masa. Sambil memasak, boleh basuh pinggan, masuk kain dalam mesin basuh, siap boleh tonton tv rancangan masakan sambil mencatat resepi. Itulah seninya seorang wanita. Sikap kerja mengambil itu dan ini memudahkan wanita menyiapkan kerja yang banyak dalam satu masa. Hebatnya wanita, semua perkara perlu difikirkan. Teringat ceramah Ustazah Sharifah Nor Hayati dalam tajuk wanita Islam, katanya wanita ni berfikiran complicated. Semua dia nak fikir. Sebagai contoh, dalam beg tangan wanita, apa barang yang tiada?? Semua ada, beg duit, kad segala jenis kad, buku kesihatan yang lama dan baru.. Iyalah mana tau ianya diperlukan satu masa nanti.

Teringat mama kat kampung, masa tu adikku Izzat (dah besar panjang dah, umur 21 tahun) akan pulang ke kolej pembantu perubatan di teluk Intan..mama yang berada di sekolah telefon rumah, bertanya adakah pakaiannya telah aku sumbat dalam beg, adakah dia telah bersarapan, adakah keprluan dia cukup segala segi, adakah selimut dan tuala telah aku masukkan ke dalam beg si izzat nih..terfikir masa tu, mama ni macamlah izzat ni umur 10 tahun. Si Izzat pon satu, suka sangat buat kerja last minute. Mama di sekolah tak tenang jadinya.. Nak mengajar pun teringat anaknya di rumah..

Sabarnya wanita lebih daripada lelaki. Bayangkan jika lelaki dijadikan untuk mengandung dan melahirkan anak. Adakah ianya sesabar wanita yang membawa perut seolah membawa 4 kg gula? Pula tu, bawa perut dalam masa yang agak lama, 9 bulan 10 hari, adakah lelaki sesabar itu untuk mengharungi?? Adakah lelaki sabar untuk bertarung nyawa menghadapi saat melahirkan anak??

Inilah kelebihan wanita yang tiada pada lelaki. Berbeza dengan lelaki. Pandangan lelaki jauh melaut bagaikan berdiri di sebuah bukit nampak banyak perkara nun di kejauhan. Fokusnya meluas kepada dunia luar Lambat perasaaan dengan dunia bawah yang hampir dengannya.
Itulah hakikat dan perbezaan. Bukan saling melemahkan antara satu sama lain. Sebaliknya mencari kehebatan masing-masing yang saling lengkap melengkapi.

Bayangkan kalau suami atau adik beradik lelaki terlalu detail hal-hal dalam rumah,masak tak sedap sikit kena tegur, sidai kain senget kena komen, lipat baju kedut sikit tak kena alamatnya perempuan dalam rumah akan kerimasan. Tak tahan dengar bebelan lelaki. Tapi hebatnya Allah, menciptakan lelaki yang tahan dengar bebelan wanita. Dah biasa.

Cuba pula bayangkan perempuan balik rumah macam lelaki, kain dihumbannya sana sini, dapur tunggang langgang, kain bertimbun tidak berbasuh dan lebih teruk lagi kain yang direndam berhari-hari boleh tumbuh segala jenis micro organisma. Perempuan jenis apakah ini?? Kerana fitrah wanita yang dikehendaki adalah meneliti kerja-kerja seni. Kain berendam berhari-hari bagi lelaki adalah biasa, tapi bagi perempuan ianya memualkan. Hebatnya Pencipta menciptakan lelaki dan wanita saling melengkapi.

Wanita, tulang rusuk yang bengkok, dicipta daripada tulang rusuk Adam a.s. Tulang ini perlu dilentur oleh lelaki beriman, pemimpin utama. Jika dibengkokkan, akan apatah dan jika dibiarkan akan bertambah bengkoknya. Wallahua'lam..

Sumber : Anis, April 2008

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 comments:

Anonymous said...

uh, bestnyek kalu ade orang kemaskan bilik den! hahahha baju bajan bersepah nih... huhu nnt ade satu puisi khas tuk perempuan... hehe nantikan....

NURUL IZZA said...

haih,apalg.. balik msia nant bawa sorg wanita..bukan mata biru ek..
=)

Anonymous said...

hihi sabaq jek lar... kah kah kah... mata biru la cantik! kan? tanye cik abg hafiz! (sure kene perli pasni) hahahha

rauhunt said...

Salam, ni anak menantu Dr Majid rupanya. Saya ada dengar jugak dari Suzana Sukri pasal Hafiz nak sambung blajar. Ingatkan kat UK (harap sangat boleh jumpa ahli Cekak kat UK ni).

Anonymous said...

kak ija baca anis bulan 4 ni za... hehe... mama siber ni serba boleh sambil melayari internet pun boleh membaca kan hehe

Anonymous said...

eh akk nak bagi nama baru lah bukan mama siber... ni islamic version ~ummi siber~ =) amacama ok tak?

NURUL IZZA said...

suhaizi:abgfiz xminat mata biru nih..dia minat mata mcm iza ni jek..haha =D

kak eja:ummi siber..wah ade gelaan br nih..kek eja,za bawa anis 4 je..yg lain xsmpt.huhu kempunan benor nk membaca madah ilmu tu..=(

rauhunt : ahli silat cekak mcawangan mana ya..

ABDUL HAFIZ said...

oooo..suhaizi,,mata biru mana kepunyaan ko ni ek..sally, kathy, betty,,hehe..

tu Rauhunt,,salm perkenalan.Welcome to our blog.moga semanagt CEKAK sentiasa di hati..

rauhunt said...

Izza, saya cawangan Tganung. Lupa nk bgtau jumpa blog ni dari blog suhaizi ...kenal dia dulu masa sama2 interview tutor d umt.

rauhunt said...

alamak ..siap kena 2 kali reply la pulak.

Hafiz, salam perkenalan. Memang sentiasa mohon daripadaNya agar semangat Cekak sentiasa kuat.

Bila dengar brita Tganu tuan rumah MAP next year rasa frust jugak sbb tak boleh sama2 buat kerja (hopefully boleh bg sumb bentuk lain). Tapi insyaAllah akan balik Malaysia masa tu

Anonymous said...

ala sian nya za... jgn risau yer ummi siber, apa kata ummi layari aja di www.galeriilmu.com.my
hehe=)

NURUL IZZA said...

tiap2 hr duk layan www.galeriilmu.com.my..tapi majalah anis bulan ogos n sept depa xupdate lg..huhuhu..xpela kan..ade la ilmu leh amik..haih setia betol kak eja dgn blog ni yee..time kacehla..syg kak eja..=)

Anonymous said...

ha'a tambah satu lagi koleksi blog yg wajib dilayari =)... memang lah za buku dgn laman web tak sm kan hu...

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan