RSS

Tomyam putih



Menu untuk berbuka semalam. Resepi dari dapur ummizaihadi (ubah suai), sesekali makan tomyam putih enak juga rasa. Pernah tengok CikDah dr Thailand buat tapi tengok jela, tak belajar pun..=)

Bahan;
1 biji bawang besar- belah 8
3 ulas bawang putih - dititik
2 batang serai - dititik
2" lengkuas - dihiris dan dititik
Ayam - potong kecil
1 biji tomato
Saleri
Carrot
Cauliflower
Cili padi - ikut suka
Cili hijau - ikut suka
Jus limau nipis
Daun limau purut
Garam

Cara:
Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan ayam (petua untuk hilangkan bau hanyir ayam), masak sehingga air ayam kering. Masukkan air dan carrot, masak sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan semua bahan lain kecuali jus limau dan daun limau purut. Tambahkan garam secukup rasa, setelah mendidih, masukkan jus limau dan limau purut..
p/s: Bahasa suka hati, campur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

rauhunt said...

Buleh jugak try letak kicap sotong sbg ganti garam.

p/s: resipi som tam takdok ke?

NURUL IZZA said...

rauhunt : somtam memang sangatla sedap. tapi xpernah lah belajar membuatnya.. Dan sememangnya saya tak berapa suka makan masam.

NURUL IZZA said...

Balik malaysia nant belajar dengan makcik a.k.a isteri pakcikku berasal dr thailand..

Anonymous said...

wah hari ni dpat resepi tomyam lah pulak hehe...

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan