RSS

Peach Cheese Cake


Huhu..baru je berazam nak kurangkan makan cheese. Tak pa, habiskan stok dalam peti ais (pujuk diri sendiri..=)) Balik dari kelas hari ini, Abgfiz tiba-tiba teringin nak makan cheesecake. Lepas asar tadi terus turun buat. Ni resepi main campak je. Tak sempat nak study resepi. Bila dah makan semua rasa ada..Manis, masam semua ada.. So bolehlah nak bagi tajuk kek sepuluh rasa..
Bahan :
Bahan A ;
100 gm cream cheese
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3/4 cawan nonsalt butter
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu baking soda

Bahan B ;
2 biji egg yolk
1 tin peach - asingkan buah dan jus

Bahan C :
2 biji putih telur
1/2 cawan gula

Cara -cara ;
Preheat oven 160 degree C atau 350 degree F. Campurkan semua bahan A dan gaul dengan menggunakan tangan sehingga rata. Setelah rata gunakan handmixer supaya adunan sebati. Bahan C dipukul sehingga kembang. Kembang sehingga bila terbalikkan mangkuk, adunan telur tak jatuh ( meringue) Bahan B , jus peach dan telur dipukul dan di campur ke dalam mangkuk bahan A. Pukul sebati. Bahan c kemudian dimasukan ke dalam ( no 2 ). Gaul dengan menggunakan spatula. Masukan dalam acuan pembakar kek dan taburkan buah peach ke atas adunan kek. Bakar selama 40-45 minit. Sehingga kek masak.

Bahan topping :
4 sudu besar plain yogurt
3 sudu besar gula
Buah-buahan dalam tin - fruit cocktail. (iza guna buah nectarine dan orange yang diiced dan sedikit buah fruit cocktail)

Yogurt dipukul bersama gula. Buah-buahan digaul bersama bancuhan yogurt. Kombinasi yogurt = masam dan gula = manis, masam manis..

p/s: hah, berapa banyak gula yang terkandung dalam sebiji kek...ish..ish...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

muqay said...

eh abg fiz ni,dok sana pun xbrubah jgk yer. hehe

fizah mmg romantik dalam diam...hehe

NURUL IZZA said...

fizah ikut mak.abgfiz pon ikut mak..me? agaknya mcm ayah kot..hihi.
ish abgfiz skg ni dh makan kurang dh..berat badan dh turun banyk dh..dh susut sikit badan dia.agknya nk jd ms dia zaman muda kot..hihihi

muqay said...

nampaknya kak iza sedang menanti abg kesayangannya seperti dl.

NURUL IZZA said...

oh tidak..kakiza lg suka abgfiz mcm skg..
alah xkisahla..yg ptg dia sempurna di mataku...=)

maryam izza said...

resipi ini mebuatkan kak ija tak tidur lena selagi tak mencubanya hehe~~ gud job sis!

zza said...

kija..cuba dulu..za xtau ok ke x.tp tekak abgfiz ok je.za bg cheesecake yg betol2 nnt ek..

kak ija said...

hehe ye lah kak ija cuba lah nanti...
insyaALAH sedap kalau dimulakan dgn bismillah dok gituh? tapi rumah sewa i tak ada oven la mama siber haha... balik kg lah baru buleh buat... tak pun nak sambut eid mubarak nanti ker kan

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan