RSS

Ramadhan 1993

Awal pagi aku telah dikejutkan dengan bunyi bising dan bau masakan dari dapur, bersama suara mama, aku terus bangkit dari tidur walaupun pada masa itu, mataku ini, kalau disorongkan bantal memang lena. Dek kerana takut pada mama terus aku bangun. Tengok jam baru pukul 4 pg. Haih awal betul mama bangun, mama tak pukul 330 pukul 4 tu memang kena bangun, membaca dan menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Kata mama, waktu sebelum subuh elok untuk menghafal dan mengulangkaji.
Terus aku ke tandas untuk basuh muka (rumah atuk) yang memang tandas itu tidak mempunyai atap. Dahla tak ada atap, lampu pun tak ada. Terus aku membuka pili paip..tiba-tiba, ade sesuatu melompat menerjah ke muka ku yang 'comey' ini. WAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!! Katak yang lembik tu...menjerit aku sungguh tak terkata. Terkejut mama terus ke tandas melihat aku, aku dengan tanpa membuang masa, terus mencapai katak yang telah bertempek di muka ku dan aku baling ke dinding. Yerk...tak suka!!!!
Marah betul mama, katanya ingatkan ape tadi. Rupanya katak, dah aku ni jenis ikut genetik papa. Genetik yang tak berapa berani dengan spesies haiwan amphibia, reptilia dan yang seerti dengannya. Mama marah betul, disebabkan suara aku yang kuat lantas semua bangun dari tidur, mek, tok ayah semuala..Bagus juga, tak perlu aku mengejutkan semua. Mama memang seorang yang berani, aku ni tak payah cerita la.. Sejak peristiwa ini, aku sememangnya akan berhati-hati dengan spesies yang sebegini. Nasib baik 'dia' tidak kencing atau yang seerti dengannya di muka ku ini..Ish dah lama pun susah untuk aku lupa.

Kenangan ini membawa aku kepada memori form 4 tak silap. Pada masa itu kami semua sedang menonton Majalah 3. Majalah 3 waktu itu sedang menayangkan kegiatan masyarakat Cina yang sedang menangkap katak untuk dibuat lauk.. Yerk.. dahla katak besar-besar, ish minta dijauhkan. Aku sememangnya penakut dengan spesies ini memang dah lama tutup muka. Dalam tak sedar papa juga begitu..Hahaha.. Lawak betul papa, barulah aku mengerti kenapa aku, dan spearuh adik beradikku takut dengan makhluk bernama katak nih..Rupanya papa pun begitu, Menurut papa, atukku juga begitu. Lawak betul. Kalau katak ade dalam rumah, memang mama yang tolong buang, takpun izzul adikku. Aku, izzat, papa?? Jangan harap, tengok pun bulu roma dah naik. Dan aku cukup ngeri bila katak bermastautin di dalam kasut sekolah ku. Maunya aku campak jauh-jauh..

Teringat pula balik Kelantan sebelum datang sini. Pagi itu kami cadang ke bandar KB untuk membeli sedikit barang. Suamiku ini, mencampak katak yang berada di dalam kasutnya ke arah aku. Ada ke patut, apalagi hah menjerit sakan lah aku. Terus dengar suara mama, marah kerana menjerit. Dah suamiku baling binatang yang sememangnya aku tak suka. Ish..marah betul aku pada dia. Nasib baik dia cepat-cepat minta maaf, itupun ada lagi rasa marah.

Namun, menurut kawanku yang mempunyai kacukan darah Melayu-Cina ini, katanya masyarakat Cina mempercayai bahawa kaki katak boleh melicinkan kulit muka jika diamalkan (makan). Tapi bukan sebarang katak, hanya katak yang dipelihara yang gemuk-gemuk (owh aku tidak mengenali spesies katak ini, jadi aku tidak mengetahui apakah nama katak yang disebutkan ini)Yerk...geli tali usus aku mendengarnya..

Sepanjang berada di US ini, tak pernah aku berjumpa atau terjjumpa spesies ini. Harap sangat spesies begini tiada di sini.

p/s: papa, ejat,ejo, mama dan abg, maaf tertulis namamu disini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

ABDUL HAFIZ said...

katak oh katak...mengapa ko panggil hujan..mcm mana kau xpanggil..ular nak makan aku..hehe..jgn mare

NURUL IZZA said...

sukenye dia..abgla pya pasal..xpasal2 iza kena marah kt ma =(..

Anonymous said...

Cg aziz takut katak ko?
huhuhu..
guano jd navy tu..
huhuhu..

Anonymous said...

za... takut katak ke? haha

NURUL IZZA said...

ibnulazim: jgnge xtau cikgu GTA awk tu buke takut katak tapi kegeliannya terserlah bula nmpk katak..haha..xpercaya try bg katak ko dio mesti dia melompat..

kak eja:za xtakutla katak cuma xleh sgt..hahah(bukan sm je ke maksud tu)

NURUL IZZA said...

ibnulazim : one more thing..GTA awk tu tak leh tengok darah..mudah reboh..=)

Anonymous said...

aduh.. nak berperang cmna? huhuhu..

NURUL IZZA said...

ibnulazim : itulah hakikat sebenar..tak percaya,balik nant singgah maahad jumpa cikgu awk tu..testla apa yg patut..sekian..=)

p/s: kalu pa baca,maaf ya pa..gurau2 ank beranaak..halal pa deh..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan