Iman dan Bon
Selepas solat raya
Selamat bertunang Lina. Moga ikatan bersemi akan kekal ke jinjang pelamin. Hingga ke syurga nanti. Amiin.

Tuan rumah dan Bon/Roz
Cheesecake abgfiz
You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Iman dan Bon
Selepas solat raya
Selamat bertunang Lina. Moga ikatan bersemi akan kekal ke jinjang pelamin. Hingga ke syurga nanti. Amiin.
Tuan rumah dan Bon/Roz
Cheesecake abgfiz
Tengokla nak tidur, ditarik kain yang menjadi alas tu. Semua masuk mulut. Iman..Iman..
Bismillahirahmanirahim
Meh kita tengok dan layan Iman ni.~~`
Inilah antara hobi Iman.menjerit nak bersembang. Nyaring suara dia. Menjerit sampai terbatuk uhuk, huk....
Ini pulak aksi nak meniarap. Hisap jari sebijik macam sape ye??
Yang ini, antara yang terbarulah, suka sangat main dengan kain masuk mulut dan angkat kaki. layan je
Kan dah padan muka! Ehehe
# disebabkan oleh bodywash. BERKEMUNGKINAN - awal-awal umi guna johnson bodywash (free soap) lepas tu guna Equate. Umi rasa sebab tukar bodywash la kot. Tapi 2 hari je guna, lepas tu umi tukar balik ke Johnson. Masih tiada perubahan dan makin teruk.
# disebabkan oleh sabun basuh kain (detergent)- Yang ini, umi rasa bukan penyebab sebabnya, sabun basuh ayah belikan yang sama je dari dulu hingga kini.
# kalau Iman minum susu lembu, kemungkinan allergic pada susu lembu. Tapi Iman full BF, tak mungkin allergic.
# ataupon disebabkan pemakanan umi. (rasanya umi tak ubah diet umi. sama je makanan dari dulu hingga kini)
# ataupon tempat tidur dan selimut. Umi dah basuh semua, tapi tidak mengubah biji-biji itu.
Semuanya tak pasti. Namun,
@ Iman tidak demam - suhu 98.2 F je.
@ Iman bergerak aktif macam biasa, menangis macam biasa, makan macam biasa, menjerit bergurau macam biasa. Jadi umi rasa mungkin biji-biji tak menjejaskan Iman.
@ Iman tak garu, tak nangis bila umi sentuh dan usap.
Cuma, bila umi sentuh tempat tu, Iman macam marah. Agaknya Iman pedih la kot. Awalnya umi risau, tapi ayah cakap Iman tak fussy, tak demam, insyaAllah tak ada apa-apa. Tapi bila nurse datang rumah concern pasal ni, dan umi pulak tel 1st nurse umi di Iowa tu, KAK JAJA, kata mereka Iman harus bertemu mata dengan pediatric Iman. Kat sini pula, kalau nak ke klinik, atau ke mana-mana sekali pon, mesti buat temujanji. Bila bincang dengan ayah, umi memang nekad nak bawa ke klinik. Pagi semalam umi tel people's health centre.. masyaAllah punyala lama nak angkat (tak terangkat pon) lepas tu lak entah berapa puluh kali umi tel. Umi taula sibuk, tapi cuba la angkat walau sekejap. Geram sungguh. Dah petang dalam pukul 4 macam tu, umi minta ayah yang tel dari opis ayah. Tak larat umi, mengadap pc. (sebab tel guna skype-jimat kre cellphone..;p) Dahla mata umi tak kuat- agaknya sekarang power spec dah naik. Hahaha. Malas sungguh umi nak update mata nih. ;)
Bila ayah tel, mahu pulak diangkat. Alhamdulillah, buat temujanji jumpa Kim Joy, nak jumpa Maryam Mahmoodian- pediatric Iman, dia banyak pesakit pula. Tak apala, asalkan Iman jumpa doktor. Dah Dr Kim tengok, dia pon tak tahu nak cakap, terus dia minta pendapat Dr Hall. Kesimpulannya, kedua-dua Dr tak tahu apa sakit Iman dan penyebab. Lawak la pulak. Justeru itu, Dr bagi prescription pada Iman - ubat sapu di leher (powder) dan di badan (liquid). Sebelum itu, sapu Aquaphor (cream for diaper rash- we got free from newborn class last summer and its recommend from pediatrition) Alhamduillah, untuk diaper rash Iman yang lepas sangat menjadi.
Aquaphor dan sebelah tu ubat dari doc. Kami amik di Walgreen (farmasi). Sini kat klinik tak ada pulak ubat. Semua pakai prescription. Susah betul.
Dah balik rumah, umi pulak rasa sakit badan. Macam nak demam tau. Tapi bezanya, suhu normal. Pelik kan? Agaknya disebabkan suhu kat luar yang turun naik la ni. Ish, minta dijauhkan. Seksa bila sakit, tak ada siapa nak jaga Iman.
Bismillahirahmanirahimmm
Inilah hobi Iman yang terbaru. Sengaja umi letakkan kain untuk alas- supaya Iman muntah di atas kain tu. Barang-barang mainan yang dibeli disini memang niat untuk bawa balik ke Malaysia- untuk adik-adik Iman nanti. ;) Jadi, perlu bersih untuk tahan lebih lama. Entah kenapa Iman sekarang apa yang ada dekat dengan mulut dia, semua nak masuk ke dalam mulut.
--@ semua pink - umi sangat suka pink. Kalau boleh semua nak pink. Tapi ayah tak suka pink. ;(
seorang anak menyedari erti sebenar kasih ibu bapa setelah dia sendiri mempunyai
anak. Jangan sesekali memungkiri kasih terhadap kedua ibu bapa kita kelak, anak-
anak akan memungkiri kasih kitaAnak kan.. besarkan anak memanglah banyak sangat cabaran (ni baru sorang anak, mak kita- orang dulu-dulu 7, 8, 9 anak dan ada yang lebih 15) Entry di blog kakhani sangatlah menyentuh naluri keibuanku ni. Tatkala membaca entry itu sambil merenung anak yang berada disebelah. Sayu je. Teringat pula pada kedua ibu bapa dan mertua.
Melayan Nurul Iman terkadang amatlah menguji kesabaran. Sebenarnya Iman bukanlah jenis bayi yang asyik menangis dan susah. Pada awal kelahiran, Iman asyik berjaga malam. Kata doktor, bayi ketika dalam perut ibu- waktu siang adalah waktu dia tidur dan waktu malam waktu dia berjaga. Sewaktu mengandungkan Iman, waktu siang Iman jarang aktif. Hanya apabila setelah saya minum air atau makan, baru terasa gerakan dia. Tapi pada malam, iman sangat aktif sehingga tidur malam saya terganggu. Senget perut, ke sana kesini dia. Lucu juga bila merenung perut tatkala Iman bergerak aktif.
Sekarang, Iman senang. Dia hanya menangis apabila lapar, atau nak tidur atau minta diteman. Bijak ni Iman.. bila tengok umi mengadap pc je, mulala..duk 'eeekkk... arrk...' sahla tu, nak kita berada tepi dia sembang dengan dia. Dah duk sebelah Iman, mulala gelak-gelak gembira. Pandai ni.. Alhamdulillah, agaknya dia tahu umi dia je yang ada dalam rumah ni. Senang la kerja umi. Bila memasak dia diam je dalam playing gym tu. (kadang menangis juga tapi umi buat dekk je sebab nak siapkan makanan) Lepas umi buat tak tahu faham pula dia umi sibuk, diam je. Main sorang-sorang sambil hisap kedua belah tangan. Entah apa yang sedap menghisap jari. Agaknya ikut umi waktu kanak-kanak la ni. Umi dulu hisap ibu jari sehingga umur 10 tahun. Macam-macam atok letak supaya berhenti hisap jari tapi tak jadi jugak.;) ~Like mother like daughter~~
Malam tadi cadang nak lipat kain, tapi Iman asyik mengamuk. Layanla sekejap Iman. Dah tu, bila tertengok tudung. Terfikir nak pakai kan pada Iman. Bila sedang duk cuba pakai kan tu, Lucu pulak.. Dok gelak je umi malam tadi. Iman yang mengamuk terus gelak sekali. Entah dia faham tau tidak. Meh layan gambar Iman ni.
Bila dah pakaikan tudung, nampak comey pulak. Biasa muka Iman, orang cakap muka laki (ade ke patut~~???? Katanya Iman nama laki..mana ada...) Bila dah pakai tudung ni, muka perempuan pulak. Comel sangat. Wakaka. umi puji anak sendiri. Yela, mana boleh kita cakap benda tak elok pada anak, sebab itu jadi doa.
Kadang waktu malam Iman tak nak tidur, umi dengan mata tak boleh nak buka.. marah pada Iman. Tapi apabila dia tengok umi marah, die gelak ketawa pula.. Ya Allah, nak marah tak jadi pula. Itula anak.. dialah racun dialah penawar.
p/s: bila khatam buku 'keluarga bersendikan taqwa-Dr 'aidh Abdullah' terfikir, bisa kah aku mendidik anak sebegini???
Maple syrup
Semalam sarapan dengan oat. Oat + air = masuk dalam microwave ~ 2 minute dah siap. Makan bersama maple syrup (sirap pancake tu). Cepat muak tapi.. sepanjang hari tu.. memang susu banyak sangat. Malam pon sama. Susu banyak sehingga basah tshirt yang dipakai. Alhamdulillah..
Dari atas : Blueberry cheesecake, Mihun sup kak nadiah, roti arab, di bawah para tamu
Iman dengan muka blur..ekeke.. Bawah : Ralph dan abgfiz
Dari atas kiri : Silvana, Ralph, Banks, Zaki dan kumpulan koir Malaysia~~`
Bismillahirahmanirahim..
Video Iman lagi.. Mak Uda..sila2 download ye..Untie Ros, tengok puas-puas ye. Atuk Piah, ni untuk atuk ye.. (psst..kalau tertengok background yang sepah shh diam -diam ye..buat tak nampak aja..)
Yang ni Iman bersama ayah..yeah!!
Ni video yang lama, Iman nak main dengan kuda tu.. Pening pale Iman..nak ambil tak sampaila ummi..
Ayah sedang sembang-sembang dengan Iman. Sekali lagi, Iman happy bila duk dalam changer diaper. Huh..
Video semalam ummi ambil, suara Iman dah serak. Iman sakit tekak la ni.. Iman boleh gelak je..;(
From: Nurul Izza Sent: Sunday, May 31, 2009 12:15 AM
To: mconfinement@baiboo.com.my
Subject: confinement at oversea
assalamualaikum Dr faridah,
Saya akan melahirkan anak sulung pada July 2009 dan akan melahirkan di USA dimana suami akan menjaga. Jadi bagaimana berpantang makanan di luar negara yang rata-rata susah untuk mendapatkan ramuan tradisional? Bagaimana dengan kata orang tua- tak boleh mengambil pemakanan yang sejuk seperti lobak putih dan kubis walhal apa yang saya tahu sayur itu boleh memperbanyakkan susu ibu. Bagaimana pula dengan meminum air susu segar? Adakah ia memudaratkan? Bagaimanakah caranya untuk memperbanyakkan susu walhal saya tidak berurut? Cuma set bersalin dan bekung dihantar oleh ibu dan mertua. Harap Dr Faridah dapat membantu.
Terima Kasih.
Nurul Izza Abdul AzizLincoln, NebraskaUSA
Wa'alaikumussalam Nurul Izza, Tahniah anda hampir nak bersalin. Cara berpantang di luar negara agak berbeza dan tak sepatutnya menimbulkan masalah untuk ibu. Ramuan tradisional ada dijual di Malaysia dalam bentuk set. Mungkin boleh order online spt set Nona Roguy. dll. Jika sukar mendapatkannya disebabkan undang2 import/export, maka boleh usaha cari barang lain sbg ganti. Untuk mencuci, boleh gunakan sedikit garam kasar/halus (1 sudu kecil utk 1 baldi).
Rendam bahagian sulit dalam air garan untuk cepat kecutkan alat sulit yg terkoyak atau setelah episiotomi. Luka mudah sembuh. Buat setiap kali sebelum mandi atau selepas kencing/berak. Untuk mandi, gunakan spa salts yang wangi, dan gosok buang daki di badan. Minta suami tolong gosokkan spa salt. Bilas dan mandi. Untuk rambut, guna syampu wangi (Wella balsam atau Pentene milk-honey, etc). Gunakan body lotion yg wangi. Untuk pakaian, pakai bengkung dulu kemudian pakai baju longgar. Untuk makanan, makanah spt biasa, tapi tambah oats, buah-buahan dan sayur-sayuran. Rebus dan buat bubur oats, tambah gula, madu dan pisang atau epal rebus. Makanlah buah-buahan kegemaran anda. Bagi sayur-sayuran, rebuslah dulu supaya fiber/seratnya hancur elok, baru makan. Elakkan sayur mentah sebab fiber/seratnya buat kembung. Makanlah sayur supaya hemoglobin dlm darah mencukupi dan anda tak letih. Terus makan pil antenatal walaupun selepas bersalin. Ia bagi mengekalkan iron/ferum/Fe bagi membuat hemoglobin. Jika anda nampak pucat dan sentiasa rasa letih, ia tanda hemoglobin tak cukup. Sekali sekala makanlah daging untuk tambah darah. Minum banyak air untuk dapat banyak susu. Minum fruit juice, Milo, air coklat, dll. Elak teh & kopi sebab ia buat anda banyak kencing. Makan & minum 30 minit sebelum dan selepas menyusu bayi. Banyakkan rehat supaya pengeluaran susu tidak terjejas. Selamat Bersalin.Faridah
Ini email yg saya dapat setelah bertanyakan makanan pantang kepada Dr Faridah di baiboo. Jadi, kepada yang berpantang, makanlah makanan yang berkhasiat untuk menghasilkan susu, juga untuk kesihatan kita.
Dibawah ni saya copy dari article breastfeeding yang dapat dari newborn class.
Tips
# drink water or juice when thirsty
# try not drink more than 1 or 2 drinks each day with caffeine, such coffee and soda pop ( Alhamdulillah ummi memang tak minum kopi, Nescafe, dan air soda –air gas)
# you can eat almost any food when breastfeed. If baby act fussy and uncomfortable after u’ve eaten a certain food 2 or 3 times, do not eat this. (takat ni Iman ok je ummi makan apa)
# No heavy or regular drinking alcohol (of course ummi tak minum)
# any medicine or drug – as advice from doctor
If mom which want to improve blood iron, must eat foods with rich iron ex: liver, red meat, poultry, dark green leaf, whole grain bread and cereal. Foods high in vit C also help the body absorb iron. Caffeine in coffee and colas and the tannin in tea can reduce iron absorption. Drink juice or eat citrus foods with your meal. Calcium also can break iron. So, do not take milk with the iron food. ( Ummi liat sangat nak minum jus. Sebab tu, jus dalam peti bersepah, sampai tak muat peti. Ayah selalu bising ummi tak minum..tapi perut ummi kecik kan, nak minum susu lagi, minum jus lagi, nak minum air masak lagi.. Tapi ummi memang kena minum sebab ummi memang low iron)
Good nutrition choices for breastfeeding mothers
# Grain, cereal rice, pasta – 6 - 10 per day -
# Vegetables – 3-5 cup per day – raw leafy vege such lettuce, spinash, broccoli, cauliflower, vegetables juice, such as tomato juice (ummi memang suka sayur tapi sawi, karot, ulam-ulam paling ummi suka)
# Fruit – 2-4 cup – fresh, cooked, canned fruit, peaches, pears, melon, nectarine, apple, banana. Pick at least one fruit with high vitamin C such, strawberries or orange each day. ( ummi liat sikit nak makan, kalau strawberi ummi suka sangat)
# Meal, Poultry, Fish, Eggs, Dried bean, Nuts. – 2-3 serving each day – cooked meat, fish, cooked bean, tofu, sunflower seed ( lot of iron) peanut butter, pumpkin. Nut and peanut are high in fat so use sparingly ( ummi makan daging dan ayam, kadang ikan salmon. Ummi suka sunflower seeds tu, peanut butter pon ummi je makan. Ayah tak pon dan ummi suka sangat tofu, tiap hari ummi goring masuk dalam sayur ummi..sedap..)
# Milk, yogurt, cheese - 4 serving per day – 1 cup milk, 1 cup yogurt, 1 cup buttermilk, custard pudding, ice cream, ice milk ( ummi liat sikt nak minum susu banyak-banyak ni. Kat Malaysia ummi suka minum tapi kat sini liat sikit..)
# Fat, oil, Sweets – Use sparingly, these are the “sometimes” foods as cookies, cakes, candy, salad drasing, mayonnaise and ice cream. No need to meet daily nutritional. (ummi tak berapa nak makan benda macam ni. Cookies tu makan yang oreo je ;))
p/s: semoga dapat menjawab soalan kawan-kawan yang BF. ok?
Kat atas ni makanan yang ummi dapat dengan program WIC tu. Tengokla.. juice punya berlambak di peti ais, tak larat ummi nak minum. Ayah memang tak minum.. Kepada sesiapa nak sila datang rumah amik je.. ;p
# 100% juice tu dari buah yang diperah dan tidak dicampur dengan gula. Sangat bagus tapi.. adeh..kalau oren tu masam ohhh.. Kena campur dengan air. Tak perlu masukan gula sebab dah sedia manis..
Ni video time nak salin diaper Iman. Entah kenapa bila letak je di tempat changer diaper ni, gembira sangat. Asyik duk menjerit nak gelak dan sembang. Tak paham ummi. Ni malam tau pukul 12 gitu. Mata ummi dah tak leh buka, tapi Iman nak main juga. Bila cek, ohh Iman dah nak kena tukar diaper...
Sebenarnya tak nak upload video ni, tapi sebab Iman banyak pula sembang dan gelak..jadi upload jela..Abaikan background belakang ye. Sepah. ;) Maklum saja, kalau nak tidur siang, terpaksa bentang selimut. Sejukkkkkkk ..~~~~
Kat bawah ni pula gambar Iman, sebenarnya perubahan muka Iman. Muka Iman ni asyik berubah aja. Sat muka ummi, sat muka ayah. Tapi banyak ikut ayah. (dah nama anak ayah kan ;p) background gmbar tu, putih je.. Tadi dah edit tapi lupa pulak nak buh kaler background. Layan aja ye.
p/s: moga-moga Mak, Lina, Cik arr, terubat rindu pada Iman ya. ;)
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan