RSS

What a bad day~~

Bismillahirahmanirahim



Pagi tadi bangun jam 5 pagi, alhamdulillah bangun awal juga. Lepas mandi + solat + buat sarapan, saya melayan puteri indera kayangan. Dia tidur sekejap sangat, tak sampai pun 1/2 jam. Niat di hati nak habiskan modul diploma yang saya ambil, tapi terbantut sebab si kecik terjaga.

Dalam duk melayan si kecik, saya melayan juga movie di abcfamily channel (entah tajuk apa, tak tahu). Dalam masa yang sama duk layan puteri bergelak ketawa bersama. Lepas je movie tu, saya mandikan dia. Dah tu, tengok jam.. yaAllah dah pukul 1254 tgh ke??? Dah tu terus ke dapur, panaskan nasi (read: nasi dan lauk dalam microwave) dan makan nasi bersama si kecik juga. Terus saya solat.

Sejurus selepas solat zohor, mata masih melayan puteri yang ingin bergurau senda. Bila buka tv, ada pula movie best Ella Enchanted ke apa lupa dah tajuk dia (ala..kisah yang ala-ala fairy tale tu.. yang ikut je apa orang suruh disebabkan sumpahan pari-pari), saya duk layan movie tuh sehingga habis (ala tengok pun dah kat tengah-tengah). Dah tu layan sambil tertidur, hajat dihati nak bangun jam 330.

Bila sedar-sedar ya Allah dah jam 507 petang!!!!! Solat asar belum lagi (read : solat maghrib jam 551), masak tak lagi. Nasib baik si kecik tidur, abgfiz balik pukul 9 malam (jadi, masak lewat pun tak pe). Ish, kenapala tidur banyak sangat nih~~ Naik pening kepala, sungguh tak sedar. Selalunya bila saya tidur lama dan unexpected bangun, mesti moody je. Tak suka!!!!

p.s : bila nak habis modul diploma nih..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

lina said...

lina pun sama...kalau tido lama, tbe2 bgn..nt rasa bad mood je...

Chik Na said...

agaknya disebabkan cuaca sejuk disana menyebabkan mata izza asyik nak lena je :-)

Nida n' Hanafi said...

Mak Su rasa sama ada tekanan darah rendah atau kurang haemoglobin dalam darah.. tu yg lack of oxygen, bila dah tak cukup mulalah rasa letih atau mengantuk jer

Ummu Ammar said...

Izza..

Kdg2 situasi sekeliling mempengaruhi..tu yg asyik nak tido jer..akak pun sama tak suka kalau tido melebihi had..rasa pening dan moody..

ibu wawa said...

memang penat kalau study dgn anak ni. namun apapun buktikan yang izza boleh belajar macam org lain yang tak de anak.

aLyNnZ said...

iman pun sure layan gak citer fairy tale tuhh kan..sure warna citer fairy tale tuh menarik minat iman..

btul2 klau bgn kelam kabut pulak tuhh sedar2 smua x buat lg mmg jd moody..

Unknown said...

ewahh..ewahh..
senangnya depa..
bangun..melangut (nonton),,then tidoq...then bangun semula makan dan melangut lagi then...???
p/s- jgn sampai izza tertidoq dan Iman pula yg menonton tv tu lak..buat dia pi tekan channel lain yg heavy,,tu..lagu mana??? hee..

Nurul Izza said...

LINA: SEBAB XWAT KEJE MCM TU LAH..MOODY SGT

chik na: agaknya sejukla kot ;p

maksu: aah mmg kalau xcukup oksigen kan, kepala cepat pening dah tu mula mengantuk..

Nurul Izza said...

UA: kalau tido malam lama xpe jugak, ni tido siang lama, memang moody

ibu efy emy eqy:iza xdela teruk sgt study, baca buku dan buat exam je tpi..mmg nak baca buku depan anak susah sikitla..

alynnz: hehe dia tu xlayan tv pun..nak suh umi duk sebelah dia je ;(

LB: hahahh..banyak melangut kan? musim sejuk memang mcm tu..tambah kalau masak utk pagi dan tgh..lagila duk melangut je :))

p.s: hahha biasa kalau nak tido off tv, sorok remote bwh bantal.iman mmg xtekan.hahah

Ummi Hanie said...

iza..jgn2 ngantuk bersebab kot..jeng3x..hehe..akk joking je yer..tp kalo betul ape salahnye..leh wat kawan Iman kan..:)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan