RSS

Breastfeeding Mommies

Bismillahirahmanirahim..



'hemmmmmhhhh.." mengeluh lagi.. Mengeluh bila baca pasal breastfeeding di rumah Kak Shira dan Kak Raudhah. Saya cuma nak kongsi kan di sini tentang breastfeeding.



Sebenarnya saya tak nafikan tentang kekurangan ilmu BF di Malaysia, sama ada kalangan orang tua atau pon orang muda, malah doktor-doktor pon sama. Tambah lagi, susu Formula memang sangat banyak dan murah di Malaysia. Berbanding di sini, susu Formula sangat mahal dan berjenama : Pediasura, enfamil etc etc.. Sebagai contoh, satu tin kecik (sebesar tin nestum bayi) Enfamil ~ $20. (kalau $20 X 3.5 = RM 70) Mahal tak? Tapi bukan sebab itu saya breastfeed Iman, memang dari awal-awal mengandung saya memang niat untuk susukan anak dengan susu sendiri selama 2 tahun.



Selepas aja saya melahirkan Iman, nurse terus bagi Iman pada saya untuk menyusu. Awal-awal memang susu sedikit, (sebenarnya bukan susu).. Susu yang terawal di nama kan kolostrum, ia mengandungi banyak protein dan karbohidrat, kurang lemak, dan antibodi sebagai imunisasi kepada bayi. Ianya sangat mudah dihadam, dan kuantitinya sangat sedikit ( kurang dari sesudu teh air) namun, ianya kaya dengan nutrition untuk bayi (newborn baby). Pada awal kelahiran, saiz perut bayi sangat kecil, sebesar syiling 10. Sebab tu, Allah jadikan kolostrum sedikit- cukup untuk memenuhi perut sebesar 10 sen sahaja. Pada hari ketiga selepas kelahiran, susu mulai keluar. For more infomation click here. Tambah lagi, jika bayi hisap susu ibu sejurus setelah bersalin, hormon oksitosin akan dirembeskan untuk membantu pengecutan rahim.


Susu ibu memang cepat dan mudah dihadam..sebab itu..bayi yang minum susu ibu kurang sembelit, berbanding dengan susu formula, susu Fm mengandungi banyak lemak dan susah dihadam, sebab itu bayi Fm kenyang lama berbanding bayi susu ibu (susu terperap lama dalam perut..). Disebabkan hal ini juga, bayi susu ibu lebih kecil berbanding bayi susu formula.


Apa yang lebih penting adalah kesihatan bayi. Saya selalu membaca tentang keluhan ibu-ibu tentang kata-kata sinis yang dilemparkan kepada ibu tentang fizikal anak yang minum susu ibu.


"keciknye anak ko..bagi susu apa. Bagila susu tin tu, biar besar sikit. Kesian budak tu.."


"la..ko tak campur dengan susu tin ke? patutla nak ko kecik je"


" air masak pun tak campur ke?? apa ko ni.."


Psstt..ayat last tu ayat yang ditujukan kepada saya.. Sebenarnya susu ibu dah cukup sangat buat bayi. Air pun tak perlu sebabnya, awal-awal hisapan bayi..susu keluar berupa susu ceroi. Sebenarnya itu adalah air - untuk hilangkan dahaga bayi, setelah itu barulah keluar lemak susu - untuk kenyangkan bayi.


Saya memahami tentang kesedihan ibu Bf. Walaupun saya tak mengalami, tapi saya sedikit sebanyak saya memahami. Apa-apapun sabarlah, memang susu ibu khasiatnya tiada bandingan. Di sini, kami breastfeding mom, memang sentiasa mendapat sokongan buka sahaja dari doktor dan nurse, malah ahli nutrisi, staf hospital, semuanya menggalakkan penyusuan susu ibu.


Untuk yang nak bertukar ke susu formula dan putus asa dengan susu ibu ni, fikirkanlah.. susu mempengaruhi anak dan sikap mereka setelah besar nanti. Sebab tu dalam quran Allah menekan kan..



وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰٓ أُمِّ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَرۡضِعِيهِ‌ۖ فَإِذَا خِفۡتِ عَلَيۡهِ
فَأَلۡقِيهِ فِى ٱلۡيَمِّ وَلَا تَخَافِى وَلَا تَحۡزَنِىٓ‌ۖ إِنَّا رَآدُّوهُ
إِلَيۡكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٧



Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami. (Al Qasas : 7)


Ayat diatas menunjukkan ALlah memang telah merancang jadualNya untuk menemukan nabi Musa a.s dengan ibunyas ndiri untuk menikmati susu ibunya sendiri. Selama ibu menyusukan anaknya, maka beliau berada dalam kemuliaan yang penuh pesona .... Dipetik dari Buku Amalan ibu mengandung , Siti Nor Bahyah.


Antara kesan susu ibu terhadap anak:


1- Watak anak lebih lembut

2- Emosi bayi lebih stabil

3- Anak lebih mengasihi ibunya serta adik-adiknya.

4- Anak berasa terjamin, yakin dan lebih berani

5- anak tidak mudah ditimpa tekanan jiwa.

6- Minda anak lebih cemerlang

7- Fizikal anak lebih kebal dari penyakit.


Sumber : buku amalan ibu mengandung


Untuk masalah penyusuan susu ibu, jika ada masa lebih berjumpalah dengan Dr Faridah, di sini. InsyaAllah membantu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

puan punyer said...

Ya Izza setuju 100%. Paling akak x bleh tahan bila ada yang kata anak BF tak lena tidur. walawei... sebenarnya anak k mak bapak yg x lena hihihi...

aLyNnZ said...

seronoknyerr bc n3 nurul kali nie..
tp sygnyerr alin xleh fully bf Danish..alin trpaksa campur ngan susu formula n mmbiasakn penggunaan botol susu utk memudhkn pengasuh bg susu..

Anonymous said...

betul tu..
kolustrum tu adalam makanan pertama bayi..
memeg bagus sgt2 untuk bayi..

tapi sesiapa yg bekerja boleh teruskan breastfeed dengn cara mengepam..

betul x??

Azirahman said...

Agreed. Anak2 akak tiga2 fully b/feed sampai umur 2 tahun.....sebulan seblm start kerja balik dan ajar anak guna botol susu tp still susu badan yg dah dipam.....alhamdulillah anak2 jarang sakit/demam,kat sekolah pun ok...I fully support b/feed...

Ummu Ammar said...

Sokong BF! Lama dah tak BF ni..bila la agaknya ek..

ummikhayra said...

semua yang izza cakap tu memang akak sokong..... bab bagi air masak pun, akak dah kena jugak dulu. memang susah masa awal-awal tu.. sekarang ni je, family akak dah ok.. Dah terbukak sikit la... :)

Ummi Salsabila said...

betul tu dik.seronok bc entry izza ni.bg akak info n smgat juga.tq dik!

ibu wawa said...

bestnya baca entry ni. memang betoi yg izza katakan.

akak pun tengah disiplinkan diri menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya.

sama2lah kita mempertahankan khasiat susu ibu.

Nurul Izza said...

puan punyer : ekekek..manela bby xlena tido..sbb xkenyang kot diorg ckp gitu/..

alyynz: sekurang2 nya alin dh usaha nk bg susu BM.xpe next time..hopefully balik msia nnt iza pon leh bg susu ibu sepenuhnya

miloicekaw : betul3

kak azi: tahniah.... ;))

UA : dah lama xBf..nnt ade bby ke 3 BF balik ;))

UK : alhamdulillah kan..mmg nak perjuangkan susu ibu ni kena sabarla sikit kan =)

US: same2..ganbatte!!

ibu emy efy eqy : sama2 kita sokong dan perjuang.. (belit2 iza nk sebut profile akak..ekekek)

yatie chomeyl said...

nice info dear :)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan