RSS

My new secondhand car



Alhamdulillah, selepas hampir 3 bulan tinggal disini aku membeli sebuah kereta terpakai dari kawan aku yang duduk satu pejabat dengan aku. Dia beli kereta baru, jadi dia jual kereta lamanya pada aku.Kereta tu adalah kereta Honda Accord LX 92 sedan.Murah la juga dia jual, $ 500. Kereta tu padanlah dengan harganya. Ada masalah sedikit dengan break. Hari tu aku bawa berasap tayar depan sbelah kanan. Ingatkan "overheating", rupanya maslah dengan break.Aku dah servis break tersebut. Sekarang masalah utama kerteta ni, minyak hitam asyik leaking je. Biarla, kalau nak baiki akan mencecah seribu dollar..Baik aku beli kereta lain.Lagipun tak ada budjet nak baiki. Cukuplah aku "topup" minyak hitam bila dah kurang.Lagipun, bukan aku guna setiap hari.Aku guna bila nak beli barang2 dapur je dan jalan2 degan isteri aku dalam kawsan bandar aku je. Tak berani aku bawa jauh2. Jadi tak perlulah aku bawa beg besar naik basikal ke kedai beli barang dapur. Apa2 pun, pengangkutan utama aku adalah basikal.Senang nak parking.Kalau dengan kereta, tempat parking pun kena bayar dalam kampus.





Ujian praktikal memandu, 3 kali ambil baru aku lulus. Sini undang2 jalan raya lain dari Malaysia.Lagipun sini tempat duduk memandu disebelah kiri. Kekok la jg mula2 bawa. Aku pun tak kisah gagal.Kalau gagal, esok ambil la lagi sampai lulus.Sebab tak perlu bayar pun nak ambil ujian.Bayar bila lulus untuk buat Kad Lesen Memandu. je. Kalau di Malaysia, setaip kali gagal dan perlu mengambil ujian memandu baru, seratus lebih la kena bayar. Jawabnya jangan gagal bila pertama kali ambil ujian memandu.










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

muqayankabut said...

kete kat umah tu mak bawa cermat sungguh, tapi ok lagi. nampak berkilat.

Anonymous said...

kena la cermat..kete tu ditinggal dlm keadaan baby lg...xkan balik nnt nk tgk dh tua kot..hahahah...nnt ade plak org marah kete nmpk tua...heheh sory abg...

muqayankabut said...

kete tua tak pe lagi, nanti pemandu racing tu nampak tua lgi susah.

Kak long kene usaha bagi abg fiz nampak muda.

hehe.

Anonymous said...

apsal abgfiz nampak tua ke...rs xpun

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan