Lama betul tak BBQ.Hari terakhir aku BBQ ni masa di rumah mertua aku di Kelantan.BBQ beramai-ramai selepas solat maghrib di halaman rumah mertua aku. Sekarang ni dah mula penghujung musim panas. Kalau tak ambil peluang BBQ di taman-taman, cuaca akan mula sejuk bermula musim luruh pada bulan sembilan nanti.Masa tu kurang sesuai nak BBQ.
Aku dan isteri termasuk sahabat aku Suhaizi BBQ di sebuah taman yang dipanggil "Holmes Lake". Di sini terdapat sebuat tasik buatan yang agak besar juga.Disini dibenarkan memancing di tasik tersebut.Di kawasan tasik inilah ramai orang yang melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, picnic, berkasih sayang, main bola tampar, futsal dll.
Kami BBQ ayam je.Ayam tersebut dibeli dari Masjid Lincoln.Perap satu hari satu malam. Fuyooh..sedap betul makan ayam bakar dengan bihun goreng sambil menikmati panorama matahari terbenam "sunset" diseberang tasik.
Rasa rindu pula ayam percik di Malaysian.Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan.Nampaknya kalau mengidam nak makan ayam percik, kena bakar sendiri la.Lagipun alat BBQ pun dah ada.Bakar je di belakang rumah.
0 comments:
Post a Comment