Dua hari yang lepas, aku telah melengkapkan kurus "Radiation Safety Training".Pakej kursus ini adalah selama 8 jam. Tujuan utama kursus ini adalah untuk megajar cara yang betul pengendalian bahan-bahan yang merupakan radiaktif. Ia merangkumi dari segi pemahaman istillah radioaktif sendiri dan bahan-bahan yang diaplikasikan sebagai radioaktif.Di samping itu, di dalam kursus ini diajar secara betul kaedah dan aplikasi keselamatan yang perlu ada semasa pengendalian bahan radioaktif. Selain itu, dalam kursus ini juga diajar bagaimana hendak mengendalikan makamal yang telah tercemar dengan bahan radioaktif dan bagaimana ia dibersihkan. Pada penghujung kursus ini, satu ujian bertulis akan diadakan.Mereka yang lulus akan diberikan sijil dan dibenarkan menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang memerlukan penggunaan bahan radiaktif.
Untuk kerja-kerja penyelidikan yang bakal aku lakukan tidak melibatkan peggunaan bahan radiaktif, tetapi makmal aku merupakan salah sebuah makmal yang melibatkan penggunaan bahan radioaktif. Sahabat aku, Neil meggunakan C-14 untuk kajian penyelidikannya terhadap anai-anai. Sekiranya berlaku "contamination", sekurang-kurangnya aku tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelak 'contamination' semakin berleluasa.
0 comments:
Post a Comment