RSS

Kerinduan pada keluarga dan sanak saudara di Malaysia..




Hari-hari mengadap laptop, hari-hari teringat kat kampung nun jauh di Asia. Kerinduan terhadap mama terutamanya. Terkadang sedih apabila teringat mama kt Kelantan terubat rindu. Mama.. the best mom in my life. Banyak pengorbanan yang dicurahkan. Banyak pengajaran yang dapat bila bersembang dengan mama. Yang pasti diri ini tidak pernah untuk melupakan mama n papa, along serta adik-adik di dalam doa. Semoga semuanya sihat sejahtera, semoga semuanya di bawah lindungan rahmat Yang Esa.
Tidak lupa juga kepada mak dan ayah di Penang. Mak boleh dikategorikan super woman. Semua anak- anak mak banyak bergantung pada mak. Begitu besar budi mak. Mengenali mak banyak mengajar aku erti sifat sabar. Sekarang Hafizah meniti hari yang bersejarah..semoga baby Fizah dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat. Tertanya-tanya bagaimanalah rupa anak saudara aku ini. Yang pasti kulit putih sebab mak dan ayahnya berkulit putih. Mata sepet?? Tak pasti.. Untuk mak dan ayah serta adik-adik, ku doakan semuanya berada di bawah lembayung rahmat Ilahi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

muqayankabut said...

rindu-rindu la kat malaysia ni, sedap sungguh ptg ni mkn nasi kerabu...hmmm.

ps: kat penang ni.

Anonymous said...

xdela teringin sgt nk makan nasi kerabu..sini leh buat..teringin nk jumpa org kelate

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan