RSS

Kenduri Perkahwinan di USA



2 Ogos lalu, kami dijemput oleh advisor Abgfiz, Dr Shripat Kamble menghadiri kenduri perkahwinan anaknya, Praima Barbara Kamble. Kami hanya sempat menghadiri majlis makan malam sahaja yang diadakan di The Cornhusker Merriott Hotel, South 13th St, Lincoln. Perjalanan mengambil masa 15 minit, maksudnya tak lah jauh sangat dari rumah kami.

Jamuan dimulai dengan makanan pembuka selera. Setelah pengantin tiba, barula di jamu dengan makanan sini. Alhamdulillah kebanyakkan makanan berupa vegetarian. Maklumlah Dr Kamble ni asalnya dari India.



Acara tari menari di mulakan setelah jamuan. Alamak..terfikir kalaula diajak aku menari, macam mana..dahla sepanjang hidup ini tak pernah menari selain aerobik. Itupun ikut orang.. Nasib baik sebelum pengantin sampai di meja kami, aku dah mula keluar dari dewan makan.

Kami pulang setelah menyedari asar sudah ke penghujung waktu. Semoga Mr & Mrs Fendrick berbahagia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

iza pengantin ke anak dr tuh hehe... mcm awak yg pengantin kehkeh

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan