Yang ni tengahari tadi. Senyap je, bila saya jenguk... Sambil menonton tv, sambil baring di atas paha kakak. Macam big boss. Kakak pula, biarkan aje..
Macam big boss
Yang ni tengahari tadi. Senyap je, bila saya jenguk... Sambil menonton tv, sambil baring di atas paha kakak. Macam big boss. Kakak pula, biarkan aje..
Kahwin awal
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" : (alBaqarah :216)
P/s: (membuat entry sambil terkenangkan keluarga, sepupu, yang berpunya tetapi tidak direstui, berpunya dan berkerjaya tapi tiada keinginan untuk berkahwin, berpunya dan berkerjaya tetapi tidak dibenarkan berkahwin atas alasan gaji tak cukup walaupun umur sudah masuk ke angka 1/4 abad.)
Wallahua'lam. Yang baik datang dariNya, yang buruk datang dari diri saya. Hakikat sebenar keduanya datang dariNya, sebagai ujian pada diri.
Alhamdulillah, sudah dekat
alhamdulillah sudah masuk ke bulan Syaaban. Sedikit lagi kita akan bertemu dengan bulan yang paling penuh kerahmatan , Ramadhan insyaAllah. Semoga Allah panjangkan usia kita semua supaya sempat bertemu dengan ramadhan akan datang.
p/s: Mohon ampun dan maaf atas segala khilaf, yang terkasar bahasa tersilap kata. Ter tak sengaja gurauan membuatkan hati jadi terasa. Terkadang nasihat dan pertolongan disalah anggap, maafkan kami. Mohon ampun kami sekeluarga dosa yang lepas, yang akan datang, yang zahir mauhupun tersembunyi.
p.s: untuk adik-adik Lincoln, mohon maaf dari kakiza jika ada salah kata tersilap bicara semasa bergurau dan bagi nasihat. Kakiza kadang terlupa yang adik-adik sini bukan adik kandung kak iza ^^. Mohon maaf mohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Kalau nak datang berbuka bersama, sila-silakan lah.. :D
Kek Lobak Merah
Sempena father's day hAri tu saya buatkan kek. Sebenarnya lebih kepada nak makan. Abgfiz kalau malam-malam korek dapur cari makanan. Kesian kalau asyik makan megi. Tapi dah lama stok megi tak beli, jadi saya buatkan sesuatu untuk dia makan waktu membaca/menyiapkan tesis. Cuma, seperti biasa saya akn kurngkan telur dan gula. Kek manis sangat saya tak suka. Terasa macam makan gula je. Jarang saya ke majlis- majlis gathering,, saya ambil kek manis.
Resepi ambil dari allrecipe. Dah lupa yang mana.. Saya tulis di buku masakan saya, jadi saya tulis jela kat sini.
4 eggs
1 1/4 vegetable oil
2 cups white sugar
2 tbsp vanilla extract
2 cups all purpose flour
2 tbsp baking soda
2 tbsp baking powder 1/2 salt
2 tsp cinnamon powder
3 cups grated carrot
1 cup chopped pecan
1- Preheat oven 350/175.
2- Beat together eggs + oil + white sugar + vanila.
3 -mix flour baking soda baking powder salt cinnamon
4- stir in carrot and fold in pecan. Bake 40-50 or until cooked.
Frosting
1/2 cup butter
8oz cram cheese
4 cup sugar
1 tsp vanilla extract
Combine butter, cream cheese, powdered sugar, vanilla. Beat until smooth frost the cooled cake.
Hiasan kek : Saya guna lebihan frosting. Garis-garis pink tu saya main hentam je. Dan ada sedikit lebih yang pink, saya campur sedikit dengan pewarna biru, jadila warna ungu. Konon macam seni tapi jadi horror pulak *scary* keh keh keh ^^
Nota kek saya : (altered) Saya gunakan separuh dari bahan-bahan ni. Vegetable oil saya gantikan dengan butter. Pukul butter sampai fluffy dan baru masukkan gula. Kacang yang saya gunakan kacang pecan, walnut dan almond (chopped). Dan sebab kerajinan saya, saya masukkan chopped dark chocolate. Kata abgfiz, sedap.
p/s: setiap kali saya rasa sedih dengan hal sekeliling, saya akn baca ini. Alhamdulillah tenang
Selagi tak tidur inilah dia..
Hari ni saya rasa penat sangat, mana taknya tak duk diam. Ada je kerja saya kena buat. Rehat sekejap, dengar orang menangis, tengok-tengok sangkut badan di kerusi, sat pula nangis sangkut kaki di celah kerusi, sat lagi, tersepit tangan. Sat lagi, nangis sebab susah nak keluar. Tergelak saya melihat anak bujang saya. Agaknya macam nila mama menjaga kami 7 orang. Sudahla sorang-sorang macam-macam perangai.
Buka je lampu dapur, dibukanya pulak mesin pembersih pinggan mangkuk (dishwasher), dah nak tutup 'dishwasher', dibukanya pulak pintu oven, nak tutup pintu oven, tak pasal-pasal kena bersihkan lantai, sebba Muizz buka laci bawah sinki yang ada bakul sampah. Alahai cik Muizz... itulah dia, selagi dia tak pejam mata selagi itulah dia, ke sana ke sini. *tapi saya tak kurus-kurus* :p
Waktu saya lipat kain, dicapainya stokin ayah, disarungnya stokin tu walaupun terbalik!
tak sah tak kacau kakak kalau kakak sedang baring. Ada je kerja dia nak buat. Bila marah, dibuat muka kesian. Terus tak jadi nak marah!
Gambar bawah : Kakak duka tas kerusi tu, dia pun datang duk sebelah. Iman cakap.. 'we're best fren forever'..
Ini kat rumah Roz, tak duduk lama saya di kerusi. Sat naik tangga, sat naik meja, sat tengok cermin. Gambar belah kanan bawah : jumpa penyapu duk menyapu seluruh rumah. Tak kira orang ramai ke tak! Mulut tak keluar suara tapi tangan kaki, buat kerja.
p.s : Tengok Muizz terus rasa nak gigit, geram!
Saya sedang menonton drama ni : Time Slip : Dr Jin. Berkisahkan seorang doktor pakar neuro tiba-tiba terjatuh dan berada di zaman Jeseon. Tiba-tiba syaa teringin nak jatuh ke zaman kesultanan melayu melaka. Paling teringin, ke zaman Rasulullah dan para khalifah. MElihat sendiri bagaimana manusia pada zaman lalu......
Mereka penyeri
Iman kadang suka putarkan lagu nasyid di Iphone. (dia pandai main tu je) Tapi bila dia putarkan lagu ni, mesti dia datang dekat saya dan nyanyi lagu ni. *touching*
alhamdulillah...
dan..
for the rest of my life, I'll be with you..
Kimchi, lemon bar
Ingredients
- Butter, for greasing dish
- Flour, for dusting dish
Bars:
- 1 stick (4 ounces) unsalted butter, at room temperature
- 1 cup all-purpose flour
- 2 tablespoons chopped fresh thyme leaves
- 1/2 teaspoon fine sea salt
- 1/2 cup powdered sugar
- 2 tablespoons fresh lemon juice
- 1/2 teaspoon pure vanilla extract
Glaze:
- 2 tablespoons fresh lemon juice
- 1/2 cup powdered sugar
Directions
For the bars:
For the glaze:
Bunga di musim panas
Bunga yang bermusim, rupanya bunga pun ada musim jugak. Saya tak berkesempatan nak menikmati bunga di musim bunga yang lepas, dek cuaca tak menentu, dan masa tak izinkan saya keluar dari rumah. TT__TT. Saya ingat saya tak sempat nak menikmati bunga, tetapi sebenarnya musim panas ni bunga makin banyak. Berdasarkan bunga di musim panas di sini , ada banyak bunga yang tumbuh di musim panas.
Bunga chrysenthemum kah? Bentuk rupanya seperti crysenthemum TETAPI ia bukan crysenthemum.. ianya bunga Aster. Bunga seakan matahari dan crysenthemum. Menurut website di sini, ia berbau harum dan bewarna warni. Saya takla duk cium bunga ni tapi, banyak sangat serangga datang duk bertenggek menghisap madu (?) di bunga ni. Cantik sangat..
Uniknya, dia tumbuh dari bawah (?).. bunganya seakan berkembang dari bawah.Biasanya saya lihat kelopak bunganya menutup bahagian tengah tapi bunga ni bahagian tengah terbuka, kelopaknya menutup bahagian bawah. (lihat gambar) *tak pandai nak terangkan, saya bukan dari golongan botani ;p*
Bunga ros pink ni tertanam di depan apartment saya. He'eh bukan saya yang tanam. Tapi cantik sangat sebab, bila kembang dia ada 2 tone warna, puteh dan pink. Serius lawa!
Yang ni bunga paling membuatkan saya terpikat. Cantik sangat sangat sangat. Bunga Lilium namanya, rasanya bunga jenis Lily. Tapi semua 5 jenis ni berbeza namanya. Yang pink namanya Belladona Lily, yang kuning tu Peruvian Lily, saya pun dah konfius, banyak sangat nama pelik. Tu belum lagi nama saintifiknya. Kagum saya kepada yang ambil jurusan Botani. Banyak nak kena hafal nama, genus, species, etc etc. *fenin*
Bunga namanya paling cantik, Iris. Dua jenis ni je saya jumpa. Cantik. *teringat drama korea Iris, tak pernah tengok tapi ada plan nak tengok kalau mood datang, ekekekeke*
Bunga ni saya tak tahu apa nama dia. Tak jumpa di google. Bunga ni Iman yang duk cabut belek, dan dia cakap 'hmmm... soo gooodd!" Bila saya cium, memang bau wangi, bau dia macam peppermint sikit. Tumbuh di rumput je. Waktu saya duk ambil gambar dan tiba-tiba ada kereta berhenti duk tenung kami. Agaknya dia cakap kot '...apa anak beranak duk buat ni..' lepas tu dia pergi begitu je.
Kat atas ni bunga yang saya malas dah nak cari di google. hehe... Tapi kat tengah tu seakan bunga ros tapi saya tak pasti sebab tangkai dia tak ada duri.
p/s: subhanalllah maha suci Allah menciptakan segalanya yang indah di bumi.
p/s: ada lg bunga yg saya simpan, nntla bl sy rajin, buat entry lain
Gelagat anak dara
Menjaga mendidik anak perempuan lagi susah dari anak lelaki, kata orang. Mungkin ya, sebab saya tak melalui fasa menjaga anak tika di usia remaja. Tapi anak dara saya ni, macam-macam kerenah yang kadang saya tertawa keseorangan bila teringat.
Obses nak jadi princess dan nak jumpa princess.
Mungkin suka melihat/menonton buku dan kartun Princess, (Snow White, Cinderella, Beauty and the Beast etc etc) *fenin*
Perbualan ayah dan Iman di Orange City di depan Dutch Mill,
Ayah : Iman come here to take photo.
Iman : (buat tak tahu dan ke sana ke sini)
Ayah : I man, come here.. See, here is princess. This is castle. (castle ape pulak ..)
Iman : Where? Oh This is? Princess... where are you? Are you there?
Tak pasal-pasal duk cari princess dalam tu. Padahal tu bukan castle pun. Sampai sekarang kalau jumpa gambar kat atas, dia cakap.. "mom, princes.. princess where are yOU??"
Moral : jangan dok menipu kat anak-anak. Mereka percaya!
Suka pada bunga :
Selalu saya bawa Iman dan Muizz ke taman. Kalau dalam perjalanan tu ada bunga, walaupun bunga rumput. Dia akan ambil dan letak di kepala. *fenin kali kedua*
Dandelion pun ambik kira jugak. Letak di telinga. Memang anak perempuan. Baju dipakai setiap hari, dia pilih sendiri. Selalunya dia nak pakai baju kurung atau baju princess (gaun).
Penyayang
Sikap ni, memang terserlah. Setiap kali jumpa baby, dia akan cium. Tak kirala baby siapa. Anak mat saleh, anak orang mexico, semua diciumnya. Cuma cara dia 'melampau' sedikit.
Pandai bermain dengan Muizz. Tapi pandai jugak buat Muizz menangis. *sabou jela*. Semalam, saya tengah tukar pampers Muizz, tiba-tiba Iman nak baby wipes tu. Saya bagi sehelai pada dia dan terus, dia gi lari mencari baby. Jumpa pulak dengan baby bear, duk sapu bontot bear tu dan pakaikan pampers dengan gunakan blanket kecik. Duk peluk bear tu sampai dalam tidur.
Anak perempuan saya banyak ragam, ragam yang membahagiakan saya. Ragam yang membuatkan saya sentiasa rindu. Ragam yang 'keperempuanan' dan 'keibuan'. Ekekekek..
p.s: saya dok buat watermark dengan gunakan Photoshop CS5 Extended. Nak guna photoshop CS6 Beta tak pandai lagi.
p.s: saya tak rajin nak edit gambar tp picasa web saya dah terlebih gambar. kena buang banyak gambar. sob sob TT__TT
Coffee Walnut Cake
Ingredient :
125 gm butter (RT- room temperature)
125 gm castor sugar
2 eggs
125 gm self raising flour
1 tbsp baking powder *saya skip baking sebab dalam self raising flour dah ada*
2 tbpn coffee dissolve in 100 ml water
100 gm walnut *saya gunakan walnut, pecan dan almond*
Method :
1- Preheat oven 350 F/ 170-180 C
2- Beat butter and sugar until fluffy and light. nd then beat in eggs, flour and baking powder.
3- Beat in 1 tbsp of the coffee mixture and then add up to another tbsp little by little until the mixture drops easily off the spoon. Keep the rest of the coffee mixture for the icing.
4- Stir in walnut. *saya chopped nut tu dulu baru kacau*
5- Bake about 40 minute or until skewer comes out cleanly. Let it cool
Icing :
1 stick of butter
200-300 gm icing sugar * saya letak sikit je, sebab saya tak suka manis*
Beat butter until fluffy and beat with icing sugar with the rest of coffee mixture. Syop when you have a colour and deep flavor you like. Ice the top of the cake.
Saya tak suka kopi. Saya dari kecil memang tak minum kopi. Pernah la minum waktu duk USM untuk hilangkan rasa ngantuk, sekali saya tak boleh tidur, mabuk, naik loya, perut memulas. Langsung muntah disebabkan minum secawan kopi. Adeh... memang tak boleh. Sebab tu saya tak pernah stay up sewaktu belajar dulu. Paling lewat tidur jam 1230, itupun sebab kelas silat habis. Kalau tak, memang selewat pukul 11 la saya tidur. Orang baru nak stadi saya dah tutup lampu bilik.
Kek ni rasanya sedap, rasa kacang. Saya suka ^^.. Topping tu saya letak shave chocolate dan chopped almond je.
Mueller Planetarium will present the fulldome show, “Enchanted Reef,” a 30-minute adventure exploring the ocean world. Show times are 2 and 3 p.m.
Presenting organizations include Wildlife Encounters, Lincoln Children’s Zoo, Pioneers Park Nature Center, Raptor Recovery, Capital Humane Society, Nebraska Herpetological Society, Spring Creek Prairie Audubon, Nebraska Parrot Rescue, Star City Llama and Alpaca 4-H Club, Great Plains Chapter of the Guild of Natural Scientific Illustrators, UNL Department of Art and Art History, among others.
Seronok tengok 'weekend' di Lincoln. Kalau ke mall, bukan budak bujang dan anak dara yang saya nampak. Kebanyakkan nya keluarga. Hari minggu adalah hari untuk keluarga. Kerja ofis semua tinggal di ofis. Seronok! Masa terluang sangat bermanfaat bersama anak-anak. Dari sekecil-kecil bayi, hingga remaja , bersama ibu bapa. Di Lincoln, masyarakatnya bukanlah seperti yang biasa kita lihat di TV, bebas. Mungkin ada jugalah bebas tetapi bebasnya terhad. Masyarakat Lincoln lebih 'alim' dan kebanyakkan praktis dalam Katolik atau Protestant. Dan biasanya masyarakat sini, lebih 'kampung, kahwin awal, sentiasa ke church pada hari Ahad, dan mempunyai anak ramai. Megan (bekas jururawat saya) sendiri mempunyai 6 orang adik-beradik yang beza umur mereka hanya 1-2 tahun.
Hanya sekejap
Bismillahirahmanirahim
Kami ke East Campus, menaiki bas. Alhamdulillah ini kali kedua menaiki bas tetapi pertama kali naik bas bersama anak- anak. Kali pertama naik bas waktu sampai Lincoln.
Pengalaman naik bas kat sini, sangat bagus. Mereka utamakan yang lemah berbanding penat berdiri mereka. Orang kurang upaya, ibu mengandung, orang tua dan kanak- kanak adalah diutamakan. Tadi bas penuh tapi mereka simpan 2 seat khas untuk saya dan anak-anak. Sanggup berdiri dari melihat saya dan anak-anak berdiri.Sikap yang tiada pada Malaysian .
Department entomology mengadakan rumah terbuka. Selepas menjenguk-jenguk, kami picnic di padang.
Alhamdulillah anak-anak ok :) cuaca pun elok-elok je :))
Anak anak
Bismillahirahmanirahim
Penghibur hati
Penawar duka
Penyembuh sakit
Penenang hati
Pengubat lara
Peneman suka duka
Segalanya mereka
Ummi doa supaya Allah menjadikan anak-anak ummi hamba yg soleh dan taat pada perintah Allah dan agama
P/s: bersyukur dengan nikmat dan anugerah yang Allah kurniakan
P/s: saya bebaskan Muizz dari stoller, terus tak nampak ummi. Jalan je hingga penat.
Seri Ayu ^_^
Ekekek... mesti ramai yang tertanya-tanya, ghajin pulak dia ni update blog. Haaaah.. saya jadi terlebih rajin nak bersihkan blog ni. Tapi saya tak rajin nak blog walking ^^. Maafkan saya kalau saya tak menyinggah. Untuk Yatie Chomeyl, diriku menghargai dirimu ~~ sentiasa di hati ini.. eceeewah !
Saya duk buat kueh Seri Ayu ni, saya suka kueh ni tapi.... kadang termasin lah terkurang garamlah. Tapi alhamdulillah saya guna resepi kat sini, menjadi... Acuan tu mana dapat? Acuan tu diterbangkan khas dari Kelantan. Saya minta mama beli dan poskan, ingatkan mahal. Rupanya Rm1.50 je satu set tu.
Kastad Hijau :
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudu kecil ovellete : **saya gunakan jenama koepoe
sedikit pewarna hijau berperisa pandan
Cara :
1. Pukul telur hingga berbuih, baru masukkan gula. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan ovellete, pukul sehingga ovellete tak kelihatan. (adunan menjadi gebu, fluffy gitu)
3. Masukkan tepung yang diayak, dan santan. Pukul sehingga adunan sekata, masukkan pewarna.
Bahagian atas :
Kelapa parut + sedikit garam dan tepung gandum. ** saya gunakan kelapa parut yang manis sebab tak jumpa yang biasa, saya masukkan sedikit susu segar/santan, sedikit garam dan sedikit (1-2 sudu tepung gandum) dan saya blend menggunakan mini food processor) Abgfiz cakap, dia lagi suka guna kelapa parut yang manis berbanding kelapa parut yang biasa.
Sebelum masukkan adunan kastad dan kelapa parut, saya spray dahulu menggunakan vegetable oil. Kemudian, masukkan kelapa parut dan tekan-tekan dengan jari supaya mampat. Gunakan sudu, masukkan adunan dan kukus selama 7-10 minit.
Hari ni saya terlebih ghajin nak buat agar-agar puding. Tekak nak makan benda manis dan sejuk.
Entah macam mana saya terfikir nak buat puding kastad lapis puding rose. Haha.. ini memang resepi dari kepala saya.
5 gm (saya main agak2 je) strip agar-agar
1 cawan air
1 cawan gula
Saya masaak sehingga gula dan strip agar-agar tu cair, kemudian saya bahagian kepada 2.
Bahagian 1 :
1 1/2 cawan susu segar/evaporated milk
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1/4 cawan gula
Bancuhkan susu dan tepung kastad agar tepung larut, kemudian campurkan (bersama gula ke dalam agar-agar tadi.Masak dalam api perlahan sehingga pekat, ketepikan.
Bahagian 2 :
Agar-agar yang dimasak tadi, saya campurkan dengan 1 cawan air, pewarna rose/perisa rose dan 1/4 cawan gula. Masak sehingga mendidih.
Saya masukkan ke dalam mangkuk berselang seli. Satu senduk adunan kastad, kemudian diikuti dengan adunan rose, begitulah sehingga adunan habis. Masukkan ke dalam peti ais. ** Puding akan berselerak. Tapi insyaAllah dah menjadi..
Iman cakap yummy!, Iman tak suka sangat puding tapi bila hidang, dia boleh habiskan sepinggan. Memang sedapla tu. Alhamdulillah..
Ayah dan anak-anak
Sebetulnya, abgfiz memang sangat jarang berada di rumah. Keluar pagi, baliknya malam (malam tu pukul 7/8 atau kadang-kadang pukul 9 kalau dia gi main badminton). Jadi sepanjang tu, hanya saya dan anak-anak jela duk rumah. Atau kadang-kadang saya bosan, saya bawa budak-budak keluar jalan. Saya pun sekali harung gi jogging. Maklumlah duk ternak lemak je, lemak pun banyak la berkumpul.
Tapi saya pun lebih suka abgfiz tak buat kerja kat rumah. Kalau dia duk rumah, anak-anak sibuk masuk bilik duk kacau ayah. Kerja bertimbun, yang memerlukan fokus.. susah kalau anak-anak kacau. Kalau tak kena angin, kena marah .. menangis saje. Free kena marah. Tula, sapa suruh kacau ayah lagi.
Alhamdulillah, permohonan extand abgfiz di luluskan oleh USM. Adui, jenuh nak minta extand ni, macam-macam kena buat. Itu lah dugaan. Kalau ikutkan sebenar, kami memang dah kena balik dah sebenarnya. Tapi disebabkan kelas yang banyak dan research tak siap lagi, kami terpaksa minta extand 6 bulan. Apa-apapun, semuanya alhamdulillah... Allah mudahkan semua walaupun penuh onak dan duri juga kena.
Inilah antara aktiviti Muizz yang buatkan saya pening kepala. Haish.. panjat memanjat. Bila jatuh menangis datang kat saya.
Ini pulak Muizz sedang tido, yang sebetulnya dia tertidur. Kakak pula, buat-buat tidur satu selimut dengan Muizz. Sweet ^.^
Yang ni kelakar! Sebenarnya Iman duk minta saya pakai bekas puteh besar tu. Kononnya cowgirl. Tapi waktu tu saya tengah masak, duk paksa juga. Kebetulan ayah baru balik petang, ummi suruh je Iman pakaikan kt ayah. Dengan Muizz pun duk pakai sekali.
Kakak dan adik, sama-sama duk depan Tv. Tak tengok Tv pun, duk sembang dan main. Baju kurung tu baju raya tahun lepas atuk dan tokwan bagi. Sekarang ni saya dah tak boleh nak pilih baju untuk dia, dia pilih sendiri. Baju kurung tu seminggu 2 kali duk pakai nya. Lepas basuh, pakai lagi. Suka betul pakai baju kurung, Alhamdulillah...
Ummi jemurkan conforter yang tak kering, tapi ada pulak penghuni suka duk dalam ni. Katanya.. ' I like to sleep here.. Uuuihhh (muizz versi Iman), come back, come back!"
Ini dalam kereta, macam nilah gayanya duk US ni. semua wajib duk dalam carseat (anak-anak). Wajib buckle up. Kalau tak, kena saman. Banyak pulak tu kalau terkena. Tapi, saya rasa patut juga kerajaan Malaysia buat macam ni. Yela memang semua takdir Allah tapi kita boleh buat 'caution'. Jadi kalau orang US ni ada anak kecik lebih dari 3 orang, memang sah tak boleh pakai kereta, kena pakai van. Yang bagusnya, anak-anak saya akan diam je kalau duk dalam ni. Kalau berjalan jauh, saya pasangkan DVD khas dalam kereta tu. Biasanya semuanya akan tertidurla.. Saya ... dah bincang dengan abgfiz, memang akan pakai bila balik Malaysia nanti. Lagipun anak-anak memang dah biasa duk dalam carseat tu, jadi memang kena pakai. Walaupun Iman kecik, tapi bila tali pinggang tu tercabut, dia akan bising suruh saya buckle up kan.
Kelakar! Sebelum keluar rumah, dia nak pakai tudung. Dah keluar saya terkejut dia pakaikan pada baby bear dia tu. Iman oh Iman...
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan