RSS

Bunga di musim panas

Bismillahirahmanirahim

 Bunga yang bermusim, rupanya bunga pun ada musim jugak. Saya tak berkesempatan nak menikmati bunga di musim bunga yang lepas, dek cuaca tak menentu, dan masa tak izinkan saya keluar dari rumah. TT__TT. Saya ingat saya tak sempat nak menikmati bunga, tetapi sebenarnya musim panas ni bunga makin banyak. Berdasarkan bunga di musim panas di sini , ada banyak bunga yang tumbuh di musim panas.


Bunga daisy (bawah kiri), bunga aster (atas dan kanan bawah)



Bunga chrysenthemum kah? Bentuk rupanya seperti crysenthemum TETAPI ia bukan crysenthemum.. ianya bunga Aster. Bunga seakan matahari dan crysenthemum. Menurut website di sini, ia berbau harum dan bewarna warni. Saya takla duk cium bunga ni tapi, banyak sangat serangga datang duk bertenggek menghisap madu (?) di bunga ni. Cantik sangat..



Uniknya, dia tumbuh dari bawah (?).. bunganya seakan berkembang dari bawah.Biasanya saya lihat kelopak bunganya menutup bahagian tengah tapi bunga ni bahagian tengah terbuka, kelopaknya menutup bahagian bawah. (lihat gambar) *tak pandai nak terangkan, saya bukan dari golongan botani ;p*

 Bunga ros pink ni tertanam di depan apartment saya. He'eh bukan saya yang tanam. Tapi cantik sangat sebab, bila kembang dia ada 2 tone warna, puteh dan pink. Serius lawa!





Yang ni bunga paling membuatkan saya terpikat. Cantik sangat sangat sangat. Bunga Lilium namanya, rasanya bunga jenis Lily. Tapi semua 5 jenis ni berbeza namanya. Yang pink namanya Belladona Lily, yang kuning tu Peruvian Lily, saya pun dah konfius, banyak sangat nama pelik. Tu belum lagi nama saintifiknya. Kagum saya kepada yang ambil jurusan Botani. Banyak nak kena hafal nama, genus, species, etc etc. *fenin*

Bunga namanya paling cantik, Iris. Dua jenis ni je saya jumpa. Cantik. *teringat drama korea Iris, tak pernah tengok tapi ada plan nak tengok kalau mood datang, ekekekeke*


Bunga ni saya tak tahu apa nama dia. Tak jumpa di google. Bunga ni Iman yang duk cabut belek, dan dia cakap 'hmmm... soo gooodd!" Bila saya cium, memang bau wangi, bau dia macam peppermint sikit. Tumbuh di rumput je. Waktu  saya duk ambil gambar dan tiba-tiba ada kereta berhenti duk tenung kami. Agaknya dia cakap kot '...apa anak beranak duk buat ni..' lepas tu dia pergi begitu je.

Kat atas ni bunga yang saya malas dah nak cari di google. hehe... Tapi kat tengah tu seakan bunga ros tapi saya tak pasti sebab tangkai dia tak ada duri.

p/s: subhanalllah maha suci Allah menciptakan segalanya yang indah di bumi.

p/s: ada lg bunga yg saya simpan, nntla bl sy rajin, buat entry lain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Chik Na said...

suami akak pun suka capture gambar bunga...cantik betul ciptaan allah :)

aNNa said...

saya pencinta bunga!! banyak entry pasal bunga pun takpe zaa. segar jee mata ni bila tgk bunga...

Aleyn said...

Cantiknyer..Subhanallah!!

NoraDahlal said...

izza, saya pun suka bunga. teringin nak ke oversea tgk musim bunga.. tp xda rezeki, niat nk ke cameron je.. itu pun tak kesampaian..hehe..tgk la bunga2 luruh kat USM ni.. awak mesti ingatkan bunga2 luruh kat usm..hehe

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan