RSS

Seri Ayu ^_^

Bismillahirahmanirahim..

Ekekek... mesti ramai yang tertanya-tanya, ghajin pulak dia ni update blog. Haaaah.. saya jadi terlebih rajin nak bersihkan blog ni. Tapi saya tak rajin nak blog walking ^^. Maafkan saya kalau saya tak menyinggah. Untuk Yatie Chomeyl, diriku menghargai dirimu ~~ sentiasa di hati ini.. eceeewah !

Saya duk buat kueh Seri Ayu ni, saya suka kueh ni tapi.... kadang termasin lah terkurang garamlah. Tapi alhamdulillah saya guna resepi kat sini, menjadi... Acuan tu mana dapat? Acuan tu diterbangkan khas dari Kelantan. Saya minta mama beli dan poskan, ingatkan mahal. Rupanya Rm1.50 je satu set tu.



Kastad Hijau :

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudu kecil ovellete : **saya gunakan jenama koepoe
sedikit pewarna hijau berperisa pandan

Cara :
1. Pukul telur hingga berbuih, baru masukkan gula. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan ovellete, pukul sehingga ovellete tak kelihatan. (adunan menjadi gebu, fluffy gitu)
3. Masukkan tepung yang diayak, dan santan. Pukul sehingga adunan sekata, masukkan pewarna.

Bahagian atas :

Kelapa parut + sedikit garam dan tepung gandum. ** saya gunakan kelapa parut yang manis sebab tak jumpa yang biasa, saya masukkan sedikit susu segar/santan, sedikit garam dan sedikit (1-2 sudu tepung gandum) dan saya blend menggunakan mini food processor) Abgfiz cakap, dia lagi suka guna kelapa parut yang manis berbanding kelapa parut yang biasa.

Sebelum masukkan adunan kastad dan kelapa parut, saya spray dahulu menggunakan vegetable oil. Kemudian, masukkan kelapa parut dan tekan-tekan dengan jari supaya mampat. Gunakan sudu, masukkan adunan dan kukus selama 7-10 minit.


Kelapa parut yang saya gunakan


Hari ni saya terlebih ghajin nak buat agar-agar puding. Tekak nak makan benda manis dan sejuk.

Entah macam mana saya terfikir nak buat puding kastad lapis puding rose. Haha.. ini memang resepi dari kepala saya.

5 gm (saya main agak2 je) strip agar-agar
1 cawan air
1 cawan gula

Saya masaak sehingga gula dan strip agar-agar tu cair, kemudian saya bahagian kepada 2.

Bahagian 1 :

1 1/2 cawan susu segar/evaporated milk
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1/4 cawan gula

Bancuhkan susu dan tepung kastad agar tepung larut, kemudian campurkan (bersama gula ke dalam agar-agar tadi.Masak dalam api perlahan sehingga pekat, ketepikan.

Bahagian 2 :

Agar-agar yang dimasak tadi, saya campurkan dengan 1 cawan air, pewarna rose/perisa rose dan 1/4 cawan gula. Masak sehingga mendidih.

Saya masukkan ke dalam mangkuk berselang seli. Satu senduk adunan kastad, kemudian diikuti dengan adunan rose, begitulah sehingga adunan habis. Masukkan ke dalam peti ais. ** Puding akan berselerak. Tapi insyaAllah dah menjadi..


Iman cakap yummy!, Iman tak suka sangat puding tapi bila hidang, dia boleh habiskan sepinggan. Memang sedapla tu. Alhamdulillah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

yatie chomeyl said...

auwww ayat penyata tu so sweeeeeeeetttttt ♥ ehehhe, sedapnyoo kuih tu,...ore ni tgn keras...klu buat xtau la jadi ke dop. tp nk ngado2 nk suruh ore laing buatkan pun x smp hati jugop. keno berusoho gigih buat sendiri jugop la

aNNa said...

yuMMY!!!
Tengok jee dah tau mesti sangat yuMMy~~~

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan