RSS

Perbezaan dahulu dan sekarang~

Bismillahirahmanirahim




Lama sungguh saya tak update pasal pregnancy. Ehh lama ke?? Rasanya tak pernah update pun. Ekekeke






Gambar ni diambil bulan Jun lepas. Kat rumah memang dah sedia ada pregnancy test, nak dijadikan cerita :::::::: pada pagi yang damai itu, saja saya mengada-ngada nak test TETAPI... result yang keluar adalah dua bar!! MasyaAllah terkejut sangat-sangat, sebab saya memang tak bersedia untuk mengandung kali kedua di sini. Apa-apapun, abgfiz memang bersyukur walaupun kami tak merancang. Rasa tak percaya, abgfiz beli lagi pregnancy test yang digital : total semua pregnancy test yang saya guna adalah 5 batang! Punya tak percaya...


Perasaan saya pada ketika itu???? Bercampur baur : sedih pun tak gembira pun tak, keliru pun ada, kesian pada Iman pun satu hal, banyakkkkkk sangat saya fikir! Pagi-pagi lepas subuh jam 5 pagi saya call adik saya Ain, bila saya duk cerita.. boleh pulak dia gelakkan saya! Sabor jela...


Sebenarnya saya sedih, bukan apa... niat saya untuk susukan Iman selama dua tahun gagal! Kebetulan pula pada waktu yang sama, Iman tak nak langsung menyusu. Saya terpaksa pump guna pump biasa, itupun dia tak nak minum. Menangis-nangis saya bangun tengah-tengah malam pum susu. Lantas, saya emailkan pada nurse : Megan. Kata Megan, dia cukup yakin sebenarnya Iman nak tumbuh gigi. Lega betul saya baca email Megan dan saya duk tilik-tilik gigi Iman. Memang betul nak tumbuh gigi sebab ada dua batang di bahagian atas. Syukur alhamdulillah...


Bila kandungan memasuki bulan kedua, saya masih lagi merahsiakan kandungan daripada keluarga dan rakan-rakan kecuali Ain dan Sakinah (adik bongsu saya..) Tu sebab si Ainla duk bagitau. Lepas tu baru saya bagitau mama saya.. Mama biasala... tenang dan mengeluh sedikit : risau saya disini, risau Iman lagi, abgfiz kelas lagi.. Tapi akhir kata mama, " Ja, bila Allah dah tetapkan sesuatu, Dia tahu kita akan mampu menghadapinya. Cuma kuatkan sabar dan tabah bila menghadapi kesulitan. Kalau kita duk nak anak pun, tapi bila Allah tak nak bagi.. memang sampai bila-bila pon tak dapat. Begitu juga sebaliknya... Bersyukurlah." Kata-kata yang cukup membuatkan saya menangis sedu-sedu! Selepas yakin, saya terus call mak abgfiz, ternyata dia terkejut, risau semua ada. Mana ada mak tak risau anak, kan?


Masuk bulan kedua juga, saya dah start mabuk, pening, muntah. Muntahnya kurang berbanding saat mengandungkan Iman tapi pening dan sakit kepala sentiasa! Menyebabkan saya tak boleh berdiri, semua masak, mandikan Iman, jaga Iman ... semua diuruskan oleh abgfiz. Saya betul-betul tak mampu! Solat pun duduk. Itupun nak jatuh je. Cuma yang ketara, saya masih berselera untuk makan. Perut saya hanya boleh menerima ikan bakar dan sup sawi sahaja. Waktu Iman dulu, saya langsung tak boleh makan.. minum air pun akan keluar balik walaupun air masak semata-mata.


Mengidam??? Kali ni langsung tak teringin nak makan apa-apa. Waktu Iman dulu, sampai saya ngigau nak makan mee goreng mamak dan ikan cencaru bakar. Cuma dah masuk bulan ke5 ni saya teringin nak makan rempeyek. Mengada tak? Nasib baik rumah budak-budak perempuan tu ada rempeyek. Makan sekeping dua pun jadilah.. Ehehe..


Selera pula, kali ni lebih suka makan ikan dan sawi serta ayam. Waktu Iman dulu, saya betul-betul suka makan daging. Daging sepanjang masa. Kali ni, makan apapun tak kisah tapi ikan dan ayam jela. Udang tu sikit-sikit bolehla. Dua tiga hari ni duk suka makan ikan bilis goreng + telur - digoreng bersama setelah ikan bilis garing. Sangat sedap!! Jujurnya, saya memang tak suka telur, selain daripada baunya yang tak enak saya akan mengira jumlah kolestrol dalam sebiji telur. Sebiji telur ada 250 mg kolestrol, dan kita sepatutnya makan hanya 300 mg kolestrol sehari. Kalau saya makan pun, saya akan tinggalkan telur kuning. Ekekek, macam budak kecik! Jangan tak tahu, tak semestinya orang kurus tak banyak kolestrol dan tak semestinya orang gemuk mempunyai banyak kolestrol. Kawan saya sendiri, cekeding je orang nya tapi bila buat medical check up, kolestrol melebihi had - sebabnya : dia suka sangat makan minyak sambal tumis tu. Kalau ada sambal tumis, memang dia amik minyak semata-mata. Tapi semalam, abgfiz duk terangkan kolestrol untuk subjek Biochem : (hari ni dia exam Biochem), katanya kolestrol ada baik ada tak baik. Tanpa kolestrol, badan tak boleh fungsi dengan sepenuhnya.. ~~~ Merapu sampai kolestrol pula....


Susu masih saya minum cuma tak seghairah waktu mengandungkan Iman dulu. DUlu saya buat susu tu macam minum air masak je. Sekarang, hanya 2 kali sehari minum susu, tapi insyaAllah akan dipertingkatkan lagi.


Apa-apapun, saya mengharap bayi sihat dan selamat nanti. Tak sabar menunggu hari kelahiran. Oh ya.. ada yang bertanya.. Iman ok ke?? Hum.. awal 3 bulan pertama, Iman sangat berdikari ; main sorang-sorang, bangun tidur tak nangis, tidur pun bersendiri, terkadang lena dengan sendiri. Akhir-akhir ni, dia sangat suka berdukung. Ummi betul-betul tak mampu nak dukung dia, tapi yang bagusnya bila dengar je ayah balik.. terus pi terkam ayah. Satu yang saya agak susah, Iman asyik nak berada disisi saya je.. walaupun saya ke bilik air : pasti dengar bunyi dia menangis sambil ketuk-ketuk pintu bilik air. Kalau ke dapur pun sama, cuma dia akan main sendiri bergolek-golekan di lantai dapur yang tak berapa nak bersih tu. Sabar jela...


Weee~~~~ autumn sudah memunculkan diri.. Sejuknya nyaman, daunnya sangat cantik. Suke.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Ummi Hanie said...

Salam Izza laling (hehehe),

mcm tu leee dilema akk bile tiap kalio ngandung..ikutkn ati mmg xsedia manjang..kesian kat anak yg masih bby tu,mcm2 lg lahh..tp tukang melegakan akk sape lg kalo bukan encik suami sndiri...

wow,5 btg preggy test !! byk betull..punyalaa xpercaya yer...akk suke laa yg digital tu.kat cni mesti mahai punye

aLyNnZ said...

lagi izza...? citer cam xabiss tetiba masuk citer autum plaks..alaa..hikhik..iman tau kot dia nak jadi kakak..xper izza walau kandungan xdirancang semuanya ada hikmah dan satu pengalaman yg berbeza..take care ur self..

annie said...

dah nak masuk anak kedua dah kawan ani sorang ni...bestnye! :)

take care za, mmuah! mmuah!

Chik Na said...

anak kecik selalu dia dapat rasa dia nak ade adik..sbb tu dia selalu x mau berenggang dgn ibu..

Unknown said...

Tahniah buat izza dan hubby..
berdikit-dikit ..lama2 jadi bukit..
seeloknya bila pulang ketanah air nanti..hasilnya sangat memuaskan...masa masih panjang...bersabarlah..
tahniah..

deena farhana said...

tahniah buat iza, jaga diri ye..

slm syg utk iza n iman dr kak deena :)

aNiS tHe BumbleBee said...

hoye!!

betul la iza..kawan kak anis kata,anak sulung kita boleh tau kita ni mengandung..asik nk berkepit je dengan kita.takut2 kita dah tak sayang dia lagi.

wah,nnti balik berempat lah pulak ye..hihihi!

Afizart said...

Salam izza..
Apa yang izza alami rasanya sama mcm pengalaman wanita2 yg alami situasi yg sama.Anak sethn seorg.namun rezeki drpd ALLAH kan.

Akk dulu pun mcm izza juga.Bercampur baur perasaan.Apa2 akk doakan semoga izza dapat lahirkan mujahid yang soleh penerus perjuangan di muka bumi ini.

yatiekirana said...

IZZAAA....:(

hmm...kalo izza ase preggy 2 sdey...ketahuilah yg yatie lg sdeyyy...walopon di tahap baru jer lh kawen...tp kami mmg nak sgt2 bby...cume rzk xpenah menyebelahi kami...;'(...syukurnyer yt kalau yt jadi izza...huhuh....

Seboleh mungkin yt nak anak yang ramai, tapi skg..jgnkan kata ramai...sorang pon belom...huwaaa...nk ikot 'ujan'...mmg salu ujan kalo trkenangkan bilakah masa anugerah Allah yg tidak xternilai 2 akn dapat yt miliki...huhu;(....

Izza mmg patot bersyukurrrr.....Taniah izza!jg kesihatan & dri izza baik2...doakan yt juga mampu miliki permata hati tu....huhuh:(

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan