RSS

Syawal~~

Bismillahirahmanirahim



Hari ni, hari terakhir Syawal.. besok dah masuk Zulkaedah. Tup tup, masa memang berlalu dengan cepat, bila ingat-ingat kami ada lagi 2 tahun berada di US ni. Lepas tu..yehaaaa boleh balik!!!! Dah nak balik nanti mesti fikir, bila pula nak datang US lagi - tunggu jela masanya nanti baru fikir.



Serba sedikit saya nak kongsi macam mana kami beraya hari tu. Kalau diikutkan, memangla agak sedih beraya tanpa keluarga tapi nak tak nak kena terima jugakla. Kalau diikutkan hati yang sedih, memang kita tak meraikan Syawal dengan gembirala, kan? Kita sendiri sebenarnya patut meng'create' suasana Syawal walaupun dengan sesama kita je. ( betul ke ayat ni eh??macam keling je..)



Open house kami, kami rancang nak raikan sekali dengan befday Iman lepas. Sian dia, befday yang pertama ummi dan ayah buat tak tahu je. Kami rancang buat hari Sabtu memandangkan hari Jumaat, kebanyakannya masih ada kelas.



Nak dijadikan cerita, saya buat rendang dan kuah kacang hari Khamis. Entah kenapa rendang ayam tu, tak sempat kering lagi ayamnya dah hancur. Menangis melalak saya duk telefon abgfiz dan KakJaja. Yela, tel mama kat rumah semua dah tidur. Kata abgfiz, memang rendang ayam biasanya hancur sebab ayam bandar memang lembut banding ayam kampung. Kuah kacang pula, termasam! Terlebih air asam. Sabar jela.. Mungkin campur dengan penat dan mabuk, saya agak emo menyiapkan juadah open house kami. Lucu sungguh!!



Tengahhari tu, abgfiz balik dari ofis - konon nak tengok saya buat rendang. Last-last dia cakap 'abg tak ada mood betul nak buat kerja, dalam kepala fikir nak raya je. Mehla abg buat biskut almond london..' Ohhh.. pucuk dicita ulam mendatang, macam tak percaya je abgfiz cakap macam tu, maklumla dia susah nak tinggal kerja ofis tu.





Jejaka idaman sedang memasak!!









Almond london, buatan abgfiz.. besar gabak betul. Katanya, sekali suap dah kenyang!.











Nak cerita pula pasal nasi impit.. kebetulan tokei kedai Thai tu sedang berada dalam pantang, jadi segala stok yang habis memang lambat nak restock. Nasi impit segera tu memang dah tak ada! Ehh, sempat abgfiz beli sebungkus. Last-last, abgfiz kata buat sendiri. Tapi guna beras biasa, bukan beras Jasmin yang selalu kami makan tu. Alhamdulilllah menjadi..







Jumaat tu saya sambung buat ketupat pulut (ala cap Nona je), sediakan bahan untuk kuah lodeh, masak sebanyak-banyaknya nasi impit. Oh lupa, kami buat satay, satay tu saya dah marinated awal-awal 2-3 hari sebelum saya sibuk dengan rendang. Pada awalnya, saya nak masuk oven je, tapi si Syafiq beria-ia nak datang bakarkan.. terima kasih banyak-banyak...







Kami anak beranak di raya pertama.. Baju saya tu beli tahun lepas lagi, baru tahun pakai. Baju Iman atuk penang bagi hadiah sempena befday dia. Melalak dia tak nak pakai, mana taknya asyik nak memanjat je, payahla panjat pakai kain. Sudahnya memang buang kain, pakai baju je..



Jumaat malam pula, abgfiz terlebih rajin nak buat lemang. Saya cakap, saya memang dah tak mampu dan tak larat nak sentuh lemang ke apa ke.. tapi dia rajin tak apala.. Lemang ni kami ikut resepi KakTini yang jauh di Florida. Resepinya :


1 - masak beras pulut + santan +pinch of salt + daun pandan

2- masuk pulut dalam daun pandan dan gulung

3 - pulut yang dah tergulung dalam daun pandan tu masuk pula ke dalam aluminium foil dan gulung

4- bakar dalam oven selama 1-2 jam


Alhamdulillah, kreatif kakTini ni.. memang rasa macam lemang. Saya orang Kelantan jarang makan lemang, kami duk makan ketupat daun palas yang manis tu je. Ketupat nasi pun kami jarang.. jadi saya tak rasa sangatla teringin nak makan.








Lemang yang sedia dibakar


Pagi Sabtu tu, Syafiq datang nak bakar satay. Jumlah satay dalam 200 pucuk kot. Tak pasti la pula, tapi kami guna 8 ekor ayam untuk satay dan rendang. Penatnya, memangla tapi bila tengok tetamu makan dengan berselera, penat tu dengan automatiknya terbayar.

















Kek pula, saya buat kek blueberri. Malas nak fikir kek apa.. kek yang plaing senang kek blueberi. tulisan tu pula saya guna coklat puteh yang guna untuk almond london. Eekek.. pemalas punya ummi!



Hari Ahad pula, giliran Bon dan Roz buat open house - menunya nasi dagang terengganu. Memang sedap!!!! Berbanding nasi dagang kelantan, saya lebih suka yang terengganu punya.


Petang tu, Kak Nadiah/Zaki pula buat mee kari. Lama tak makan rasa terliur pula..


Bawah : sedikit sebanyak gambar tika raya hari tu.. Bila dah habis weekend, habisla jamu-menjamu kami - semua fokus pada exam dan belajar je. Sedih juga, kat Malaysia.. selagi Syawal tak habis selagi tula.... ada je jamuan kat mana-mana. Oh rindunya..


Di rumah Kak Nadiah. Gambar tak banyak ambil..




Terlepas pula gambar ni ke sini : Time Iman potong kek yang sebetulnya dia duk berebut pisau tu nak main!



Nasi dagang di rumah Bon/Roz





Antara tetamu..




Malaysian.. without Roz dan Bon

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

Siti said...

Cik Izza...long time no c...wah, sronok jugak ye raya diperantauan..dah ramai malaysian ye di Lincoln...sekurang2nye dapat hilangkan rindu kg halaman esp family tersayang di Mesia...bila cik izza cite nasi dagang, cik qis tingat raye pertama baru2 ni...cik qis firs time beraya di umah mertua di tganu..mmg juadahnye nasi dagang la...sedap...nanti blk mesia, mai la jalan umh kiteorg kat Tganu ni...leh mkn nasi dagang...hehe..kirim salam aunty qis untuk iman yg cute ye...

fatonahHairil said...

takpe izza..semua tu pengalaman kan?..nanti dah balik msia rindu2 plak zaman2 kat obesi tu..hehehehe

Siti said...

tp nasi kerabu meme menang hok ore kelate buat le...hehe..tgk cik izza dok wat kat Lincoln tu pun dah terliuq..hehe

aLyNnZ said...

hepi birthday iman sayang..dah besar dahiman..xlama lagii iman akan jadi kakak..geram tgk iman mata bolatt..

Teacher Oh Teacher said...

wow,pandi izza masak ye..kek pun...dibandinkan ngan k zati ni...

paperpun...seronok bc ur story

Ummi Salsabila said...

adikku izza..rajinnya izza masak.pandainya izza buat kek birthday iman.:)

iman dah setahun ye.sekejapnya ms berlalu.Happy belated birthday iman. ;D

NURUL IZZA said...

cik QIss: bestkan nasi dagang tganu? insyaAllah kalau xde aral melintang cik izza dtgla kt rumah mertua cik qiss

kak fatonah: itula..bila fikir2kan, kena bergumbira selagi boleh nnt balik msia dah xrs benda2 mcm tu =)

cik qiss again: ekeke ..nasi khabu if cik iza balik klate, xdenye nk buat..pi kedai je.. bayar duit leh makan terus! haha

alin: ehehe mekaseh untie.. mata iman ni kdg bulat kdg sepet.ish2 xtaula..

kakzati: ala..kek dan semua tu google je kakzati, duk sini kalau xmsk makanya xmakanla kami.ekekeke

kak raudhah: kakakku kak raudhah, bukan ghajin..tapi KENA rajin.haha. Iman dh setahun, adam dh besar da.. ms cepat sgt berlalu...

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan