RSS

Blurr

Bismillahirahmanirahim

" Saya dan suami serta adik-adik sedang berlepakan di rumah Kak Nadiah menunggu suami ke masjid solat Jumaat bersama suami kak Nadiah. Sejurus mereka ke masjid, saya sambung lagi bersembang dengan kak Nadiah kebetulan Safiyyah sedang tidur. Iman pula, adik-adik saya bawa pulang ke rumah. Lepas tu, Kak Nadiah mengajak pula saya bersembang di belakang rumahnya.. Ooo.. rupanya belakang rumah kami tu sebenarnya laut dan pantai (sama je kan??). Dah 2 tahun duk sini, saya tak perasan pula ada laut. Terlihat pula saya di bawah rumah kak Nadiah, ada kolam yang sebenarnya bersambung dengan laut. Saya tanya pada kak Nadiah " dalam tak air ni? Safiyyah pernah jatuh tak?" Pembantu rumah kak Nadiah, makcik Aisyah jawab , " tak dela dalam, pernah juga Safiyyah melompat masuk, terus makcik terjun ambil dia.."


Bila Safiyyah menjelma, terus saya teringat kat Iman. Risau benar tinggalkan anak kecik sorang bermain di rumah. Saya pasti adik-adik saya dah keluar main. Berlari-lari saya pulang, setibanya di pintu rumah, terus menjerit memanggil Iman. Terkejutnya, apabila rumah saya yang tak tutup pintu tu dimasuki 2 orang perempuan yang konon duk ingat saya ni Amy. Entah Amy mana, pula tu terus je dia sepak dan menumbuk saya. Saya dengan terkejutnya, apalagi buka buah-buah silat sambil memberitahu saya bukanlah Amy. Hish, entah silap orangla kot... LEpas je perempuan itu keluar, terus saya cari Iman, alhamdulillah.. Iman sedang enak tidur di katil.."

Sedar-sedar, terus cari handphone, nak tengok pukul berapa.. Rupanya dah pukul 1010 pagi . Ya Allah entah bila saya tertidur dan bermimpikan kejadian di atas, pun saya tak pasti .. Yang pastinya, saya nak tidurkan Iman jam 930 tadi, saya pula tertidur!! Bila bangun dan teringat mimpi tadi, terus saya moody.. tak patut saya tinggal Iman sorang diri di rumah. Huhuhu..

.




p.s: semalam, Iman terpijak mata saya tika saya sedang baring. Pagi ni kepala pusing dan mata belah kanan yang dipijak blurr... Hadoiiiiii~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 comments:

k said...

ya ampunnnn. yg buke buah2 silat tu, mimpi ker izza? terkejut bace, ingtkan betul2. huhuuhu.

iman ne, ganasnyerrr. sian umminyer.

take k izza. iman tetap chomey! ^^

light 0F happiness said...

salam kak izza..

Allah.. mimpi rupenye haha :D

Nadiah Sidek said...

hahaha..baca ayat pertama pun tahu dah mimpi. lawak betul la iza ni. bila ek akk ada pembantu rmh? tak terperasan lak akk ada pembantu rmh selama ni..hehe. takpe la, aminkan aje..kot2 1 ari nnt dpt pembantu rmh..ehe..

ABDUL HAFIZ said...

Rasanya mat salleh 2 orang tu tengah cari Amy Search kot..haha..kan ada Amy search kecik kat umah dok nyanyi sokmo..

lina said...

apala kak izza buat sblm tdo tu...smpai mimpi bersilat tuh...hehe..
ganas iman tpjak mata ummi dia...sian umi dia..hehe..tp kalau masih pening baik cek dktr, urat2 kat mta tu byk, bhya gak

Wasatiah Gurlzz said...

slm ziarah Izza...haha, kelakor...bkn sekadar Izza tak patut tinggalkan Iman sensorang kat umah, bahkan Izza tak patut mimpi mcm tuh...hahaha...nk wat cm ner kan..dh 'termimpi'...hahaha

Wasatiah Gurlzz said...
This comment has been removed by the author.
puan oryza said...

isyk... mimpi rupanya... patutla kak nadiah x pernah cite pasal mak cik aishah dlm blog dia;p

yantie3011@gmail.com said...

huish..ingat betul2 lah td za.. sebaik mimpi..huu...
za camne mata dah ok? hihi ada bakat silat iman ni kecik2.. =)

Nurul Izza said...

llizam: aah mimpi je. Iman memang macam tu suka hati dia je nak tempuh apa

sakina: ekeke...

kaknadiah: =)

Nurul Izza said...

lina: dah ok da.. Iman memang dia tak kisah apa kat depan dia, salkan boleh tempuh.iman xsedar kakiza duk depan dia ms tu..

hidayah: hahahah gitula..

cik oryza : =))

kakyantie:Iman ghasenye ikut gen silat2 ni kakyan..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan