RSS

Apa kena dengan Iman..?

Bismillahirahmanirahim

Entah kenapa dengan Iman, sejak petang semalam dia tak nak menyusu. Sehingga malam tadi dan pagi tadi. Nak kata susu sedikit, tak mungkin sebab bila saya pam jumlah susu mencecah 6oz. Bila pam dan bagi botol, diminumnya separuh, selebihnya dia main-main. Susu tak nak, air masak pun tak nak. Tapi asyik menangis je bila tersedar dari tidur dan saya tau dia nak susu. Tapi bila disuakan susu, tak nak pulak. Buntu memikirkan Iman ni..


Hobi sekarang, duk kelek kain selimut. Ke mana-mana dibawanya selimut. Lepas tu tinggal di dapurla, di ruang tamu la, dah tu ambil balik selimut lain. Suka betul mengemas rumah!

Di leher nya pun dia asik tergaru-garu hingga meninggalkan kesan yang teruk. Dah belikan Aveeno, dia asyik garu, dah letak bedak berubat dia pun menggaru. Apa kena dengan Iman ni. Pening kepala saya dibuatnya. Kalau hari ni teruk lagi, besok kena call paed.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

NoraDahlal said...

Mek...iman dah makan nasi ke skang ni??
maybe dia nak makan nasik kot..awak masak laa child dish kat dia..kot susu je, xtak kenyang..lg satu, maybe dia nak adik lagi...hehe..cuba tanya dia..<3

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

kot iman ada something kat dalam mulut dia..kalu org trg kate'nepoh' dalam mulut sbb tu taknak minum susu n air..

hans said...

bawa gi klinik la tgok

p/s : Review Film : Mantra Filem Seram Paling Terbaik Keluaran Metrowealth?

light 0F happiness said...

iman sakit ke? try la bwak g klinik kak izza.. hope iman cepat sembuh spt sediakala :)

yatie chomeyl said...

nok tumbuh gigi lagi kot izza

yatie chomeyl said...

baby SN hr tu maso nk tumbuh gigi, demam teruk..memang x selera minum & makan.

aLyNnZ said...

ishh risau kan lau anak2 xnak susu..iman sakit tekak ker..? xsedap pewot ker..?

oo iman gatal2 eh..? tp apa kena mengena gatal2 dgn xnak susu..unty harap cepat baik k..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan