RSS

Kesian pulaa..

Bismillahirahmanirahim




Untuk waktu yang singkat ni, saya nak menceritakan peristiwa semalam (peistiwa ke?).. Semalam kami keluar anak beranak, nak ambil barang WIC (read: ambil barang WIC di kedai biasa, susu, cheese, telur, sayur dan buah). Kami nak keluar jam 8 pagi sebabnya Supersavers tu dibuka 24 jam. Tapi malangnya, salji turun mencurah-curah (hantam je ayat curah-curah ni).


Jam 11-12 macam tu baru kami keluar, salji masih turun tetapi, saljinya tak lekat sebab?? suhu bawah -1. Jadi basah sedikitla jalan (dek salji cair). Semalam, terasa panas sangat. Ke sebab saya pakai baju tebal? (atau pon sebab dah biasa dengan suhu tinggi, tiba-tiba suhu 0 degree dah panas kottt )


Ok, dipendekkan cerita, kami makan tengahari di Subway 5 dolar footlong. Sewaktu abgfiz order makanan, didepannya ada seorang wanita berkulit hitam (tak pasti dari mana, afrika ke, atau orang negro ke atau ... tak tahu). Wanita ni order banyak sangat makanan, bila tiba waktu nak bayar, dia menggunakan cek untuk membuat pembayaran, tapi Subway pula tak menerima sebarang cek. Lantas, wanita tadi meminta abgfiz yang sedang membayar makanan untuk membayar makanan nya ( tukar dengan cek kot). Tapi abgfiz cakap 'no, thanks'.


Sebelum itu, di US.. rata-rata cash dolar tidak dipakai, bukanlah tidak dipakai tapi kat sini lebih menggunakan debit card dan cek untuk membeli barang. Debit card tu kad ATM biasa, aplikasinya seperti kad kredit namun bezanya, amaun debit card terus ditolak dari akaun bank. Tak seperti kredit card - hutang. Saya kira ini lebih selamat dan tak perlu tebal-tebal ada wang poket. Biasa abgfiz paling banyak pun hanya $10 wang poket yang tersimpan di wallet.




Berbalik kepada wanita tadi.. saya tak pasti pula apa yang disembangkan oleh abgfiz dan wanita di cashier tadi . Sejurus setelah tu, dia bercakap seorang diri dan apabila tiba abgfiz di meja makan, masih bercakap dengan abgfiz (tapi butirannya saya tak pasti). Niat kami nak makan di Subway terbantut, kami makan je dirumah.




Separuh dari footlong dah dimakan abgfiz..



Sepetang dan semalaman saya terfikir, kesiannya wanita tadi.. entah-entah makanan dibeli untuk anak-anaknya.. Tapi dalam keadaan begini, saya pun tak berani nak pinjamkan duit kepada wanita tadi. Sudahla banyak, entah siapa-siapa je dia tu. Kata abgfiz, kalau bawah $10 tu abgfiz nak je bagi kat dia tapi ni banyak.. tak pasti pula berapa harga makanan dia. Pula, kami ada Iman disisi.. risau dia buat apa-apa pada Iman.



Kadang, saya memang buruk sangka pada orang yang tidak dikenali terutama orang lelaki. Entah kenapa, dari kecil saya selalu buruk sangka pada lelaki tak dikenali. Bukan apa, nanti diculiknya kita, entah kemana-mana dibawanya kita. Bagi saya, daripada terkena baik saya mengambil langkah berjaga-jaga. (kalau perkara ini tak betul, jangan ikut ye..)


Saya pernah diikuti oleh lelaki tak dikenali pada tingkatan 1 yang lepas. Waktu itu, mama dan papa saya bekerja pagi (mengajar sekolah sessi pagi), saya sekolah sessi petang. Jadi saya ke sekolah menaiki bas tambang (bukan bas sekolah). Entah kenapa dalam bas tu, ada lelaki ni.. asyik merenung saya, nak kata saya perasan sorang-sorang, rasanya tak kot. Bila tiba di destinasi bandar Kota Bharu (sekolah saya dalam bandar Kota Bharu), lelaki tadi asyik mengikut saya dari belakang. MasyaAllah.. sudahla saya ni jenis penakut, lebih takutla saya. Entah sape-sape je laki tuh.. Tapi saya cepatkan berjalan, seiring tiba di pintu pagar sekolah, dah tak nampak lelaki tadi. Fuh.... lega. Jadi bagi saya, buruk sangka pada lelaki tak dikenali lebih baik daripada bersangka baik. Ngeee~~~






Ni cite lain, ini gambar Iman yang merangkak. Sebenarnya lebih kepada angkat badan je pun, merangkaknya belum lagi. Dah merangkak, jenuhla umi nanti. Sudahla rumah ni banyak barang kecik-kecik, kena sentiasa bersama Iman la jawabnya.

p.s: tatabahasa tak ok, ayat pun tak berapa nk sedap

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 comments:

Unknown said...

Iman dah nak boleh merangkak dah kan...
hebat..!!!

aLyNnZ said...

ee..iman x lama lg nk merangkak..
chaiyok chaiyok iman..

penjual lampin said...
This comment has been removed by the author.
puan punyer said...

ku poon cam x berani. dunia sekarang kan macam2.. abis tu perempuan tu kene pulangkan makanan dia smula k iza? cjaiyok iman

tunbegia said...

sungguh panjang footlong,

salamm,

Azirahman said...

lebih baik berhati2 dpd terkena....akak pun kadang2 terbit jugak bersangka buruk pada org yg tak dikenali....

lina said...

uhu...takutnya kalau tbe2 org tak kenal minta tlg bayar cmtu....
tertanya2lah...hbs org tu ckp pe kat abg fiz?dia kn plgkan lah mkanan dia?
ke ada org len yg tlg?

Ummu Ammar said...

Izza..

Berhati-hati itu perlu..apatah lg di negara org..

Dah bertambah skill Iman yer..go go Iman!

Ummi Salsabila said...

sian gak pompuan tu.tp kite xleh tertipu.kn hati2 dik..

wah,pasni jauhlah iman merangkak nnt.mcm2 die explore nnt:)

Nurul Izza said...

LB: tuhlaaa satg kena tgk selalu laa gamaknyee ;)

alynnz: haih jenuhla kan ;)

Nurul Izza said...

puan punyer : dia tak pulangkan sebabnya mmg chasher xbg makanan pon.restoran fastfood ni mcm mcD la..sian je dia kan.. tp nk wat cane..kt pon xberani

tunbegia: salam..mmg footlong panjang kenyang even makan separuh

kak azi: hihi iza selalu je buruk sangka.dunia skg macam2 leh jadi.. kan?even buruk sangka tu xbaik tp nk wat cane..xberani pulak

Nurul Izza said...

lina: dia mcm nk abgfiz bayar jugak tapi abgfiz buat xtau je.smpi kt meja kakiza abgfiz bisik kot melayu.makan kt rumah je.tak sedap hati pulak..

macam ni..makanan diberi setelah dibayar.jd dia xdpt makananla..sian je kan..betul kakiza ckp kesian tp kakiza pon xberani..

UA:itula..sudahla negara orang.lagila kena hati2.

US: sian sgt akak..cuba bayangka kita duk tmpt pompuan tu, kalau mmg dia nk beli utk anak2 dia..xke sian..tapi apokan dayo..daku tak mampu nak lawan rs takut ;))

ummikhayra said...

kitorang pun jarang ada bawak cash banyak2 dalam poket. Nasib kat malaysia ni kat mall2 dah accept debit card.. :) tapi kekadang tibe2 je nak kena guna cash, menggagau jugakla nak cari.. :D

Akak rasa tindakan korang tu betul la kot. buatnya cek tu cek tipu. cemana? kalau sikit2 tu ok la kan? :)

lepas ni iman leh la jadi vacum kan? sapu lantai rmh ummi.. :)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan