RSS

BREASTFEEDING : II Pengalaman..




Bismillahirahmanirahim..



Sekarang susah sangat nak berada lama depan komputer, walaupon Iman tidur tapi mata tak kuat mengadap komputer. Jadi nak ambil award ke nak buat tag ke memang sangatla malas. Tapi insyaAllah akan buat juga. Maaf ye kpd yang menanti.


Entry kali ni pasal penyusuan anak ye puan-puan..ekeke. Sebenarnya ramai bertanya pasal Bf ni. Ok ke BF, Ada masalah ke, susu cukup ke, etc..ni nak bercerita pengalaman ye..

Once a upon a time..ecece...


Awal-awal pregnant memang dah niat nak susukan anak. Jadi, berusaha cari dalam internet pasal BF ni. (org cari mcm mana nak cepat bersalin etc etc..saya ni cari Bf pula..) Kebetulan kan, kami masuk program WIC (woman, infant and children tu)..nutrisi kat situ tanyala, nak BF baby ke..saya cakap ya memang niat nak full BF baby. Jadi kami buat temujanji jumpa Pakar Laktasi dari Milkworks jumpa Sara Furr, masa tu dia cuma bagi handout pasal Bf ni. Pada waktu itu, saya cuma risaukan susu cukup ke untuk bayi? Sebab dah ramai cakap..susu tak cukup. Bayi macam lapar je. Bila tanyakan pada Sara, Sara cakap.. setiap susu ibu memang cukup untuk bayi mereka.





Handout dari Sara





Lepas aja bersalin, sejurus selepas bayi dimandikan, terus nurse bagi untuk susu kan. Nampak sangat pada masa tu, Iman lapar. Tapi waktu itu, sakit dan penat. Jadi, main sumbat je mulut dia. Because of poor latching and wrong position, my nipple sore, crack. Tapi waktu kat hospital, ada lactation yang datang tengok dan tolong untuk betulkan latch dan posisi. (dalam bahasa melayu apa ye latch tu??) Tapi disebabkan sore tuh, sakitnya hanya Allah yangtahu. Tapi boleh tahan lagi. Ada ketikanya, nurse terpaksa bagi Iman water with 5% glucose. Iman pon latching kuat, mungkin lapar. 4 hari 3 malam berada di hospital, nurse bagi nipple shield, (ajar Iman latching dengan betul) comfort gel (untuk hilangkan sore). Tapi pakai semua tu, tak menjadi. Tapi dengan semangat waja ni, tetap berkeras nak susukan Iman. Hari terakhir di hospital, berat Iman menurun 10%. Memang biasa berat bayi turun tapi 10% tu agak banyak juga. Midwife yang sambut Iman- Nancy Peterson bagi ubat (of course prescription) untuk kurangkan sore, triple nipple cream. Harga sebotol yang 50 ml tu $76. Mahal sangat..tapi alhamdulillah medicaid cover.






Ni dari Saint Elizabeth Medical Center - dalam bag normal deliver..






Balik aja rumah, bila susukan Iman guna nipple shield tu, entah kenapa Iman berhenti menyusu. Ingatkan dia dah kenyang.. rupa-rupanya my nipple is bleeding!! Kebetulan, memang sangat kebetulan.nurse yang selalu datang rumah, Kim Sparks tu telefon bertanyakan bila bersalin, bayi macam mana, dan BF. Bila diberitahu pasal nipple sore, crack and bleeding (sebenarnya tak tahu nak tukar ke bahasa Malaysia) dan nak pum susu, Kim terus telefon milkworks untuk pinjamkan pum. Lepas tu juga, kami ke sana pinjam pum untuk sebulan. Pum yang dipinjam adalah jenama medela- Symphony tu. Bila tanya berapa harga - $1500 ok??? Mahei bebenor.



Nipple shield dan comfort gel


Balik rumah, pum susu dalam sejam baru dapat 1 oz. Sikit sangat.. mana taknya, makan tak, minum tak, asyik stress je. Memang lepas balik hospital sangat stress. Asyik menangis..ke hospital menangis..semua orang tanya ok ke.. tapi kadang memangis tak tahu pasal apa. Hormon mungkin.. bila nurse tahu yang pum sampai sejam.. Dia marah sebab..kadang pum akan sebabkan puting jadi semakin buruk. Bial telefon Malaysia, semua cakap.. memang begitu mula2 Bf. tapi tak kan tak ada treatment pon. Nak ke bagi anak kita darah? Nangis lagi.. lagi dan lagi..Banyak search pasal treatment ni.. tapi ada yang tak jadi..



Hari ke7 lepas bersalin, kami jumpa Sara Fur tuh, dia tunjukkan latch yang betul, posisi yang betul. Dia bagi gambar untuk belajar. Tapi masa tu, pum lagi. Walau pum susu, Iman pada malam memang nak menyusu je.. kadang terpaksa tabahkan hati, kuatkan semangat supaya tahan sakit tu dan menyusu. Masa menyusu, asyik doa je supaya susu banyak, supaya cepat sembuh, suruh juga abgfiz solat hajat. Nak aja bagi susu formula (yang dapat free dalam deliver bag) tapi abgfiz suruh juga sabrkan hati bagi susu badan pada Iman. Abgfiz juga masakan sup sayur, sup ayam, dan setiap hidangan dia sediakan satu mug susu yang dipanaskan. Alhamdulillah, susu makin banyak..sampai kadang tu Iman tak terminum. Sekali pum dapat 3-4 oz, kadang dapat 7oz.

Setelah 2minggu duk pum susu, saya dengan tawakal ni, kembali susukan Iman tanpa botol. Mula-mula memang sakit teramat. Tapi nak juga buat supaya Iman tak confuse dengan botol. Alahamdulillah lama-lama sore, crack tu hilang.. Dan Iman menyusu tanpa rasa sakit. Sangat bersyukur.


Dengan program WIC (supplement nutrition for program woman, infant and children), kami dapat banyak makanan. Susu 6 gallon, 3 lb cheese, beberapa tin 100% juice, cereal, 2 dozen telur, tuna dalan tin, fresh vegetables, dan kacang yang belum masak. Alhamdulillah.. walau banyak sampai tak habis.. tapi rezekikan. Baru tadi kami ke temujanji WIC, makanan baru (tambahan) untuk wanita mengandung, wanita dalam pantang, wanita menyusukan anak dan makanan bayi dan kanak-kanak sehingga umur 5 tahun.



For full breastfeeding like me, we got 100% cereal, 100% juice, tuna/ salmon in canned, peanut butter, bread (whole grain) or brown rice, fresh vegetables or fresh fruit, milk, cheese, dry bean or canned bean and eggs.






Ini makanan WIC yang lama




Syukur dengan nikmat kurniaanNya.






Ini yang baru bermula October 2009






Ini contoh cek WIC yang diberi..


Tadi bila ditanya..berapa amaun bagi susu formula pada bayi dan saya jawab saya FULL BF. Semua cakap..'you did good job,' excellent' etc etc..waaa bangga ohh... Kerana susu ibu memenuhi nutrien yang sepatutnya. Saya sememangnya tak bekerja, jadi amat senang sebab sentiasa bersama bayi tapi setelah bekerja insyaALlah nak full bf juga. Tertarik dengan sepupu belah abgfiz, walau pon kerja ikut office hour, tetap full Bf. Tak campur, dia sentiasa pum. Jadi kepada wanita di luar sana.. besarkan anak kita dengn susu manusia bukan susu lembu..



source pasal treatment dan bf:

buku panduan mengandung oleh Ust Bahiyah






p/s: susu akan cukup selagi kita sentiasa stimulate- susukan anak dan pum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Atif said...

za..u r so lucky..k.lat pon tgh try nk kasi full bf,1mingu lagi nak naik keje balik..nk pump susu tak da semangat..huhu..awal2 Balqis dah di suap fm..nk buat mcmna takde org ajar cmne nk kuakan nip..air susu byk gitu je time tu..ni pon dah kurangkan fm..doakan smga k,lat kuat utk full bf utk Balqis..medela tu mmg mhl..kat msia ni dlm 300 ke atas..k.lat beli pureen nye pump..yg bateri..dlm 1++ tp tu pon tak jln sgt..sakit..guna tngan lagi bagus..tp lenguh..huhu

Nurul Izza said...

KAKLAT: sian je..xpe sabar2 ye..mgkn kt msia xbyk pendedahan.xpe..za pon untung sbb sini byk support.midwife, nurse, lactation, nutrition..

kurgkan skit2 fm tu..xpon pum susu bg dlm botol. medela mmg mahal.ump..try spectra..org ckp okla..hrga rm500.za rs if utk anak xberkira kn.jgn pum kuat sgt..mst sakit.pum slow2.sbb baby is the best sucking.

sabar ye..doa byk2..cabaran nk susukan anak ni.xpe..kuat sabar byk hikmah..nntz a email mcm ne cr2 nk pum..storage n dsbg

kak tini said...

salam, singgah sekejap dlm masa yg terbatas ni..

betul izza, mmg sakit waktu mula-mula susukan anak. memang puting pecah seminggu dua, mcm gigi geraham bongsu nak keluar je. kak tini mmg tarik nafas panjang2, macam kawal pernafasan waktu nak bersalin spya tak terasa sgt sakitnya..

alhamdulillah, dua2 anak fully breastfed. cuma iman dpt 1tahun 3bln je sbb kak tini dah mengandung yg kedua.

apapun congrats! you did good job! =)

yatie chomeyl said...

bestnya ada this kind of treatment. alhamdulillah berjaya gak fully BF kan?

yatie skrg pun duk pam dan berusaha jugak nak fully BF my baby..alhamdulillah setakat ni mamp[u lagi.

Nurul Izza said...

kaktini: arigatou gozaimasu..iza ingt iza je yg sakit.mmg awal2 gitu ye..terkadang tu menjerit juga sbb sakit sgt..kdg nangis jugaa..

yatie chomeyl: yeah..gud job! cuma mcm ne fully Bf bila puasa ye? sbb nk start ganti posa nih..maklum saja..sebulan xposa..ni nk start dlm winter ni..

pHatMuMMy said...

salam...i was blog hopping when i read ur experience about bf. malangnya in my case, saya tak dapat nk bf baby because of lots of reasons (even doc pun advice suro stop). anyway, no use menyesal menda yang dah lepas tapi what i want to say is, reading ur entry menyebabkan saya berazam nk try bf lagi utk my next one. harap2 this time around, berjaya la hendaknya. Amin...

Nurul Izza said...

phatmommy: salam..mmg byk cabarn susukan anak, sakit, susah, keje lg, etc etc..tp nk seribu daya xnak seribu dalihkan..demi anak..ku teruskan jua..ekeke..

hopefully, for ur next one, keep trying.byk faedah susu anak ni..anak pon akan jd lembut gitu ( refer to buku panduan mengandung ustazah nor baiyah).

pray 4 u

*smile*

ummikhayra said...

salam izza,
tepuk-tepuk untuk izza... :)

alhamdulillah, nini awal-awal dulu tak penah kene nipple crack ni... skrg ni, ketika ini baru kne. Sakit sangat kan.. Tu la, biasa orang cakap masa awal-awal kene, tp nini terbalik pulak. Skrg ni pam jugak walaupun sakit. tapi sebelum tu sapu dulu dengan susu. :(

Bestnye izza, kat sana ada WIC tu.. siap ada makanan apa sesuai lagi... share2 la lagi makanan-makanan tuk ibu2 BF ni. :)

Nurul Izza said...

ummikhayra: salam cik nini comey, sila bertepuk2 ye..ekeke ;)

sakitnye Allah yg tahu tau..sungguh..mandi pon sakit xleh kena apapun..sakit sagt..iza lepas nyusu sapu dgn susu dan lps tu sapu triple niple cream ni (definately safe for baby)

sbnrnya bukanla US ni teruk pon..ok je sebenarnya..xpernah berkira dlm agama, kaum etc.asal je low income, byk ditolong.

bukan shja makanan sesuai, setiap 2 bulan dia imbang, ukur baby, ibu baby spy sihat..eheh

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan