Bismillahirahanirahim
Pejam celik pejam celik, dah makin besar dah anak dara saya. Sungguh, tak sedar masa berlalu. Sejurus Iman masuk 3 tahun, saya hantarkan dia ke sekolah (preschool) : The Children's Place Child Care. Tujuannya untuk Iman bergaul dengan rakan sebaya dia, bergaul dengan guru dan suasana sekolah.
Kat Lincoln dan US ni ada program headstart programme. Saya tahu pun bilamana saya belajar di satu chapter sewaktu saya mengambil diploma Early Childhood Education tika mengandungkan Iman. Sebelum saya buat keputusan hantar Iman ke sekolah ni, saya buat banyak homework, saya buat panggilan ke beberapa sekolah. Buat perbandingan masa, bayaran dan tempat. Dan Children's Place adalah antara yang terdekat dari rumah kami.
Disebabkan headstart ini percuma, dan ramai yang memohon (berdasarkan syarat-syarat tertentu), Iman berada di waiting list. Jadi saya ambil keputusan hantar Iman ke sekolah berbayar. Tak apa lah bayar sedikit, duit boleh dicari. 2 kali seminggu dan 2 jam sehari. Kalau setiap hari, agaknya dalam sebulan hampir 1000USD kami terpaksa bayar.
Hari pertama ke sekolah, Iman teruja sebab banyak mainan dan kawan. Tapi dia lupa saya dan ayah nya terpaksa tinggalkan dia. Kami tinggalkan dia waktu dia seronok dan leka bermain.
Jam 11, abgfiz bawa balik Iman dan cerita pada saya. Iman menangis tatkala dia sedar mak ayah dia tak ada di situ. Dua jam dia menangis, nak keluar dari sekolah, panggil nama mak ayah dia. Sampai di rumah pun masih menangis. Mana tak nya dari kecil hingga kini, Iman berada bawah ketiak saya 24/7 setiap masa.
Hari kedua : masih menangis tetapi lebih baik dari hari sebelumnya. Untuk kanak-kanak 3 tahun , ada 2 cikgu yang in-charge : Mrs Susan dan Ms Joy (gambar di bawah Iman dan Ms Joy di buaian). Kata abgfiz, Iman asyik peluk Ms Joy sewaktunabgfiz datang ambil Iman. Dari situ saya faham bahawa :
1- Iman menangis sebab takut, : ditinggalkan di tempat asing. Iman rasa tak selamat.
2- Iman ingat mak ayah dia akan tinggalkan dia selamanya.
TETAPI,
Iman sedang membina kepercayaan kepada salah satu cikgu di situ untuk dia rasa selamat. Dan cikgu Itu adalah MS Joy. Bila mana Iman rasa tak selamat dan dia melihat Ms Joy, terus dia rasa selamat.
(psikologi kanak-kanak)
Tapi masuk minggu kedua, Iman masih menangis tatkala melihat sekolah. Cuma sejam selepas tu, saya buat panggilan kepada Ms Joy dan bertanya keadaan Iman dan alhamdulillahhhh... saya diberitahu Iman dah mula bermain, berkawan dan melukis mewarna dengan yang lain. Alhamdulillah... walaupun tak sepenuhnya Iman ok, tetapi itu lebih baik dari yang sebelumnya.
Gambar : Sekitar sekolah. Sebenarnya ini adalah Day Care sepenuh masa jadi ada waktu makan, belajar, nap time. Tapi ada juga untuk part time pre school. Ia terbahagi kepada : 18 month - 3 years old, 3 years old dan 4-5 years old.
p.s: bersyukur dengan segala apa yang Allah kurniakan.

0 comments:
Post a Comment