Bismillahirahmanirahim
Setelah sekian lama rumah terbengkalai... *_^ Hari ini genap 7 hari saya pindah .. Erk.. pindah lagi?? Yeeeee.. kami pindah lagi. Ni kes saya mengandung lagi la ni. Rumah lama tu hanya ada 1 bilik je, dan 1 bilik kalau mengikut peraturan Nebraska ni... hanya boleh diduduki seramai 3 orang sahaja (min : 3 org), Kalau rumah yang ada 2 bilik, maximum 5 orang sahaja. Yang tu jela saya tahu.. selebihnya malas pulak nak ambil tahu. Ehe..
Kalau ikut hati, saya betul-betul tak nak pindah. Satu - malas. Malas nak packing barang dan malas nak unpack barang serta sangat malas nak bersihkan rumah lama. Kat sini, kalau rumah yang kita tinggalkan wajib bersihkan sebagaimana bersihnya awal-awal kita menghuni rumah tersebut. Tak dinafikan, memang awal-awal masuk rumah (kecuali rumah lepas) semua berkeadaan baru dan bersih. Carpet ditukar / disyampu (guna vacuum stim), bilik air dibersihkan, dapur dalam keadaan bersih dan berkilat, semuanya baru.Tapi keluar nanti pun, mestilah berkeadaan seperti yang seawal kita masuk. kalau tak, ditolak deposit selama sebulan. Amaun yang ditolak bergantung kepada kerosakan /kebersihan yang kita tinggalkan.
Kenapa saya baru berpindah setelah kandungan masuk 9 bulan? Sebabnya..... kami menanti rumah yang dua bilik di kawasan rumah lama kami di Holdrege St. Bukan apa, duk situ walaupun kecik rumahnya tapi sewanya murah. Kalau dulu rumah kami sewanya $410 permonth termasuk letrik, internet, heater, kabel TV dan garbage. Haaa.. sini garbage biasanya kena bayar. Maksudnya kalau ada perkhidmatan buang sampah tu, memang kena bayar. Lepas tu kalau rumah dua bilik di Holdrege St tu hanya $505 sahaja termasuk semua. Tapi duk tunggu punya tunggu, bulan tak keluar-keluar. Tak ada pulak orang nak keluar. Dengan pilihan yang ada, kami pindahla rumah yang jauh sedikit dari East Campus, di kawasan City Campus. Sebenarnya takla jauh sangat, kalau naik kereta 5-10 min jugak termasuk trafic light. Rumah ni pula sewanya $560 termasuk heater. Eletrik kena bayar sendiri. Oh ya rumah yang berhampiran rumah lama kami di Starr St, (Our new home, home sweet home) ada juga yang kosong tapi 3 bilik dan kami sepakat menolak awal-awal rumah di kawasan rumah lama kami. Bukan apa, sewanya $515 tak termasuk semua kecuali internet. Jadi, heater dan letrik kena bayar. Heater tu yang bebankan sikit. Waktu winter berganda naiknya. Ish ish.. tak faham betul saya. (banyak pulak bebelnya...)
Alhamdulillah, malas-malas pun saya sempat juga packing barang. Waktu pindah minggu lepas kebetulan saya diserang selsema. Entah kenapala winter kali ni dah 3 kali saya selsema. Iman pun asyik selsema.. Winter lepas tak pernah dia kena. Hurm.. itulah kebaikan susu ibu- antibodi yang kuat. Pagi tu, abgfiz minta saya buatkan roti canai untuk para pengangkut barang-barang kami. Doh roti canai tu keras... haha nasibla sape yang makan. Gomen ne~~
Tengahari tu pulak saya tiba-tiba demam! Risau betul sebabnya Megan selalu risau kalau saya demam. Katanya bahaya pada kandungan. Terus saya lenakan diri dan biarkan rumah sepah sepah. Tak larat nak bangun! Malam Sabtu tu kami bermalam di rumah baru. Malam tu pulak abgfiz unpack dan kemas mana yang patut. Dia cuma tinggalkan barang dapur dan baju-baju. Tak tidur abgfiz malam tu! Esoknya pula lepas zohor dia ke rumah lama bersihkan rumah. Abgfizla paling kesian, diala yang cuci semua, dapur, peti sejuk, bilik air. Yang paling saya sedih, abgfiz gunakan Easy Off pembersih oven tu tanpa pakai glove. Benda tu sangat kuat dan tajam. Habis tangan dan lengan dia terhakis. Rasa bersalah sangat tapi apakan daya, saya terpaksa tengok Iman dan unpack barang di rumah baru..
Berbanding rumah lama, rumah baru ni sangat luas dan selesa. Pada saya, saya takla pentingkan sangat keluasan rumah, sebab nak balik tahun depan kan. Cuma kalau boleh jimat, jimatla. Sebetulnya rumah ni sewanya $590 tapi dek kerana berada dibawah (separuh basement dan tiada balkoni), sewanya diturunkan $30. Kata Cindy (bahagian family housing) tu , tak ramai suka duk rumah tanpa balkoni, sebab tu sewa diturunkan.
Bahagian dapur : hari pertama masuk dan unpack terus barang dapur (rempah ratus, garam, gula etc etc)
Bahagian dapur setelah unpack barang. Ada pulak dishwasher.. Senangla nanti kalau ada makan-makan. Masuk je dalam dishwasher dan tidur... bangun esoknya dah bersih. *wink wink*
Ini pula pandangan di bahagian closet di bilik tidur utama. Hujung sekali tu bilik air tapi tak ada bath tub. Hanya ada shower dan toilet bowl. Tak pernah lagi saya guna.. entah.. malas kot~
Depan closet tu ada pulak sinki ^_^ macam kat hotel je bilik ni.. Serius!!!
Ini pula pandangan di bilik air utama.. Tak pandai nak amik gambar penuh. Amik separuh-separuh pun jadilah..
Ruang tamu yang luas..
11 comments:
we all ni pun nak kena pindah dah gak, tp kena tunggu i branak. hahaha.. tak larat.. 1bedroom apt ni dah sarat utk we all.
seleso napok rumoh baru ni..patut sedak Iman lari2 gi mari
Cantik umah ...cam hotel ...hehe
akak pun paling tak suka pindah rumah..tambah-tambah kalu banyak barang..kalu nak tau akak ade lagi barang yg masih dok dalam kotak walaupun dah dekat lapan tahun pindah rumah ni..
mama miya: ish mmg xlrt tuh.akak tggu ms je kan?
yatiechomeyl: pnt jugok ghumoh besar. xlghat nok nyipey
aleyn: hehe rumah matsaleh sume lawa2
chikna: hahah hebat tuh chikna..8 taun tp msh ada brg dlm kotak...tp kt rumah ni pon ada 2-3 kotak xunpack lg.malas...
sane siap ade peraturan ek, limit bape org ikut saiz umah... niway, cantik la umah baru...
ye la..macam hotel!
kakshira: aah sini byk peraturan..ada tu xleh duduk serumah tanpa ada relation (fmly)
kakmunies: hahah...rumah mat saleh gitulaaa
wah susah juga ek ada peraturan mcm nih...kalau kat m'sia ni..rumah satu bilik pun xde org kisah nak sumbat berape ramai pun..huhuhu
izza..cantiknya umah baru..mcm hotel!
akak nak bath tub n dishwasher cam izza jugak...hehe.
have a good rest dear..
Post a Comment