RSS

Kehidupan dan Keceriaan ^.^

Bismillahirahmanirahim..



Entry kali ni berkisahkan kucing-kucing yang senang bersenang lenang di rumah mama saya. Awal-awal dulu, seingat saya hanya ada sekor je. Tu pun bukan nya kami bela, dia datang sendiri ke rumah. Dah tu, mama pulak jenis kesian je kat binatang, dibaginya makanan. Dah diberi makan, setiap harila datang ke rumah. dahla garang. Muka nak makan orang je.. Sabor jela..



Lepas tu di ibu ni (panggilan utk kucing tadi), dengan istilah 'terlalu subur", asyik beranak je keje dia. Tapi tak lama hayat si anak nya tu... ada je yang mampus. Lepas je saya kawin entah kenapa anak-anak si ibu ni beranak pinak pulak. Kali ni mama memang jaga dengan betul supaya hayatnya lebih lama....



Yang tak tahannya, manja betul anak-anak si ibu ni dengan mama. Kala lapar tuh, mulala... main-main rambutlah, duduk atas perut mama la.. tu makna nya dia nak makan la tuh!



Dah datang US ni, generasi si ibu tu bertambah-tambah pulak.... kadang-kadang bising je dengan adik-adik saya bebel sebab sibuk bergaduh dengan kucing. Tapi gaduh-gaduh pun, sayang jugak kat kucing. Bila nak buang ke pasar, tak sampai hati. Tapi bila duk kat rumah, ada je benda yang tak ok.







Dua hari lepas saya called ain, katanya si Cindy bersalin lagi! Nama cindy tu entah sapela yang bagi, tapi dia tahu tu nama dia. Jumlahnya 3 ekor.. hai bertambahlahhhhh penghuni rumah tu.






Yang ni pulak black dan anaknya. Bersalin dekat-dekat je dengan si Cindy. Tapi hairannya, anak dia sekor je. Tak pernah lagi saya tengok kucing beranak sekor!Jumlah semua kucing-kucing kat rumah sekarang ni 11.. ke 13? lupala pulak!!!







Yang ni antara kucing-kucing kat rumah..



Dah besar dah pun. Ada yang dah arwah.. Isk isk =(




Yang ni tukang cium..tapi nak jaga tak berapa nak sangat.





Si Ain nila yang 'sgt' sayang dan rajin jaga kucing-kucing kat rumah. Bergaduh setiap hari pun ye jugak! Hahaha..



p.s: agaknya bila balik nanti brapa ye jumlah semua? entah-entah kena penyek kt Iman nanti..kuikui

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

nEuR0 shEwAzni said...

haha . kompem iman balik kne penyek laa kucing2 tuu .

nEuR0 shEwAzni said...

arghh !!! 1st keeee . hahaha .

Nurul Izza said...

wawa: hahahahah

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan