Bismillahirahmanirahim
Wah.. banyaknya masa saya mengadap pc. Hahaha~~ hari ni rajin plak nak mengadap lama-lama pc sebabnya~ Iman duk tido sebelah ni (atas katil..). Sebenarnya bilik kedua ni bilik untuk Iman kononnya (dan bilik study abgfiz). Tapi Imannya tido untuk tengahari je. Itu pun kalau dia tidur sini, biasanya kalau mengantuk automatik Iman ke bilik utama, naik katil dan masuk dalam selimut tuh.
tempat study abgfiz. kalau tempat study abgfiz, semua lengkap..
Iman dengan baju atuk dan tokwan bagi..
Alhamdulillah, sekarang Iman dah mula boleh berdikari. Kalau dulu, semua nk duk sebelah ummi ni haaa.. hatta ummi ke toilet pun umi KENA bawa Iman. Kalau tak, memang melalak terukla jawabnya. Nasib baikla kat bath tub ada langsir tuh. Adoyai...
Tapi alhamdulillah sejak dua menjak ni saya dah boleh memasak tanpa Iman menangis, boleh solat dan ke toilet tanpa Iman bersama. Cuma bila nak tidur je nak saya sebelah dia, konon nak bersentuhan kulit dengan saya dulu baru boleh lena. Malam-malam Iman nya tidur di bawah : atas comforter tapi bila jaga tengah malam, automatik naik katil dan duk bawah ketiak ayah dia. Satu perkara yang sangat bagus, tak perlu duk manja-manja dengan ummi lagi. Baby dah nak keluar! Ehee~~
Setiap kali jumpa orang (terutama nurse dan midwife atau doctor) becok mulut duk 'hai'. Bila nak balik je atau nurse nak gerak ke tempat lain, terus say ' bye..see you'. Kadang-kadang ditegur orang-orang yang mana langsung tak nak layan dia. Sian je bila jumpa orang yang langsung tak nak layan dia. Kelakar pun ada..
****************
Sabtu lepas, kami buat makan-makan lagi. Ni request adik-adik dan abgfiz... sementara nak menyambut orang baru. Kalau ikutkan, aduhai.. tak larat dah nak berdiri lama-lam. Tapi alhamdulillah, ramai pula assistant saya kali ni. Menu malam tu nasi ayam cina + nasi ayam melayu, mihun goreng, baked mashed potato. Mihun goreng tu saya minta Hasanah tolong masakkan. Iman pada waktu saya tengah masak tu sangat kritikal, saya masuk dapur pun mengamuk! Tak tahu sebab apa... Kebetulan pula, abgfiz duk sibuk hantar ambil adik-adik ( memang sibuk dia malam tu). Irfan dan Raihan pun turut tolong. Sangat terharu. Terima kasih daun keladi ye..
Menu nasi ayam tu sebenarnya abgfiz request sebab katanya menu tu je yang paling senang dan sekejap masaknya, tak renyah! Saya pula memang nak sangat makan nasi ayam cina, duk jatuh hati setelah makan waktu Chinese New Year hr tu. 4 ekor ayam, habis!!! Hah.. sekarang dah ramai dah adik-adik datang Lincoln. Bermula kami, Suhaizi dan Roz serta family (tak termasuk Cina Malaysia), sekarang dah bertambah-tambah. Menu pun kena pelbagaikan, takut tak cukup.
Dipendekkan cerita, saya solat maghrib puk 7 malam! (read: isyak jam 722) Dengan Iman melalak lagi, kalutnya tersangat! Siap solat, si AIn masuk bilik nak minta permission guna dapur (panaskan asam pedas dia). Yang saya tak tahan, makanan banyak tak hidang lagi, ayam tak potong lagi (duk dalam oven lagi) sup masih tak buh garam lagi, semuanya belum siap lagi tapi tetamu dah ramai! Memang terkejut sebabnya pertama kali tetamu datang dan penuhkan rumah yang besar! Makanan pula tak siap hidang lagi. Kalut betul dan terpaksa minta adik-adik tolong hidangkan. Huhuhu.. abgfiz pula kerja dia malam tu angkut adik-adik yang tak punya kenderaan. Payah betul bila Iman asyik nak berdukung dan mengamuk. Huhu~~ tapi alhamdulillah.. adik-adik rajin tolong kakiza.
Antara para tetamu.
Tengok Iman, dah jumpa orang lain.. lupa terus ayah dan ummi dia. Malam tu memang nak dengan Zaki je. Makan pun bersuap dengan Zaki dan kak Nadiah je. Lepas tu duk buli Safiyyah. Sudahla dia tu lagi banyak isi dari Safiyyah, boleh pulak nak duduk atas Safiyyah./ Haaa.. elokla tu, nanti boleh ummi dan ayah honeymoon berdua *wink wink * ^_*
Para tamu di sudut lain.
Menu tambahan : asam pedas yang sangat sedap dari Ain, kimbap aka sushi dari Hafizah (yang saya sempat makan 2 ketui je..huhuhuhu), kek coklat pisang dari KakNadiah dan Kek cheesechocolate (?) dari Roz.
Aktiviti tambahan : main Wii
Akhir majlis, Hasanah yang tolong basuhkan pinggan mangkuk, Ain dan abgfiz tolong kemas-kemas, eh ada ramai lagi tukang kemas cuma saya lupa dah. Last but not least... dishwasher tolong basuhkan pinggan mangkuk yang payah nak basuh. On kan malam tu, esok pagi dah bersih dan kering. Senang betul kerja.. Nasib baik dulu, Sek Yee pernah bagi dishwasher detergent.
Esok pagi.... segala dan seluruh badan saya sakit dan tak larat!..
p.s: saya betul-betul berterima kasih kepada yang membantu terutama Hasanah. Maaf susahkan Hasanah. Nanti datang rumah, makan free ye. Hahahah.. Nak buat adik ipar, dah ada pulak calonnya.. apokan dayooo. huhuhu~~~
10 comments:
";nampak belakang slim je...bila tengok depan..haaaa"
nanti bley makan2 free lagi..hehe :P
besr napok rumoh ni, puas hati la nok wat make2 gini. letih2 pong bilo tgk tetamu make bertamboh2, aso mace hile segala letih deh :)
mek za... lm kynt x tny kabo. moga mu sihat2 sokmo. bl due ni? semoga dipermudahkan semua..
iman sgt chomey! geram ngk! eheheh
semoga segalanya dipermudahkan utk izza sekeluarga menyambut orang baru nnti :)
orang tua-tua kata bila nampak belakang slim je..tu tandanya Iman nak datang adik lelaki.. betul ke??
kat sane mmg selalu wat makan makan ek
Rajinnyer buat masak2...meriah lak tuh...
hasanah: hihi~~ comey kan?
yatie chomeyl: aah meme besar, puah hatila bulih wak make utk ghama oghe. kalau ghumoh lamo gak, umph.. org pah ko ttanoh.hehe
kakyan: rinduuu kakyan! nnt dh keluar akan diumumkan, okeh? ;p
llizam: meh sini jaga iman meh. haha nnt zam jumpa tahun depan ye. insyaALlah..pnjg umo..
chik na: yeke chikna? xpenah plak iza dengar.nnt kita buat surprise.hehe
munies: aahla munies.. entah kenapa, seronok sbnrnya buat makan-makan, jamu adik2
aleyn: hehe iza tukang msk je. haha
rajinnya izza.buncit2 pun rajin buat msk2 melayan tetamu bagai.kalo akak? huhu..pengsan!
besar nampak rumah izza..
Izza, best nya la kenduri reramai..suka baca blog izza...yang tak tahan tuh, imannn!! chomey la diaaa...hehe...jangan lupa tau update bila izza dah deliver nanti...bila izza balik malaysia?
Post a Comment