RSS

Iman dan headphonenya

Bismillahirahmanirahim

Lama bersarang blog ni, komen pun tak terbalas. Saya akhir-akhir ini agak tak sihat dan terpaksa membiarkan komen-komen itu tak terbalas. Nak membelek facebook atau berinternet pun tak boleh, apatah lagi nak melawat blog lain. Iman pun dah lama tak keluar tengok ayah main tenis. Kesian dia.. tambah pula cuaca agak panas 2-3 hari ini. Panas dan bahang! Memang bahang! Kadang tu, saya agak sesak nafas bila keluar, terlalu bahang!

Sejak saya memperkenalkan Iman dengan headphone ni.. eh pada awalnya, adik saya nak sembang dengan Iman je, bila bagi je headphone ni, didengarnya suara orang bercakap, suara Iman? Langsung tak da! Lepas je insiden ni, asyik duk tarik je headphone ni. Headphone ni baru je beli, yang lama dah tak boleh pakai (hanya boleh dengar je) sebabnya, si Iman ni duk pijak, hentak-hentak.. biasala.. pomen!

Duk kelek-kelek headphone ni ke sana ke mari, lepas tu cakap sorang-sorang. Saya tergelak sorang-sorang. Bila tersangkut wayar je, mula marah-marah, dibebelnya sorang-sorang. Iman, nak jadi macam umi ke? kejenye membebel!


*Sila abaikan rumah bersepah, Iman yang kemas* Gitulah gayanya dengan headphone.




Duk belek-belek..




Marah apabila headphone tu tak boleh nak dipakai..


Dah pakai, dikelek ke hulu ke hilir..



Gaya macam DJ je!




Setiap hari duk mengelek.





Muka sangat tak suka bergambar. Hahaha.. Perasan tak, ada beg sebelah tu? Sebenarnya beg tu saya terpaksa letak kat situ. Di belakang beg tu, ada plug tv. Suka sangatla dia cabut plug tu! Geram je bila tengah tengok tv, tetiba terpadam! Sahla keje Iman tu. Kalau tak ditarik wayar tu, dia main pula picit-picit butang TV. Saya memang jarang dah tengok tv sekarang, duk melayan Tv Iman jela. Bila dah bosan, gitula kejenye..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa kena dengan Iman..?

Bismillahirahmanirahim

Entah kenapa dengan Iman, sejak petang semalam dia tak nak menyusu. Sehingga malam tadi dan pagi tadi. Nak kata susu sedikit, tak mungkin sebab bila saya pam jumlah susu mencecah 6oz. Bila pam dan bagi botol, diminumnya separuh, selebihnya dia main-main. Susu tak nak, air masak pun tak nak. Tapi asyik menangis je bila tersedar dari tidur dan saya tau dia nak susu. Tapi bila disuakan susu, tak nak pulak. Buntu memikirkan Iman ni..


Hobi sekarang, duk kelek kain selimut. Ke mana-mana dibawanya selimut. Lepas tu tinggal di dapurla, di ruang tamu la, dah tu ambil balik selimut lain. Suka betul mengemas rumah!

Di leher nya pun dia asik tergaru-garu hingga meninggalkan kesan yang teruk. Dah belikan Aveeno, dia asyik garu, dah letak bedak berubat dia pun menggaru. Apa kena dengan Iman ni. Pening kepala saya dibuatnya. Kalau hari ni teruk lagi, besok kena call paed.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The best breastpump

Bismillahirahmanirahim

Saya hanya menyambung produk dari entry Ummi Safiyyah. Bagi saya, breastpump yang terbaik adalah jenama Medela dan saya tahu.. kat Malaysia sangat mahal. Mencecah ribuan ringgit.



Yang ni saya guna waktu nipple saya sakit + sore + bleeding waktu dalam pantang lepas. Medela symphony ni sangat berkesan dalam mengatasi segala masalah breastfeeding. Kat Nebraska, Bp jenis ni memang jarang orang beli sebab biasanya boleh sewa di Milkworks. Saya memang sukakan yang ni tapi bila saya tanya harga di kedai Milkwork tu.. harganya "fifteen.. fifteen hundred"!! 1500 USD!! Adoii sangat mengecewakan. Tapi medela ni sangat membantu saya dulu. Wah..mengimbau kenangan semasa pantang, ish nostalgia. Pantang sorang-sorang bersama suami + masalah breastfeeding + kemurungan = sangat memberikan kenangan.



Yang ni pula jenama Lansinoh. Saya jarang pula bertemu dengan Lansinoh. Tak minat jenama ni even saya gunakan Lansinoh Disposable Nursing Pad.




Yang ni pun sama, tak minat!



Yang paling saya berkenan.. dan sebelum balik ingat nak minta dengan husband belikan yang ni..




Sangat compatible!



Medela Freestyle Breastpump. Saya tak pasti kat Malaysia berapa, tapi tika saya beremail dengan sepupu abgfiz lepas (tika dia meminta saya belikan breastpump yang ni), katanya harga di kedai Malaysia dalam 2000++. Kalau di online paling murah RM1900. Saya tak pula buat research pasal harga. Harga saya beli untuk sepupu abgfiz hari tu 270 USD. Kalau convert ke Rm pun masih tak sampai RM1000! Wah sangat menjimatkan!..





Tapi yang pastinya Medela freestyle ni sangat bagus dan terbaik bagi ibu-ibu yang bekerja. Tak berbunyi, tidak berat, boleh sorok-sorok bila pumping, boleh juga pumping sambil buat kerja. Wah sangat menyanangkan!




Yang ni medela pump in style, sama je dengan freestyle cuma yang ni berat sikit je dengan freestyle.

More info untuk medela produk, kat sini dan sini. Nak kirim??? Tunggu saya balik ya dan itu kena tanya menteri kewangan kami. Hehehehe


p.s: ..................................................


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak duduk diam~

Bismillahirahmanirahim..

Atas permintaan TINGGI makcik-makcik Iman, umi letak beberapa video untuk tontonan umum

1) Video ini tika pertama kali Iman keluar berjalan depan rumah. Sejak dari itu, lepas je umi solat asar, mesti Iman duk depan pintu tunjuk pintu (nak keluarla tu..). Tak pun duk tepuk-tepuk pintu rumah. Jadi pak guard!

video

2) Malam tadi : bangun je jam 10 malam (tidur jam 8 malam), kerjanya asyik berjalan je, jalan dan lompat, panjat kerusi, pi kubey-kubey pinggan mangkuk.

video

3) Sambungan dari 2)

video

P.s: takat ini dulula kot. Lain-lain ada mood upload lagi

p.s: video 1) tu bising sebab angin kuat

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Watermark..

Bismillahirahmanirahim..




Sebelum ni (awal-awal blogging) saya agak ghajin membikin watermark di setiap gambar tapi lepas tu dah malas. Tapi.. disebabkan entry Yatie Chomeyl ni, saya cukup risau.
Dengan kemudahan internet 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan.. saya googlekan untuk membuat watermark sendiri.

Mula-mula saya try and error kat sini, tapi step-step kat situ saya dah tau sebab selalu duk main dengan photoshop. Saya cari lagi, dapat yang di sini. Dengan gabungan sini, sini dan sini.. dapatla..
dan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Last Part : Cuti-cuti US : Colorado

Bismillahirahmanirahim

Entry ni dah lama duk terbengkalai, momentum nak meneruskan perjalanan ke US ni tak ada. Tak ghajin! (malas tu perkataan tak berapa sopan, tak ghajin sopan sikit kot..ehe.. )

*******************

24 Mei : 9 am : Grand Canyon, Arizona

Seperti entry lepas, hotel yang kami menginap ni memang mahal, selesa pun memang selesa. Dah namanya pun hotel, kan? Besar dan sangat empuk bantal serta tilam dia. Sangat menyenangkan badan!

Hotel ni terletak di Tuba City. Kebanyakan pekerja hotel ini memang orang Red Indian. Saya copy & paste je info hotel ni.


The Quality Inn® Navajo Nation is ideally located in the heart of Indian country in the historic Tuba Trading Post. This Tuba City hotel is less than two hours from Grand Canyon National Park, Monument Valley and the Navajo National Monument. Other area attractions include DinĂ© College and Coal Mine Canyon.Visitors to the trading post will find authentic Indian arts and crafts, Indian jewelry, pottery, sand paintings, Kachina dolls, rugs and clothing. The hotel is next door to Hogan Restaurant, featuring fine Mexican, American and local cuisine. The restaurant is open seven days a week, serving breakfast, lunch and dinner and can accommodate any size group.This Tuba City hotel's modern accommodations include a free hot breakfast, free local calls, free coffee, an on-site gift shop and picnic area. Business travelers will appreciate conveniences like free high-speed Internet access in all rooms, computer hook-ups and access to copy and fax services. There is an RV Park that offers full hook-ups, cable television, showers and laundry facilities. Six tent sites are available. There is also a newsstand located on the property.


Pagi besoknya kami bersarapan di hotel tersebut. Kami diberi 3 coupon. Menunya :




  1. Bread toast + egg + sausage

  2. French toast + fruits

  3. Erk... lupa dah..

Kami ambil 2 menu yang no 1 dan satu menu no2. Sausage tu kami tak makan la, french toast dia.. sangat lembut dan sedap. Balik je dari cuti-cuti, hampir setiap hari saya duk breakfast dengan french toast je . Tak sia-sia bayaran mahal!







Jam 9 lebih kami bertolak ke Colorado Spring, yang memakan masa 8-9 jam. Sebenarnya, dari Las Vegas tu saya dah nak balik ke Lincoln dah tapi perjalanan jauh yang memaksa kami berhenti di beberapa state. Tak mampu nak bertahan!




Tuba City - Colorado Spring



Singgah berehat kawasan rest area. Hanya ada sebiji bangunan dan tak ada orang pun! Nak ke toilet pun, kena ambil kunci toilet dari visitor centre.



Bila kami dah memasuki Colorado, tenang betul pemandangan. Cantik! Berbukit bukau dan berumput hijau je. Memang cantikla...




Saya utarakan pada abgfiz, kalau diberi peluang saya nak tinggal disini walaupun terpaksa jadi petani. Rumah sebelah bukit, belakang rumah ada air sungai mengalir, mana tak syok! Pencemaran tak banyak, air sungainya sangat jernih dan sejuk. Suka betul dengan tempat macam ni.







Tiba-tiba kami terjumpa air terjun! Lama betul tak nampak air terjun, alih-alih jumpa di celah-celah bukit on the way ke Colorado Spring. Nak je saya pi turun rasa air tu tapi masa tak izinkan.. Nak mengejar solat.










Bergambar berlatar belakangkan bukit yang bersalji. Cantik, kan?





Salji ni berais tau, bukan salji dah. Tak sedar kami sebenarnya sedang berada di atas bukit yang bersalji tadi.

Dalam kereta Iman asyik merengek tak nak duk dalam carseat, jenuh betul saya nak pujuk dia. Bila keluar je dari carseat, melonjak gembira. Main sana, main sini. Tapi saya pun risau kalau polis meronda. Sempat 5 minit je Iman keluar dari carseat, bila masuk balik, melalak balik!!


Kami tiba di super 8 motel di Colorado Spring tepat jam 630 petang. Terus kami kejar solat. Malam tu, saya tertidur seawal jam 8, Iman pun sama.


***************




25 Mei : 8.30 am : Colorado Spring, Colorado




Setelah selesai sarapan, kami bertolak ke Garden of Gods. Dekat sangat dengan super 8 motel. Tibanya kami, visitor centre pun tak buka lagi. Sambil menunggu, sambil menikmati kehebatan Allah. Pemandangannya, memang mengasyikkan..








Iman dapat kawan baru, Billy. Suka betul Billy kat Iman, diciumnya Iman, dipeluknya Iman. Kata mama dia, dia memang suka pada baby, disuruhnya mama mengandung lagi. Lucu tapi budaknya telus je. Ditariknya tangan saya dan tunjuk pada saya, " I want to see hoho (santa claus). Hoho live there" Sambil jari telunjuk menunjuk ke Garden of Gods.



Di dalam visitor centre, kami memasuki tempat penayangan sejarah Garden of Gods. Sangat menakjubkan ciptaan Allah. Mat salleh pun tengok dengan mata hati. Sejarahnya di sini




Di dalam visitor centre




Berlatarbelakangkan Garden of Gods. Macam backdrop studio je kan? Cantik betul..





Masuk situ saya ternampak wanita ni, menolak anaknya yang lumpuh seluruh badan, memang tak boleh gerak langsung, plus anak ni memang cacat anggota, kakinya senget, tangannya pun. Sanggup dia berkorban masa dan tenaga demi anak tercinta .



Salah satu batu di sini






Trails Garden Of Gods







Di depan White Rock








Pemandangan dari Garden of Gods




Cantik, kan?




Jam 12 kami bertolak ke Lincoln. Tak sabar betul nak sampai rumah. Ramai betul menanya, 'tak beli belah ke?' Oh.. kami lebih suka menikmati nature dari singgah membeli belah. Abgfiz dan saya sama, tak ghajin shopping! Plus, ongkos pun tak ada. Kalau ke kedai pun , saya lebih suka menilik pinggan mangkuk + periuk + aksesori rumah berbanding baju. .


p.s: fuh.. selesai sudah entry cuti-cuti..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayah, adhah, ajhah??


Bismillahirahmanirahim



Lately saya sangat sibuk, sampaikan saya sangat malas untuk mengupdate rumah comey ni. Lately juga saya sangat bermood untuk memasak. Sebenarnya lebih kepada nak makan je pun. Hahaha..



Ini cerita pasal Iman.. Iman sekarang sudah menunjukkan macam-macam aksi. Aksi yang kadang-kadang boleh membuatkan saya marah, kadang geram dan adakalanya lucu dan rindu dengan aksi dia tu!




Suka sangat main dengan rumput!







Sangat suka duduk dalam closet yang paling bawah tu. Itula port dia tatkala dia penat setelah main. Tak tahannya dia pandai pula buka dan masuk sendiri! Dah buka dia keluarkan 2-3 helai baju (mostly dalam tu selimut dan towel dia), kemudian masuk dalam tu.


Dan.. paling best (untuk ayah jela...)



Dah pandai sebut ayah!


video



P.s: amacam dengan watermark baru saya? kecik sangat ke? nak buat lain..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doyan oh Doyan~~

Bismillahirahmanirahim



Doyan.. sekarang musim dia eh? Kalau kat Malaysia orang berpusu-pusu ke gerai-gerai jual durian tapi saya..??? hehe .. tak terasa pun musim dia. Saya bukan peminat fanatik durian ni, bukan peminat fanatik, memang tak makan durian pun!



Tak tahu kenapa bau durian ni membuatkan saya pening dan mabuk. Mabuk yang menjurus kepada loya-loya dan nak pitam ok! Eeeehhhhhh, bukan saya sorang je tau, adik-adik perempuan saya pun macam tu. Agaknya kami dari genetik yang sama kot. Sepupu saya pun jenis yang tak boleh dengan buah durian, makan - muntah, bau- loya. Hahahhaha..



Sabtu lepas, tatkala kami ke kedai Asian Market ada pula buah durian terpampang di peti kat kedai tu. Abgfiz asyik duk membelek durian je masa tu. Bila saya tanya, 'tak nak beli ke?'. Dia pula jawab, 'nantila..mahal kot'. Bila seisi bayar membayar, ada je pertanyaan kepada jurujual. 'How much price for durian..?' Gitula kot soklan dia. Saya lupa dah.. Si jurujual tu cakap 'It cost about $1.59 per pound', dengar je tu.. terus dia gi ambil sebijik buah durian dalam peti tuh. Total semua, $8. ++ .. kira agak murah berbanding tahun lepas, ada je durian berharga $60 sebijik!



Balik rumah, terus dia buka.. Punyala tak sabar! Tapi, malangnya durian tu durian frozen, sepatutnya buah tu kena thaw dulu sebelum buka. Usaha betul abgfiz buka, nampak je isi dia, terus dikorek dengan pisau. Isinya pun frozen! hahahahah.. tergelak-gelak saya..lucu! Saya rasa, durian ni mungkin diletak nitrogen ataupun ais kering. Sebab, keras sangat!



Berjaya jugak abgfiz keluarkan isi durian tu setelah dia membiarkan beberapa jam di suhu bilik. Rasanya... katanya manis dan sedap. Saya?? dah mula mabuk dengan bau durian tu. Macam mabuk mengandung pun ada.


Ada je orang cakap saya ni macam orang bandar, orang kampung sebab tak makan durian. Tak kisahla.. Tapi setahu saya, dimana-mana pun kampung ke bandar ke durian tetap no 1. Pernah sekali ada orang bagi buah durian untuk kami adik-beradik (dalam 3-4 biji) kot.. Tapi.. sorang pun tak makan (sebab masa tu yang perempuan je ada kat rumah) sehinggakan durian tu nak busuk! Bila adik laki saya balik dari asrama, terus dia mengadap durian sorang-sorang. Habis pula tu!.






Durian US.



p.s: nasib baik durian dah tak ada dalam peti, kalau tak asyik mabuk kepayang je saya ni. ekeke


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pembantu rumah AKA bibik~~

Bismillahirahmanirahim

Sape yang ada bibik angkat tangan...???? Apa perasaan ada bibik ye?? Saya sendiri tak pernah ada bibik walaupun mama saya bekerja. Waktu tu, saya selalu utarakan pada mama supaya ambil bibik atau pembantu rumah. Bila balik rumah je, dah jam 230 tgh, tu pun tak masak lagi untuk makan tengahari. Kalau mama sempat dia bangun pagi jam 4 masak untuk breakfast dan lunch sekali. Kalau tak, kami makan je kat kantin (lepas tu bil semua masuk dalm buku 5 mama, kebetulan mama mengajar sekolah yang sama waktu itu).Kahkahkah... Baik punya anak! Kadang-kadang balik sekolah singgah pasar siti khadijah beli lauk esp sayur dan balik tu, lepas je solat zohor, kami tungkus lumus masak utuk makan tengahari. Lunch kami waktu tu bisa jam 4-430 petang! Ekekeke... tapi adik-adik saya tak pula mengeluh, makan je..

Tapi lepas je saya SPM, duk rumah 3 bulan tu.. habis kena buli kat adik-adik saya. Jadi tukang masak, ok! Sebelum ke sekolah tu dah siap senarai menu diorang nak makan. Baik punya adik! Pastu kalau tak sedap mesti cakap, 'ni mesti kakja masak, tak cukup ramuan.' Bila sedap je cakap, 'mesti ma masak ni, tak pun ma bagi resepi..'. Hampehh semua... periuk dah berkerak baru nak kutuk!

Pernah sekali mama suruh masak kari ayam, waktu tu mesin kelapa ada dirumah. Saya yang memang tak pernah guna mesin tu, setengah jam - 1 jam kot saya duk termenung di depan mesin tu. Bila nak sentuh je mata dia nak parut kelapa, terketar-ketar je tangan. Yela, biasanya adik-adik laki saya atau mama yang parut. Eh, silap skill hancur tau tangan kita. Sudahnya, saya minta tolong jiran saya parutkan kelapa. Hahahaha.. . Duk rumah kelantan, kami tak pernah beli santan segera, semua manual ok! Tapi saya tak buatla.. kate tak reti. Kuikui..

Tapi, bila dah masuk matrik, saya jumpa ramai orang yang mempunyai perangai masing-masing. Ada yang ghajin basuh baju, setiap hari pulak tu. Biasanya orang macam ni dari sekolah asrama. Saya pula 2-3 hari sekali. Jimat sabun basuh maaaa... Cuma kadang budak sekolah asrama ni suka tidur lepas subuh. Waktu di matrik, aras dan wing saya tu, kalau weekend pagi je sunyi betul. Semua dibuai mimpi indah. Waktu itula saya keluar jogging, enaknya, matrik saya tu berbukit-bukit. Sorang-sorang jogging pun tak kisah sebab orang ramai dibuai mimpi. Ekeke...

Ada pula saya jumpa orang yang susah betul nak uruskan diri sendiri bila masuk matrik. Agaknya kali pertama jauh dengan keluarga. Kesian pula saya tengok, waktu orientasi tu, asyik menangis je tak reti basuh baju sendiri, tak pandai lipat kain, tak tahu nak jemur kain macam mana. Sudahnya setiap minggu keluarga datang bawa pakaian baru dan ambil pakaian lama. Ini akibat dari kecik terlalu bergantung kepada bibik aka pembantu rumah. Kadang kesian sangat, kata kawan saya tu, kadang nak basuh baju dia ikut orang sebelah basuh. Sekali berus, dia berus, dua kali berus dia pun dua kali berus. Sian sangat..

Bagi saya, ada pembantu rumah tu ada baik dan buruknya, yang baiknya..kerja rumah semua dia uruskan. Baik memasak, jemur kain (yela mesin dah basuh kain), iron baju, wah bestnye.. Goyang kaki je. Tapi yang tak baiknya, kita tak ada privacy, juga ke mana-mana kena bawa bibik. Pun lagi, anak-anak nanti tak pandai nak berdikari. Lagi naya kalau suami terpikat kat bibik!!! Ish..nauzubillah. Takat ni, kami berdua memang tak terfikir pun nak berbibik, kebetulan mertua saya pun tak ada bibik. Tapi one thing, masing-masing kena ambil peranan la kot. Kalau rumah bersepah, jangan duk bebel pasangan amsing-masing, tak nak kemas diam je. Kalau tak tahan mata, tolong kemaskan. Huahahaha..(gelak devil) ..

Kat Lincoln ni saya lepas je bersalin Iman, ada je helper saya. DUlu dia kecik, sekarang dah pandai uruskan hal rumah, memasak je belum.. bertuah betul saya kan??..




Bila saya tengah lipat kain, dia mula lipat juga. Tolong kemas pun ada!



Bila saya mengadapa pc, dia mula menunjukkan skill mengemas buku-buku di rak. Sangat bijak ini little helper!


Bila saya memasak di dapur, dia mula menunjukkan minat terhadap masak-memasak. Habis periuk belanga saya dia cuba!Ketung ketang bunyinya!



Ini tatkala dia rajin nak mengemas closetnya yang setiap hari 'kemas'. Wahahaha..

p.s: rajin tak saya punya helper? hohoho
p.s: komen-komen lepas akan saya reply setelah ada masa. nak jemur kain..ok..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan