RSS

Semalaman kami di Ames

Bismillahirahmanirahim..

Minggu lepas kami ke Ames lagi, untuk kali ke2. (yang pertama kami pi waktu cuti-cuti US 2009). Kali ni memang sengaja kami ke sana, kebetulan saya nak ambil tudung awning yang ditempah khas dari adik KakJaja. Hebat, kan? Pandai betul adik dia menjahit...

Kami sampai jam 12 ++ tgh, terus serbu dapur. KakJaja masak mee kari, nasi puteh + sambal belacan (dia taruk ikan bilis...pedass tapi sedap!!) + gulai daging salai + sup sayur + ayam goreng rempah. Saya kebetulan bawa kuzi ayam + roti jala dan Cheesecake batik (bak kata abgfazli..). Cheesecake batik tu saya betul-betul main campak.. nak buat kek batik, pastu duk nak makan nonbake cheesecake. Jadila cheesecake batik. ..(sila jangan tiru saya, saya memang suka men'suka hati' dalam masak..jadi ke tak, belakang kira..)

Dah siap makan, sembang.. tiba-tiba KakJaja ajak kami ke befday party anak kawan dia (Sofia dan Adam - gabungan dua befday, lain mak dan ayah ehee).. Lorrr... makan lagi?? Yang ni memang saya tak sengaja pi party orang. Tiba di community centre (tempat befday tu) tu.. punyala saya terkejut, ramai betul orang Melayu! Jakun habis... maklumlah, di Lincoln ni kami berapa kerat je..

Kebetulan juga, yang datang tu dari University of Iowa, Iowa City dan Drake University, Des Moines. Mereka sebelum tu buat korban 8 ekor kambing kot tak silap... (memandai je..) Tapi rasanya 8 ekor.. aaahhhh memang tak pasti. Seronok juga jumpa ramai-ramai ni..



Sangat meriah, ok~~




Tengoklah betapa ramainya orang Melayu.. jakun benor kami nih~~




Agaknya si Iman ni jarang jumpa kanak-kanak Melayu, habis dicuitnya orang disitu. Jalan pun tak hengat dunia! Penat nak ngejar...


Gambar atas kiri (befday girl dan parents dia.. Kak Nor dan ayahnya, lupa lak nama..) Belah kanan pula, Kakshidah dan Abg Zahari serta Baihaqi dari Iowa City.


Cuba tengok gelagat Iman, waktu ni orang suh dia duduk sebab nak main musical box... tapi si Iman nya, sorang-sorang duk kat tengah.. Pulak tu boleh pula tetiba dia duduk atas riba kanak-kanak berkulit hitam! Lepas tu suka hati dia je duk tilik-tilik, main-main rambut dan kaki anak mat saleh belah kiri tuh. Iman, jakun ke.. tak pernah jumpa orang macam tu ke mek?? Aigooo~~~ Ooo Iman peramah orang nye ~ ahaksss ^-^

Hidangan petang tu.. sangat best!! Ada kari kambing (kakshidah dan abg zahari masak, memang sedap!!) + pulut kuning + nasi impit + bubur kacang hijau + mihun goreng + mee kari. Tak sempat saya nak amik gambar makanan, sebab makanan dah kena serbu dek anak-anak bujang!. KakJaja pula, tak sempat merasa kari kambing tu.. Oh~~ sungguh enak..

Kami berangkat pulang jam 5 malam.. malam tu kami bersantai je kat rumah KakJaja..



Iman dan Syahmi serta Aiman.. seronok betul jumpa budak-budak ni. yang kelakarnya, Iman buat rumah diorang macam rumah dia sendiri.. suka hati nak explore.. Mentang-mentang rumah kita kecik, pi explore rumah besar ye Iman?

*syahmi, buku tu terbalik awe oii...~~*





Hah, ni lee ghupe cheesecake batik saye~~ ngeh ngeh~~




Esok harinya, kami para bapak dan mak ni duk layan Wii.. seronok juga, peluh pun keluar (ni kes Aiman dan abgfiz main boxing, peluh peluh abgfiz..)




Kami betolak pulang sejurus selepas asar ~ almost jam 3 petang, sampai kami di Lincoln jam 7 malam. Yang pastinya, semalaman kami di sini memang menyeronokkan! Haiah.. bila pulak nak pi lagi eh? Tuan rumah dah nak balik Malaysia bulan 7 tahun depan... insyaAllah jumpa nanti di Malaysia..



Iman~~ bila laaaa dia nak buang pacifier dia tuh. Lama betul dia peram, pacifier tuh sejak dia lahir lagi.. Aigooo~~~~

p.s: alhamdulillah, pertemuan tak disangka.. sernok kenal ramai Melayu Malaysia di bumi US

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

annie said...

iman peramah cam ummi die ;)

Anonymous said...

iman peramah...hihi

yatie chomeyl said...

cheesecake batik tu guano? share siki rsepi nok try retep eh..hehehe

Ummi Shira (AshAnas) said...

aik, iman berputing lg ke? izza taruk la pape kt puting die tu... hehe...

aLyNnZ said...

alor tomeinyer iman..pinky..
tomeinyer dia pelok bear tu geram tgk..

ummu said...

assalamualaikum Izza
wah beraninya Iman, duduk tengah2 tu.baguslah begitu.
anak akak pun puas juga nak mmujuk jangan memuting.
pengalaman adalah guru palaing beharga,kan Izza.bestnya kak ummu baca pengalaman Izza ini, bolehlah Izza novelkan nanti ya.
terima kasih sudi teratak akak.

Nurul Izza said...

anie dan kak fatonah: haha umi dia terlebih peramah.haha

yc: resepi suda di entry

kakshira: aah msh puting lg, xnak buang. dh try..duk melalak je keje.huhu

alin:hehee..ada gaya danish x?

kak ummu: wslm akak...iman tak takut orangnya. aigo~~~xtaula bila nk lepaskan puting tu.

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan