RSS

Eid Adha kami..

Bismillahirahmanirahim

Salam aidiladha dari kami buat semua. Semoga korban tahun ni memberikan 1001 makna pada setiap insan. Kami kat Lincoln beraya pada hari ni, Selasa bersamaan Zulhijjah 10, 1431 ~ Nov 16 2010.

Biasanya kat Lincoln orang buat korban kambing/biri-biri... kemudian diagihkan daging buat sesiapa yang turun ke masjid (.. ni pengalaman lepasla..) Tahun ni tak pasti pulak. Tahun ni solat raya dibuat di City Campus, alhamdulillah.. agak senang sebab abgfiz tak perlu membawa google map dan berkejar-kejar ke mana-mana park..

Jam 4 pagi tadi saya bangun untuk salin pampers Iman.. dah bangun terus tak boleh tidur. Daripada saya duk berguling-guling tu... baik saya terus masak. Kebetulan, saya belum pun masak apa-apa malam tadi (untuk hidangan raya..). Malam tadi punya awal saya tidur, jam 9 malam! Ish..ish....

Jam 4 pagi saya masak nasi impit (dalam periuk : lepas tu masuk dalam bekas, tekan-tekan = alhamdulillah menjadi nasi impit tu..) , saya siang 2 ekor ayam untuk rendang dan kopek bawang serta potong sayur untuk masak kuah lodeh. Ayam tu saya buat sekor ++, tapi risau juga kalau tak cukup. Kami takla buat open house tapi abgfiz bagitau budak-budak bujang dara tu 'kalau nak makan makanan raya, mehla datang rumah..'

Jam 12 Raihan dan Hasanah sampai.tak lama lepas tu Alif dan Syafiq.. kesian sangat kat diorg (refer to anak dara), dahla menumpang rumah Irfan disebabkan rumah diorang bocor dan banjir, tak makan pula. Jadi pagi tadi semua kebulur la.. Sesampai je rumah kami tadi, terus dibedal makanan.. Kelakar pun ada tapi simpati pun ada. Jam 3 : Ain dan Hafizah sampai, jam 430 si Irfan dan Fatin sampai... Jadi sekor ++ ayam dan seperiuk lodeh serta 3 bekas nasi impit habis! Alhamdulillah... tak perlu saya simpankan makanan dalm peti ais yang dah sempit tuh!

Jam 6 malam kami pi makan pula bihun tomyam kakNadiah/Zaki.. alhamdulillah kenyang betul.. balik tu ngantuk je. Begitulah kami setiap tahun di Lincoln.. walaupun tidakla semeriah beraya di Malaysia tapi kami betul-betul menghargai erti beraya di perantauan..

p.s: gambar satu keping pun tak sempat snap...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Chocofiz Fiz said...

ketupat nasi tak sempat potong
rendang ayam best!
auuuummmmm auuummmmm
hahahaha

Irfan said...

ayam best.. kek batik pun best! well done both of u
hepi eid

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan