RSS

Menjawab Soalan Kak Fa10

Bismillahirahmanirahim





Kak Fa10, bukan perempuan mengandung dan kanak-kanak je kena bayar... semua kena bayar hatta bil 911 pun ada yang kena bayar! Biasanya kat sini orang bayar pakai insuran, medical sini memang sangat mahal!


Pernah sekali saya sakit perut teruk.. memang sampai muntah-muntah, pengsan-pengsan dan kebetulan abgfiz ke masjid solat Jumaat. Balik tu dia dah tengok saya terdampar di tepi toilet, dengan paniknya.. dia terpaksa telefon satu-satunya kawan kami dari Saudi Arab dan dia bawa ke emergency.. Sudahla kena marah dengan en suami kawan arab saya tu.. konon keluar tanpa izin nya.Huhuhu..sabar jela..


Kat sana, darah saya diambil, dan oleh kerana saya sakit bahagian rahim... masa tu juga saya kena ultrasound, scan dan pap smear. Bagusla tu semua di cek, kan?


Tapi bila sampai bil..... masya Allah....hampir $3000 USD.. dan insuran kami dari Malaysia tu tak cover sepenuhnya, hanya cover separuh. Mana taknya, bil jejak masuk emergency lain, bil doktor yang merawat saya lain, bil physician yang duk buat ultrasound lain, bil scan lain, bil ultrasound lain.. Semuanya berlainan bil! Dan semuanya mahal-mahal....


Kadang-kadang saya terfikir, mana nak cekup duit kalau orang yang betul-betul tiada insuran dan betul-betul tiada wang.. Mati begitu sajakah? atau.. dibiarkan sakit begitu sahaja? Pernah juga Karen (midwife) saya cakap... 'for me, its not worthy if you spend 10 000 USD just for pregnancy..'


Sebab tula, Obama sibuk mengempenkan Health care.. mungkin perubatan free? Entah saya tak pasti..jarang saya ambil tahu hal-hal begini, (tu pun abgfiz duk cerita..) Tapi yang sedihnya, doktor-doktor akan mengalami kerugian.. yela, dah insuran tak bayar kat dia. Kot nye la.. entahla.. saya pun tak pasti.


Jadi, bersyukurlah... Malaysia tu free segala-galanya, kadang tu merungut pulak nak kena bayar RM1 je kat hospital... ubat-ubat free, sini ubat mahal.. mahal sangat!


Tapi yang bagusnya.. rawatan sini 1st class.. bersalin di sini lain sangat dengan pengalaman kawan-kawan yang bersalin kat Malaysia. Mungkin rezeki saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Anonymous said...

sebab tu kat US digalakkan ada insurance. eh u can claim from OSHC kan? I know OSHC cover pregnancy & birth.

kat australia ni pun pelik2 gak. cam consult kat gomen spital is free, but bila scan kena gi private byr sendiri. Mujorlah I fulltime student, so dia kata gomen cover. Skali scan tu kena $160 tu. Tapi ubat kena beli sendiri gak... Ubat mahal2 plak tu.

cam people under medicare plan (gomen support) ambulance pun dia tak cover tau. so make sure u got insurance gak to cover ambulance. kalau tak bill ambulance boleh cecah beribu.

Tapi tak kisah lah, treatment gomen spital dia very ok. cam private pun ada. dpt full attention & care.

win some, lose some. kira kita masih bernasib baik compared to org2 3rd world country yg nak dpt medical attention pun susah kan? syukur....

Anonymous said...

bertambah syukur dok msia...hehehe...takpe izza...pengalaman sume tu...wpon mahal harganyer...ngeehhhhh....take care!!!!

Ummi Shira (AshAnas) said...

pengalaman kan izza... takpe, janji xrisau nk bsalin mcm kat malaysia ni...

Unknown said...

biasalah tu..ada lebih ada yg kurang..
tentu ada hikmahnya kan3...

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

emm..bersyukurla berada di bumi mesia ni..tapi tula, kadng2 manusia salu tak bersyukur, ada aje rase kekurangannya..

Nurul Izza said...

Mama miya: betul betul betul...ooo kat aussie pun sm jugak eh? UK je kot yg free...apa-apapun teartment n layanan mmg the best!

kak fatonah: ada pro n con la.. tp gitula manusiakan? mana nk syukur..

kakshira: hehe..kelakar baca komen akak.

LB: itula..hikmahnya Allah yang tahu..

ummi aisyah: kan? tak pe..syukurla duk msia tu even nurse kasar n garang..kuikui

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan