RSS

Entry pendek dari Boise, Idaho

Bismillahirahmanirahim


Sekarang waktu Idaho 4.37 pagi, saya sedang menunggu waktu subuh (read: subuh jam 438 pagi). Beza waktu dengan Lincoln sejam, sini awal sejam dari Lincoln, maksudnya sekarang di Lincoln 537 pagi- dah subuh da. Beza dengan waktu Malaysia pulak, 12 jam.


Kami sebenarnya dalam perjalanan ke Oregon, abgfiz ada conference National Urban Entomology selama 3 hari. Dari Lincoln - Portland, Otegon mengambil masa 25 jam drive direct. Huh, lama betull... tak apa, nanti entry cuti-cuti US, saya tunjukkan. (cewah...) . Boise di Idaho adalah tempat ke 3 kami berhenti bermalam sebelum perjalanan menuju ke Portland.


Tempat -tempat yang sudah kami bermalam:


1- Cheyenne, Wyoming

2- Salt Lake Ciry, Utah

3- Boise, Idaho


Jam 7 pagi nanti kami bergerak ke Portland. Dari Lincoln ke Cheyenne, perjalanan memang membosankan, sebab geografi flat je. Lincoln, Nebraska memang mempunyai bentuk muka bumi yang flat, sebab tu di Nebraska banyak kejadian tornado aka puting beliung terjadi. Ish mengerikan. Bila dah masuk Wyoming, masya ALlah cantik sangat pemandangan - berbukit-bukit disulami dengan pemandangan yang memukau. Hebat kejadian yang Allah jadikan. Dari Wyoming- Utah pemandangannya lagi memukau. Kalau ada peluang datang ke US- sila ke tempat disebutkan ya. Kuikui..





Gambar ambil dari kereta, tak boleh berhenti tengah jalan.. Cantik kan??






Sempat berposing tika berhenti rehat tika melalui perjalanan Wyoming-Utah






Cantik betul gunung yang bersalji. Macam iklan chewing gum wreglis chewing gum ke??





Ginila pandangan terdekat. Subhanallah..cantik..



p.s: Okeh, nak solat subuh.. Jam 7 dah nak gerak ke Portland- 7 jam driving. Tada..


p.s: Bahasa tunggang langgang, ayat pusing memusing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Nurul Izza said...

adoii banyak pulak typing error. maklumla guna laptop kecik..

* salt lake ciry - salt lake city
* otegon - oregon.

Ummi Shira (AshAnas) said...

Kite kt sini cuti2 malaysia, izza dpt rasa cuti2 US kan... bertuah sgt....

Unknown said...

memang orang tak pernah berhenti ditengah jalan dalam mana2 tempat pun tapi berhenti kat tepi jalan naaa..
heee
..pemandangan cantik..anugerah perjalan perberian yg Esa..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Wasatiah Gurlzz said...

waaaaaaaaaa, bestnya Izza..huhu...sya tak merasa g tmpat2 tuh...huhu

Anonymous said...

orang kata US lebih menarik drpd UK sebab setiap tempat tu berbeza pemandangannya.
klu UK ni,england ke, scotland ke, wales ke ireland ke lebih kurang sama jer...
nnt nak tumpang tengok gmbr cuti2 US ni....

hans said...

wah
salji
bestnya
bila den dapat merasa tak tau main salji
atau jumpa salji depan mata

aLyNnZ said...

aduhai..cantik nyer gambar iza ngan family berlatar belakangkan gunung salji..kenangan yg indah..

Maryam Izza said...

seronok nya dapat melihat tempat orang...Subhanallah bumi Allah mmg cantik !!!
pssttt comel lah gambo spek kat luor tudung tu ha3

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan