Bismillahirahmanirahim
Surprise!!! Gitula ucapan ketika Suhaizi masuk ke rumah kakNadiah, konon buat kejutan untuknya, farewell party. Dia akan berangkat pulang pada Sabtu ini,..waa entah bila pulak nak jumpa nanti.
Sebenarnya, kami berjanji datang ke UNL, bersama-sama. Tapi disebabkan masalah teknikal dan fizikal, Suhaizi pergi dulu, kami ke sini musim panas 2008, manakala dia tiba waktu musim sejuk 2007/2008.
Rumah lama kami, (yang belah kanan) . Gambar diambil ketika baru sampai.Sejuk je masa ni (padahal suhu belas-belas dah..)
Hari pertama tiba disini, kami menginap di hotel. Masuk hari kedua, kami masuk rumah kami. Cuba bayangkan, di rumah yang serba kosong, tak ada makanan, telefon, internet, sangat susah untuk menghubungi beliau. Kami berdua jalan-jalan ke stesen minyak untuk cuba menghubungi dengan menggunakan telefon awam. Tapi, malangnya, nombor telefon ofisnya, salah. Pula, tak boleh telefon sebab kami hanya masukan syiling 10 sen. YaAllah tension sangat. Nasib baik,
presiden NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Associate) Xin Rou, datang jumpa kami dan dibawanya ke apartment nya. Disana, kami menumpang menggunakan internet untuk menghubungi Suhaizi.
Di situla bermulanya persahabatan kami dengannya. Diketuai oleh Suhaizi, dan dengan menaiki basikal (kenderaan utama ketika itu) kami menjelajah downtown dan UNL city campus, serta kedai arab dan kedai Indian mencari rempah ratus, dan daging halal . Adeh, saya yang sememangnya lama tak berbasikal, apalagi sakit seluruh badan dek kerana berbasikal. Sudahla Suhaizi kalau berbasikal, laju. Jenuh sungguh saya nak mengejarnya.
Bergambar di UNL city campus
Jejaka Melayu..
Kami..
Bercakap mengenai berbasikal, suatu hari Roz mengajak kami ke
plucking strawberi. Saya ingatkan dekat, punyala excited nak ke sana. Rupanya masyaAllah jauh sangat. (bagi saya yang memang jarang bersenam dan berbasikal, memang jauh, hampir 20 Km ke? ish dah lupa dah. ke 40 km?yang pastinya, sangat jauh dan saya sememangnya tertinggal dibelakang.)
Ketika nak ke strawberi farm
Yang pastinya, saya dah serik mengikut mereka berbasikal. Sudahla saya tertinggal dibelakang, pula tu sangat penat. Tapi sebenarnya menyeronokkan. Teringat pula saya, abgfiz pernah ke Walmart bersama Suhaizi dan hanya berbasikal! Perjalanan tanpa saya mengikut mereka mengambil masa 45 minit, kalau saya ikut sekali agaknya sejam pun entah sampai entah tidak. Wakaka.
Kenangan bersama Suhaizi memang tak mungkin lupa sebabnya, banyak susah dan senang kami bersama. Teringat pula saat kami ke kedai bersama-sama, dengan hanya berbasikal, dan hanya membawa beg, kami ke Alps dan Asian Market membeli barang dapur. Beg yang dibawa penuh sekali dengan sayur, susu, telur dan sebagainya. Yang ni memang tak boleh lupa, sehinggakan cashier di Alps menggeleng kepala melihat saya sumbat segala jenis makanan ke dalam beg.
Fall break 2008 juga kami bercuti bersama-sama, ke Mahoney Park, terus kami ke Omaha. Juga ketika summer break, kami jelajah midwest, ke Iowa, ke Illinois (Chicago) dan ke Wisconsin. Haha entry cuti-cuti US tu saya belum habiskan lagi. haha dah basi, nanti saya updatekan sambungan kami itu.
Rujuk,
fall break disini,
summer vacation kami disiniPaling saya tak boleh lupa, saat saya sakit dan dikejarkan ke hospital, saya dibawa oleh teman saya dari Arab Saudi ke Bryan LGH Medical Center. Saya percaya dia dimarahi oleh suaminya, mungkin kerana keluar tanpa suaminya, bersama lelaki pula tu (abgfiz). Waktu itu, kami hanya ada Suhaizi. Nasib baik ketika itu, kami baru beli kereta. Susah untuk kita meminta pertolongan dari orang, senang kadang bersama-sama, tapi susah bersendirian.
Saya dan abgfiz banyak belajar berdikari ketika berada di US. Sakit pening, apa-apa masalah semua uruskan sendiri, jarang sekali bergantung pada orang lain. Hidup bersama suami isteri di negara orang banyak mengajar saya tentang mengurus kewangan, sakit pening, segala-galanya. Alhamdulillah walaupun susah pada awalnya, kami boleh mengharunginya. Rumah pun sikit-sikit je
upgrade.
Ish, tak sempat pula nak ambil gambar makanan.
Family picture.
Sebetulnya, saya dan kaknadiah merancang bersama-sama untuk buat jamuan, kesian pula dia tak ada jamuan perpisahan. Abgfiz terus hantar email ke semua teman baik kami (Hafiz, Sek Yee, Amel, kakNadiah dan Zaki). Kami berbalas email hampir seminggu, memikirkan dan membincangkan apakah makanan yang harus dimasak serta tempat untuk jamuan. Sebenarnya, saya awal-awal malas nak buat rumah kami, sebabnya.. rumah kami kecik (hehe, pemalas punya pasal) barang pulak banyak. Sudahnya, kak Nadiah dengan sukarelanya, menganjurkan jamuan dirumahnya. Menu kami pada malam itu,
Kak Nadiah : Nasi puteh, ayam masak merah, udang masak kunyit (kot, tak pastila pula, yeke eh kakNadiah?), sayur kubis masak lemak putih bersama ikan bilis, Kek carrot
Saya: Daging masak kerutuk, kailan ikan masin, dan saya buat jemput-jemput pisang.
Sek Yee: cheese cake with blueberry (yummy sangat!!)
Kailan ikan masin tu saya tak pernah buat, alhamdulillah saya jumpa pulak ikan masin dikedai asian market. Kailan memang ada kat sini.
Alhamdulillah jamuan tersebut berjaya mengejutkan Suhaizi. Kesian dia kena tipu, kata Zaki printernya rosak ke macam mana, dia minta tolong Suhaizi datang ke rumah baiki. Apa-apapun, insyaAllah jumpa lagi di Malaysia. Kalau kami ke Terengganu, jemput kami ke rumah ye. Nak rasa nasi dagang.
Bon Voyage, kata abgfiz
p.s : Kenangan ni memang tak boleh lupa.. ish teringat pula rumah lama..