RSS

Update


Bismillahirramanirahim...


Ohh lama sudah tidak mengupdate blog ini. Kesibukan lantaran kecemburuan masa menjadi alasan. Sekarang, dah masuk musim luruh. Sejuknya entah kenapa tahun ini sejuk awal tak seperti tahun lepas. Tahun lepas, daun dah warna coklat dan gugur pon masih panas lagi. Ini daun baru mula nak kuning dah sejuk. Suhu pulak boleh sampai bawah 0. Dah tu disebabkan sejuk, selsema dan demam datang. Tahun ni insyaAllah nak ambil flushot. Tahun lepas tak ambil alhamdulillah tak ada masalah.




Semangat sungguh Iman ni. Suke~~~




Alhamdulillah Iman dah nak masuk 2 bulan. Suka~~ Cepat ohh masa berlalu. Baru terasa duk dalam labor room.. Iman dah mula gelak-gelak - seronok tau tengok dia gelak tanpa gigi tuh. Lucu.. Dah suka sembang-sembang dah. Berat Iman dah 5.45 kg ~ 12 lb. Itu timbang 2minggu lepas tau. minggu ni tak tahu la berapa. Duss berat dah.. pipinya tembam.. baju newborn pun dah sendat-sendat dah. Semangat gitu. Disebabkan pipi tembam, mata pon dah jadi sepet. hehe~~ gembira ummi sebab Iman membesar dengan jayanya ~~






Iman sedang gelak-gelak. Dah sepet mata yang buulat tu~~



Abgfiz pula, sibuk memanjang. Kadang balik rumah ke library pula- balik jam 12. memang dia sibuk. Balik rumah, mengadap pc, mengadap buku, makan dan layan Iman sekejap. Tidur pon dah memang tak cukup, badan kurus sket. Nge~~ suke


Oh ya, tadi orang dari Milkworks datang rumah nak ambil pumping yang dipinjam hari tu, katanya Sabtu ini dijangka snow.. (dia dengar di radio) YaAllah..sungguh tak suka!! awal-awal datang semangat tau nak tengok snow. Dah turun snow memang tak nak dah. Apa taknya.. musim sejuk aka winter ni kan..matahari jarang-jarang ada- asyik mendung je. Mood pon mendung tau- asyik blue je. Nak nangis ada, moody sungguh. Then kalau keluar rumah tu, memang kena pakai mufler yang kena tutup hidung! Sejuk ohh tak suka!!! Boleh sakit telinga, hidung mulut tau! Kulit tak payah ceritala mengelupas kering. Jadi kepada silent reader di Malaysia..sesungguhnya cuaca di Malaysia itu adalah yang terbaik ye~~


Dah nak winter ni risau pulak kesihatan Iman. Harap-harap Iman sihat ye anak ummi.
http://www.emocutez.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

insya'Allah, akak doa Iman sihat2 je spjg winter n autumn ni... x best ek snow... ekeke....

Rosnah binti Muhd Yusoff said...

haha..sape la silent reader tu yek..kehkeh..betul la..iman makin tembam..letak la byk sket gambar baby...hehe..

inani said...

ja...luv ur blog eah....inshallah i wil not b the silent reader kehkeh tlg main snow for me eah....

annie said...

yeay!!!!...
iman cayang aunti dah besau,tembam2 gitu..

slmt melalui musim2 sejuk~~
^_^V

NURUL IZZA said...

kak shira: aminn..doa jugak utk anas spy sihat..xselsema lagi..snow..xbest kak..sejuk tahap gaban.gaban pon xsesejuk gitu ;p

ros:byk dah request utk letak gmbr iman tp tggula dulu..byk je amik gmbr die..hehe.apecite projek??

nan:waaaaa misssss uuuu

ani: >_<

Kembara Anak Perantau said...

tembamnye pipi Iman, macam anak buah dayang jugak..hihi :) moga kak izza, Iman n abang Hafiz sentiasa dikurniakan kesihatan..Amiin.

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan