RSS

Kebun



Bismillahirahmanirahim..

Nampak tak bawah pokok tu.. pokok kunyit ku..


Sabtu lepas seperti yang dijangka, salji turun dengan jayanya.. Entah kenapa malam itu, agak bahang di dalam rumah. Lantas, ketika tangan menyelak tingkap.. salji sudah bertaburan putih diluar sana. Waktu itu jam 4 pg. Teringat..pokok kunyit yang ditanam musim panas lepas masih di luar. Yang peliknya, kunyit ini tak hidup waktu musim panas dulu.. dah masuk musim luruh kunyit mula menampakkan daun nya. Dah kena salji ni, layu je tengok.. Ibarat hidup segan mati tak mahu. Sedih je tengok..














Ini lah rupanya kunyit ku..sedih je tengok..

Bila nak keluar ambil kunyit, abgfiz tak bagi sebabnya sejuk kan. Jadi terpaksa ambil kunyit jam 6 pagi. Dah macam tu, beku dah tanah kunyit tu. Petang tu, layu je daun dia.. Tahun ini, awal sangat sejuk (ecece..macam duk lama dah kat sini..) bila dah macam ni, rasanya musim sejuk tahun ni sejuk sangat tak seperti tahun lepas. (ni andaian sendiri..pepandai je) . Tahun lepas orang sini cakap, suhu okla.. walaupun -28 degree tapi masih belum teruk lagi. Mungkin pernah mencapai -40 siapa tahu??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

MENTARI_KABUS_PAGI said...

mek
org baru nak blajaq2 laa guna blog
xpandai..
lum ada folower g..
org pun xbyk yg tau..
ala kita private blog laa kot..
hehe

NURUL IZZA said...

nora, xyahla wat rpivate..kdg ni kan pelik benor yg buat private..apsal buat blog kalau xnak org baca??dh tu kena minta izin pulak..sudahnye, malas nk buka dh blog yg private..ehehe..so..xyahla buat rpivate.;P

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan