RSS

Autumn BBQ


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah semalam cuaca sangatlah elok. Kebetulan, UNL cuti fall break 2 hari .Disebabkan cuaca sebegitu, kami merancang ke Holmes Lake, BerBBQ- saya yang beria-ia.. Maklum sajalah, BBQ yang lepas berada dalam pantang, jadi boleh jamu mata ajala dengan ayam-ayam yang enak itu. Sebelum keluar rumah, terdengar bunyi siren 911 yang amat kuat dan dekat. Rupa-rupanya, anak jiran atas rumah mengalami sesak nafas. Sampainya 911 di hadapan rumah kami (ambulan, bomba, polis), dengan cekapnya mereka cepat-cepat keluarkan barang-barang dan selamatkan anak jiran. Waaa.. cekap sungguh. Kalau kat Malaysia, tak pernah pula melihat 911 bertindak secekap begini. Sebenarnya, bukanlah niat nak membandingkan dengan Malaysia, tapi sesetengah perkara memang patut dibandingkan.









Suhu semalam dalam 17-20 degree C. Dalam rumah memang terasa bahang, jadi ingat tak nak pakai baju panas tapi abgfiz suruh juga pakai. Nasib baik pakai, setibanya kami di Holmes Lake memang panas tapi anginnya yaAllah kuat sangat. Dan sangat menyejukan. Habis berterbangan segala yang ringan - pinggan gelas polistren yang dibawa. Dapur arang juga susah dinyalakan, dek kerana angin yang kuat.


Tapi seronok juga. maklum sajalah.. jarang-jarang keluar beriadah. Menu semalam mehun goreng + ayam BBQ (kami), carrot cake (kak nadiah/zaki), spageti + sos (suhaizi /amel) dan (chick pea- tak tahu masak apa-from pakistanese member). Malas nak bercerita, layan ajalah gambar kat bawah ye.







Oh ye..semalam Cik Safiyyah asyik nangis je..nangis manje gitu..hehe suke je dengar. Iman pulak tidur..mungkin sejukla kot. Sedapla tidur. Kalaulah.. kita boleh jadi baby kan best. Asyik tidur je.. Keh keh













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

annie said...

bestnye! teringin nk picnic jugak
^_^

atienanurin said...

wes..mung nie asyik suh aku komen jer blog mung. padahal r i dh hok komen nyah..xpehe aku la..

Nurul Izza said...

ani: nant balik msia kiat gi picnic ye..tapi xsebest sini..sbb xde musim luruh >_<

ain: olohla..kedekut sungguh nop komen pon..xrugi pon..sbb ni blog kakakmu yang comey ini, jadi WAJIB la adiknya komen.. ;P

SAS@Iowa said...

Ngajinnyeeeeeeee!!!!

aNNa said...

ejan pun nakkkkkkk jugak...lalalala~~~

macam panas tp sejuk? hehe..

Nurul Izza said...

SAS@Iowa: idakla ghajin bebenor..

eja: jum2..~~

ye ejan..nmpk panas..tp sbnrnya..sejuk ooo..

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan