RSS

Bertuahnya..

Sebenarnya entry ni nak menceritakan sedikit sebanyak perubatan di US nih. Yela nak dibandingkan dengan Malaysia.. jauh sangatlah bezanya.. Sepanjang pregnancy kat sini..bil-bil termasuk bil test pregnancy hampir 4000 USD (kalau convert ke RM ~ 12 000) mahal benor... Tapi alhamdulillah rezeki anak (dah anak tu memang rezeki kan..) segalanya dipermudahkan.. Dapat medicaid di sini.. means perbelanjaan segala bil dan perubatan ditanggung sehingga 2 bulan selepas bersalin. Alhamdulillah..syukur sangat-sangat. Mana tak nya.. cek darah sahaja bil hampir 700 USD, itu cek darah je.. tak termasuk scan, bil jumpa midwife, bil ubat. Hah, bercerita pasal ubat ni.. ubat awal-awal terima adalh ubat tahan muntah.. harganya.. 15 biji = 149 USD. Mahalkan?? itu baru sekali.. Termasuk yang ada sekarang dah 5 kali refill. Ikut kiraan matematik.. 5 x 149 = 745 USD (RM.. malas sudah nak convert..). HAH..PUNYALA MAHAL.. adui..

Nanti nak bersalin bil lain pula.. yela..bil doctor yg deliver tu lain, bil nurse yang jaga baby tu lain, bil nurse yang jaga kita tu lain.. bil hospital tu lain..gamaknya sekali pregnant kat sini habis kot 30 000 USD. Tapi yang bagusnya..perubatan disini sangatlah teliti. Terasa disayangi dan diambil berat walaupun kita ni lain rumpun bangsa dan agama. Nurse yang datang ke rumah setiap bulan sangatlah caring, setiap kali datang mesti bawa bahan bacaan untuk aku baca.. pasal baby, pasal pemakanan. Rajin dia download dan print dari internet. Aku sendiri malas nak melayan internet..

Terfikir sejenak.. kalau di Malaysia, segala perubatan free, ubat-ubatan free.. vitamin dan segala jenis supplement boleh dapat dengan free lagi. Alangkah bertuahnya rakyat Malaysia. Jadi sekalian alam, bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Allah. Tapi itulah kan.. segala yang terjadi semua ada hikmah tersendiri..

p/s: sedih.. abgfiz ke Missouri selama 4 hari. Tinggal daku seorang diri ditemani oleh baby dan Ifa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Nida said...

Alangkah beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia...tapi masih ada yang tak tau kenang dek untung...semoga Malaysia terus aman dan damai...aminnnn (sedih kerana kuasa Sultan sudah mula dicabar oleh bangsa yang tak tau kenang jasa)

NURUL IZZA said...

Mak su: tula kan.sebenarnya betapa beruntungnya rakyat Malaysia..izza duk belek2 gambar anis..dah besar ye..last tgk masa tu kecik lagi..cepat ye besar. dan kete pak nep tu besar la..berkenan abgfiz.kami sini beli kete murah je honda accord lama=500 usd.jadila untuk ke market dan spital..

maryam izza said...

ya za sangat bertuah nya kamu... syukur Alhamdulillah...

ifa temankan? jaga diri elok elok, sat ja hafiz p tu hehe

NURUL IZZA said...

kak eja: za ckp bertuah utk org mesia..bersyukurlah..

maryam izza said...

ya gue tahu dong gue juga mahu bilang kamu juga bertuah ;)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan