Otaujoubi omedeto gozaimasu my hubby!!!! Selamat hari lahir yang ke ..... Sebetulnya hari lahir suamiku jatuh tepat pada hari angkut-angkut barang ke apartment baru. Jadi secara tak langsung memang kami tak menyambutnya selain makan tengahari yang dibelanja oleh suamiku (juga) pada hari tersebut. Lagi pula diriku dengan keadaan tak berapa nak sihat tak berkesempatan membuat sebarang kek dan kueh mueh...
Apartment yang baru ini amat berpuas hati. Selain kecik ia juga amat panas. Heater dibuka 24 jam. Jadi sangat lumayan tinggal disini. Semangat memasak juga bertambah cuma masakan biasa-biasa aja.
Semoga umur yang semakin meningkat ini makin meningkatlah ibadat kerana pada hakikatnya.. umur yang makin bertambah bermakna semakin dekatlah kita dengan alam kubur. Jadi suamiku, hiasi umur mu ini dengan ilmu yang bermanfaat dan ibadat pada Nya buat bekalan hari kemudian. Semoga menjadi ayah yang soleh untuk mendidik zuriat ke jalan yang diredai..amiin
6 comments:
hafiz, selamat hari lahir! Allah selamtkan kamu.2x, Allah selamatkan Ismid gulam raja (Hafiz). Allah selamatkan kamu~
Thanks bro...
Hafiz, slamt hari lahir. Moga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Best la duk rumah baru yg lebih panas
hafiz : selamat hari lahir... semoga tercapai segala impian dipermudahkan segala urusan, beroleh kesihatan yg baik. menjadi suami yg baik buat za dan bakal anak anak ;)
za : masak pe untuk hafiz? morning sickness lagi ke za? pindah rumah baru ya
Falling down is not defeat, real defeat is when you are refusing to get up.
PS: keep it up bro! May Allah help you. Sebalik kesusahan PASTI akan ada kesenangan...
Happy belated bday afiz~ :D
Post a Comment