RSS

Secret garden, Oh~~ roti canai dan ....

Bismillahirahmanirahim

Yey~! Dah habis pun tengok cite Secret Garden. Mulanya.. si Hafizah choco yang promote drama ni, tapi saya tak teruja pun nak tengok. Tak lama lepas tu, rumet dia aka 'adik angkat' saya si Hasanah pun duk suruh-suruh tengok juga. Lepas je drama Mary Me, rasa bosanbosan, saya layan juga drama ni...

Best ke tak????????????? Tersangat best!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kepada sesiapa tengah-tengah free, sila layan drama ni. Agak fantasy tapi romantik komedi masih ada. Tang kelakar, sakit perut melayan tapi tang sedih tu menangis mendayu-dayu pun ada. Pelakon dia? Saya memang tak kenal, tapi dah tengok drama ni kenala kenal *hah..tak ada keje* Tapi seriusly, drama ni best selepas Autumn in My heart dan You're beautiful. Total episod hingga 20 episod.. saya nak habiskan 20 episod tu mengambil masa 2 minggu. Kalau dulu, *masa Iman belum ada*... saya mungkin boleh amik masa 2-3 hari je. Hahhaha....












**************************


Berikutan dengan entry mengidam roti canai hari tu.. berusaha saya memujuk abgfiz belikan segala perkakasan makanan untuk roti canai tu. Ala.. minta belikan susu pekat je pun. Ehe~~~ Dan dengan menggunakan belakang pizza pan tu,



saya buat roti canai dan hasilnya...................














tada.......




Roti canai~! Yang lincoln punya, bukan mamak punya...




Dah buat roti ni, rupa-rupanya takla susah mana. Lebih senang dari buat roti pizza, lebih mudah dari buat roti biasa. Bahan-bahan pun tak susah, cumanya tang nak menebar tu tak ada skill. Macam mana saya tebar?? Saya tarik-tarik je doh tu.. dah lebar saya masukan telur. telur pun bukan sebiji-sebiji saya masuk.. Saya pukul dulu telur tu dalam mangkuk, lepas tu saya renjis dengan gunakan garfu. Sebab tu roti telur kami yang berjumlah 5-6 biji tu saya hanya gunakan 2 biji telur sahaja~! Jimat tak? Eheee...



Saya dapat pembantu import dari kedai nasi kandar. Tapi sekejap je dia bantu sebab nya pembantu cilik saya lagi nak bantu..




Penuh gaya menebar~





Hah.. macam nila pembantu cilik saya setiap kali saya di dapur. Sama ada dia tolak saya dari dekat dengan dapur/meja, ataupon di peluk erat-erat kaki saya tika saya masak sambil menangis. Adoiiii... apakan daya, sayalah kesayangan dia!



Roti canai lincoln.




Close up : saya gunakan 3 cawan tepung gandum. Hasilnya.. berbelas keping roti canai~! Kenyang betul malam tu! Resepi saya ambil di sini..


***************************
Hari tu saya ada mention nak buka bisnes kan? Semua pakat duk tanya bisnes apa... Bisnesnya>>>.



Yes, body shaper, slimming apparel dari SPANX. Sejujurnya, saya belum pernah pakai dan akan memakai lepas pantang nanti. Namun, pengguna-pengguna di US dan Malaysia memberikan feedback yang sangat positif. Jangan tak tahu, celebriti US pun pakai! Harganya takla semahal beautiful yang mencecah beribu-ribu, bagi saya masih mampu untuk beli dan pakai. Saya baca entry LadyVerde dan sini yang pakai Spanx ni, dan segala-galanya positif. Cuma leceh sikitla....tapi, nak seribu daya, tak nak tak payah berdalihla kan??









Saya dapat ilham dari Kakjaja setelah mengunjungi rumahnya Nov lepas. For more information, boleh rujuk http://www.spanx.com/home/index.jsp
Sekarang ni, saya minta mak mertua saya cuba dahulu produk ni. Yang pastinya, SPANX memang dari US. DI malaysia, tak jumpa lagi. Kalau berminat nak mencuba, boleh email di nurzza@gmail.com.
p.s: tak sabar menanti kehadiran adik Iman~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makan, makan dan Iman~

Bismillahirahmanirahim



Jumaat lepas kami menghadiri jamuan makan-makan anjuran Department of Entomology. Tempatnya di The Waverly Social Hall dan kami tiba tepat-tepat jam 651 mlm. Sebenarnya dah lama saya tahu ada jamuan ni tapi kami sepakat tak nak pergi. Entah kenapa tak ada mood nak berjamuan.



Tapi jam 3 petang Jumaat tu.. eeeehhhhh abgfiz nak pergi pulak. Kami berdua pulak puasa hari tu, jadi kalut saya pikir nak bawa makanan apa. kalau tahu awal-awal bolehla saya prepare apa-apa yang patut. Last-last abgfiz suh buat apple pie. Sekarang ni saya betul-betul tak punya mood nak masak, tapi mood nak makan macam-macam banyak pula. Kebetulan Raihan datang rumah, saya heret dia sekali. Untung dia, datang sini boleh makan makanan dinner!





Pertama kalinya, saya suka dan teruja sangat dengan Food key ni. Biasanya kami diberi kertas kosong je untuk menyatakan nama makanan/jenis/level of spicy/ingredient makanan. Almaklumlah mat saleh ni ada banyak jenis alergi. Hari tu saya buat nasi lemak dan bagi saya takla pedas dan kami letak 3/10 untuk level spicey. Tapi bila mat saleh makan.... dikatanya 8/10. Hahaha.. nasibla sape yang makan hari tu..






Iman pula malam tu, ish ish.. aktif sangat.. Tak mampu saya nak kejar! Semua orang ditegur, semua orang disentuh. Sabar jela.. Golek-golek badan di lantai, dan boleh pulak dia masuk celah-celah kaki sesiapa yang sedang berdiri dan bersembang! Sudahnya saya biarkan je..






Ini antara dessert yang dibawa oleh para tamu.




Ini bahagian makanan berat : *beratla sangat.. hanya salad, chip, benda-benda merapu.. kalau saya, memang sah-sahla tak kenyang*




Saya makan mihun kak nadiah bawa dan salad yang pahit. Lapar betul malam tu!
Jangan tak tahu, saya dan Raihan antara yang beratur paling awal.. eh, apa pulak antara.. memang orang pertama ambil makanan~! Ehe..



Ni makanan round kedua saya. Ada pulak bergedil yang best..



Lepas makan-makan, ada acara cabutan bertuah, ada juga persembahan nyanyian dari para pensyarah, dan award. Saya tak ambil pula gambar.. Jam 9 lebih-lebih saya ajak abgfiz balik. Sebenarnya saya dah ngantuk sangat dah masa tu. Iman pun dah nak lena sangat dah. nak lena-lena pun duk berlari-lari lagi.





Iman yang mengantuk




************************************



Sekarang ni saya betul-betul mengidam nak makan roti canai. Gobek-gobek resepi, jumpala resepi yang senang. Tapi bila tang nak buat tu, susu pekat pulak tak ada. Last-last saya buat roti jala. Roti jala ni saya masih pakai tin yang saya tebuk tu. Adoiii.. rasanya dah sampai masa untuk saya minta mama saya poskan dari Malaysia. *padahal sama je, tapi entah kenapa saya dah malas nak guna tin tu..*



Adala rupa roti jala walaupun sebenar sangat tak cantik..



**********************



Ini pula permintaan Lina, saya dah jarang ambil gambar Iman. Hanya pada waktu dia buat sesuatu yang menarik baru saya terhegeh-hegeh nak ambil.



Inila kerja Iman kalau dibuka bekas mainan dia.. suka sangat kosongkan bekas tu dan masuk dalam bekas tu. Siap pakai tudung lagi tu.. Tudung tu tokwan dan atuk yang bagi. Asyik duk pakai saya punya je.. last-last saya pakaikan tudung dia sendiri.





Habis sepah rumah dengan mainan dia..



Bila saya marah dia, dia boleh pulak buat muka terkejut macam tu. Konon dia tak sengajala sepahkan rumah. Sabar jela...



Video kat bawah ni pun permintaan Lina.Untuk tatapan atuk dan tokwan.





video



*thank you versi Iman*



p.s: saya sedang merancang untuk buka online bisnes. tapi tunggu saya pakai dulu produk tu dan nak minta keluarga try, baru saya betul-betul buka..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semalam

Bismillahirahmanirahim



Yey~! parcel dari Penang dah sampai. Sebenarnya dah lama sampai, tapi duk terperap kat post ofis. Waktu posmen datang rumah hari tu, kami semua tak ada. Sudahnya, kena ambil kat ofis.



Bila abgfiz bawa balik parcel tu, Iman jadi tukang sibuk. Sibukla dia nak buka, nak tilik, nak semua la.. Nasib baik ada barang dia, dah dapat barang dia.. suka sangatla. Tokwan dan atuk bagi 2 helai tudung kat Iman. Yang paling dia suka, warna merah. Dari hari tu lagi duk suka warna merah tu. Tapi, mata saya pun.. kalau ke kedai suka tilik baju warna merah dan maroon walaupun saya suka warna pink.







Dengan rempah kari sekali dia duk main. Rempah kari tu, mak selalu je pos ke sini. Dan.. kata abgfiz memang sedap rempah tu, tak boleh lawan dengan semua jenis rempah kari. Suka la dia dapat rempah tu..








From atuk dan tokwan with love~~ Tak sabar nak balik tahun depan!



******************************

Ni pun cerita semalam..


Dah 2-3 hari dah saya duk mengidam nak makan pai! Tak pasal-pasal mengidam pai. 2 hari lepas duk godek-godek dapur nak cari tuna dalam tin, nak buat pai tuna. Tuna pulak tak ada.. rasa hari tu memang ada tapi hilang entah kemana. Sebeb sebelum tu Iman duk main-main dengan tuna tu, jadi saya simpan di tempat selamat sikit. Selamat punya selamat, sudahnya lupa dah kat mana saya simpan!


Dah tak jumpa tuna, nak buat juga pai... saya buat crust dia. Intinya baru terhegeh-hegeh nak cari. Nak sangat makan, saya cuba keluarkan daging yang tengah keras tu tapi waktu tu dah kol 5 petang (nak berbuka dah..), mana sempat nak defrost daging, nak cincang daging dan masak daging. Akhirnya...... crust tu saya masuk balik dalam freezer.


Semalam, saya pujuk abgfiz ke kedai belikan epal. Kebetulan salji, memang kena beli barang dapur pon. Yela mana tau, salji lebat dan tebal..susah pula nak keluar. Jadi semalam projek pai epal pun menjadi...





Yang tak tahan nya.... crust dia tu keras! Nampak sangat saya tak pandai masak. Crust atas tu, tak cukup sebenarnya sebab tu saya gantikan dengan crumble.



Tapi kata abgfiz, crust dia sedap.. macam biskut! Hahaha.. tak kisahla, biskut pun biskutla... Asalkan saya boleh makan pai epal. Epal banyak lagi, nak kena try resepi crust yang lain. Sebetulnya, resepi ni saya amik dari mak Roz.


p.s: sedap tak sedap pai tu dah nak habis pun.. Iman pun suka. Hehe~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nauzubillah

Bismillahirahmanirahim

Malang memang tak ada bau kan? Sama-sama kita amik ikhtibar dan hati-hati...

KULAIJAYA: Kelekaan dua beradik bermain tanpa menghiraukan adik bongsu mereka berusia dua tahun berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak itu ditemui lemas dalam keadaan tertonggeng di dalam besen di bilik air rumah keluarga terbabit di Kampung Baru Senai. di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.40 malam, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan bersama abangnya berusia tujuh tahun dan kakak berusia lima tahun oleh ibunya kira-kira 10 hingga 15 minit di bilik tidur utama sementara suri rumah itu menyediakan hidangan makan malam keluarga di dapur rumah.
Bagaimanapun, adik-beradik mangsa yang leka bermain di ruang tamu di tingkat dua dan membiarkan kanak-kanak itu bersendirian akhirnya meragut nyawa mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam besen di tandas bilik tidur utama. Berita selebihnya disini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

33rd week pregnancy

Bismillahirahmanirahim



Sedar tak sedar dah 33 minggu baby dalam perut ni mengembang. Cepat masa berlalu.. kan?? Kalau dulu, saya menanti-nanti si Iman keluar. Terasa lamanyaaaaa Iman duk dalam perut ni. Kali ni tup tup dah nak bersalin dah. Alhamdulillah... Allah mudahkan segalanya, doa dan harapan saya, masa bersalin dan berpantang pun Allah mudahkan, juga baby sihat sempurna. Maklumlah pantang pun macam Iman dulu, sorang-sorang ditemani abgfiz.



Satu ketika dulu, ada yang komen di kotak komen entry ni dan saya tak membalas komen itu. Tak sempat sebenarnya... Meh saya jawab kat sini ye yatie..





Bukan tak nak anak, bukan tak nak baby.. Tapi masih belum bersedia untuk cahaya mata kedua. Bukan apa, hubby tengah study, Iman masih belum pon setahun, kalau bersalin, saya sorang-sorang. Mana nak cekau Iman, mana nak berpantang dengan jayanya, mana nak cekau baby. Itupon alhamdulillah Allah mudahkan abgfiz.. selesai kelas dia tahun ni. Walaupun kelas dah habis tapi research kat lab tu menanti, banyak spesimen tak di ekstrak lagi. Awal-awal saya agak emo, tapi sekarang tak sabar pulak tunggu baby keluar.


Masa pantang Iman hari tu, hari ke4 saya dah masuk dapur ye... Walaupun abgfiz larang tapi entah, sedih sangat bila tengok periuk kosong, suami lapar, diri sendiri pon lapar. Dek kerana tak pantang dengan betul, (sebab banyak gerak..) tenaga tak ada dan diri saya cepat sangat sakit. Tapi kali ini, saya betul-betul nak pantang dengan betul. ... (dah terjawab kot soalan yatie..)

Hb saya alhamdulillah, walaupun masih tak mencapai 10 mg, tapi paling tinggi 9.2. Sangat impressed! Kalau nak banding dengan masa mengandungkan Iman hari tu, paling tinggi 8.5 mg kalau tak silap.



Berat pula...... ekekeke... minggu ni dah masuk 125.4 lb ~ 57 kg! Berat, kan?? Tapi okla kot, sebab waktu saya awal-awal mengandung berat dah 47 kg. Makan tak pula berselera, tak seperti sewaktu mengandungkan Iman, tapi.. perut saya agak besarla. Sebab kata adik-adik, perut saya dah macam belon.. tunggu masa je nak pecah. Ehe~~ Minggu ni dan minggu depan saya pulun habiskan ganti puasa. Agaknya berat tak naik sangatla kot. Kalau berat tak naik, banyak pula soalan nurse dan midwife. Kalau boleh midwife nak saya naik sehingga 30 lb tau. Ish ish..... macam manala badan saya kalau naik 30 lb. (read: weigh gain)


3 minggu lepas kot, saya buat glucose test... Entah saya ingat ke lupa ke, saya breakfast pagi tu.. dengan cokodok pisang pulak tu! Sudahnya result glucose saya 144! Ada diabetes pulak...... (normal takat 140 je) Lepas tu bila saya bgtau saya makan cokodok pisang tu, saya terpaksa buat balik test tu. Kali kedua, kena puasala pagi tu, alhamdulillah result keluar 134. Tinggi juga, waktu Iman dulu.. 90 je. Sangat rendah.


Ultrasound kali pertama, seperti biasa buat di Saint Elizabeth dan jumpa balik Dr Kenney. Bila cek, baby semua ok, perkembangan pun memberangsangkan dan yang dia suka... hb saya naik dan berada di paras selamat. Waktu mengandungkan Iman hari tu, disebabkan hb rendah, setiap bulan kami pi jumpa Dr Kenney tuh, jenuh pulak setiap bulan buat ultrasound. Bil nya?? Saya sendiri tak tahu sebab medicaid cover semua. Yang pasti Dr Kenney charge ultrasound $300 tanpa perlu berjumpa dengan dia (itu kalau yang tak ada insuran la..kalau ada agaknya hampir 1000 USD la kot). Kalau perlu jumpa Dr Kenney lain pulak harganya. Adoiiii.. pendek kata mengandung sahaja perlu habis 5 ribu.. kot nya la.. Yang kelakarnya, waktu ultrasound tu, boleh pulak Iman marah-marah dan nangis-nangis sebab nurse duk pegang perut saya. Eh bukan ultrasound je, waktu midwife pegang pun dia marah-marah juga.. Iman.. Iman..





Umi waktu 29 week pregnancy.. Gemuk tak? Tapi waktu ni, baju pakai 3 lapis ni... hahahaa...*coverrrrrr...*





Ok, habis dah cerita umi. Meh kita tengok Iman pula....









Kelakar betul.. entah bila, tiba-tiba Iman ambil tudung saya dan pakai. Lepas tu naik atas kerusi dan diam-diam je berdiri disitu. Kelakar sangat.. lagak ustazah ke apa saya pun tak tahu. Iman... Iman...

p.s: lama bersarang blog, sekali keluar 2 entry plak.. tak sampat betul. Nak buka blog pun tak sempat, apatah lagi nak blogwalking!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yey~! Salji kembali lagi

Bismillahirahmanirahim

Tahun ni.. lama betul Lincoln nak memutih. Tahun lepas seawal bulan Nov salji dah turun. Tahun ni, masuk Jan pon masih belum muncul-muncul lagi walaupun suhu dok -ve je.

Tapi, sekali si salji turun.... 2-3 hari duk turun hingga putih memanjang. Kelas pun asyik dok cuti je, seronokla budak-budak yang mana masih dalam 'angin' cuti lagi.



Salji dah reda sikit, saya yang beria duk ajak abgfiz keluar main salji. *jakun tak habis-habis...* Bawa Iman sekali keluar, tapi si Iman nya tak nak main. Tak suka ke macam mana saya pun tak pasti, asyik nak berdukung dan berkepit dengan ayah dia. Dengan saya? langsung tak nak. Bagus juga..takde la sakit pinggang nak dukung dia. Agaknya dia sejukla kot.



Snow angle abgfiz..


Keesokan harinya pula, Syafiq nak datang rumah, buat snowman. Maklumlah belakang rumah ni berbukit sikit, jadi salji banyak berkumpul di situ. Kata nak datang jam 1 ptg, jam 3 baru nampak batang hidung. Tak tahu nak jamu apa, saya jamu je dengan nasi lemak. Senang nak masak dan cepat. Itupon saya masak jam 1 tgh, Iman mengamuk-ngamuk nak berdukung. Abgfiz pula ke lab, balik jam 1 tu la baru saya boleh masak dengan selesanya. Tapi abgfiz sampai rumah pun, nasi lemak dah masak dah.. cuma kena buat second round lagi.


Snow gurl yang cumilll..

Jam 330 kot, Raihan, Hasanah dan Hafizah baru sampai. Hafizah tu nak ke South Point Mall, sekali dengan yang lain, tak join main salji. Jadi Raihan dan Hasanah je yang join. Setengah jam sebelum maghrib baru kami keluar amik gambar. Itupon Syafiq je yang dok buat snowman. Cumil pulak tu..kecik2... habis barang-barang Iman di ambil, konon snowgurl. Kelakar pulak..


Kami ..


Tukang bikin snowgurl..





Dah maghrib tu, abgfiz jemput makan malam di rumah.. Abgfiz minta goreng kuewteow dan spageti. Sudahnya, Hasanah dan Raihan jadi tukang masak malam tu. Wahhhh best betull... betul la kata orang, makan air tangan orang lagi sedap dari air tangan sendiri. Hehe!~~~ Nanti buatla lagi ye adik-adik..sedap makanan itu...pandai Raihan dan Hasanah masak *ayat bodek..*





Anak dara yang rajin.. *dan belum berpunya.. masih kosong. Kalau nak buat bini insyaAllah lulus...lol lol*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iman dan santa gift

Bismillahirahmanirahim

Pagi tadi, tiika abgfiz nak keluar masuk lab.. tiba-tiba ada bungkusan dari Santa kat depan pintu... Sebenarnya nurse Megan yang letakkan kat situ.. agaknya dia ketuk saya tak sedar la tu.Hadiah tu sebenarnya program Krismas hari tu, konon santa yang hadiahkan.. padahal Health Department yang bagi hadiah, khas untuk pelanggan-pelanggan nurse (visited home)..






Hadiahnya....?????





babydoll dan bear..

Yang saya agak suka... Iman terus rembat baby doll tu. Bila bagi yang bear tu terus dia campak. Dah bersedia jadi kakak ke Iman?? *wink wink*

Sebenarnya, dari mula saya mengandung lagi Megan duk suruh beli baby doll dan ajarkan Iman 'how to take care baby' (dodoi, bagi makan etc etc). Tapi entahla kenapa kami berdua ni, bila ke kedai jarang sangat ke tempat toys. Masuk kedai, beli apa yang patut dan terus keluar. Jarangla dok lama-lama dalam kedai. Bila dah keluar baru nak teringat, lepas tu mulala...'lain kali la..' Lama-lama 'lain kali' tu tak beli-beli.



Pandai pula dia pegang baby doll tu. Tak pernah saya ajar tu..













p.s: Lama tak blog walking, tak sempat sangat! Masa sangat terhad.. maklumlah sejak Iman demam ni asyik nak berdukung je. Bila dibiarkan, pandai pulak merajuk golek-guling atas lantai. Selagi tak ambil, selagi itula dia duk berguling. Tapi saya jarangla ambil dia, lama-lama dia datang sendiri kat umi dia. Tak larat nak dukung2!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah selesai 1/2~ khas buatmu

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah... sem lepas adalah sem terakhir abg menghabiskan coursework yang berlambak-lambak.. Dan... alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan abg lulus dgn cemerlang! (walaupun ada 1-2 paper sangkut). Omedetou!!! *clap clap clap*..

"Dah nak termuntah dah bila tengok buku..." Itula kata-kata yang sentiasa keluar dari bibir abg.. bukan apa, abg belajar tak habis-habis, tak sempat nak rehat. Habis degree dan belum konvo dah sambung master, master tak konvo lagi dah dapat tawaran datang sini.. makanya,... belajar tak putus-putus!
Datang US pulak macam-macam dugaan dan cabaran untuk dia selesaikan PhD. Menangis, melalak, menjerit, gembira, sorak menyorak, semua nyaa ada!

Tapi, ianya tidak terhenti di situ.. research di lab hanya start 5%, comprehensive exam menanti summer depan, seminar untuk sem depan, semuanya perlu dibereskan. Melihat abg menangis dikala ujian menimpa, melalak meratapi dugaan, membuatkan Iza yakin HANYA ALLAH sahaja tempat kita bergantung. Apa-apapun, Iza hanya boleh bagi semangat dan berdoa agar semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Gambar terbaru mak buyung.. kaknini, puas hati boleh tgk? Hehehe... Gemuk tak gemuk, berat dah mencapai 53 kg ok!


p.s: banyak nak iza coretkan tapi kering idea pulak. dah datang banyak idea, iza post banyak2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan