RSS

Yey~! Salji kembali lagi

Bismillahirahmanirahim

Tahun ni.. lama betul Lincoln nak memutih. Tahun lepas seawal bulan Nov salji dah turun. Tahun ni, masuk Jan pon masih belum muncul-muncul lagi walaupun suhu dok -ve je.

Tapi, sekali si salji turun.... 2-3 hari duk turun hingga putih memanjang. Kelas pun asyik dok cuti je, seronokla budak-budak yang mana masih dalam 'angin' cuti lagi.



Salji dah reda sikit, saya yang beria duk ajak abgfiz keluar main salji. *jakun tak habis-habis...* Bawa Iman sekali keluar, tapi si Iman nya tak nak main. Tak suka ke macam mana saya pun tak pasti, asyik nak berdukung dan berkepit dengan ayah dia. Dengan saya? langsung tak nak. Bagus juga..takde la sakit pinggang nak dukung dia. Agaknya dia sejukla kot.



Snow angle abgfiz..


Keesokan harinya pula, Syafiq nak datang rumah, buat snowman. Maklumlah belakang rumah ni berbukit sikit, jadi salji banyak berkumpul di situ. Kata nak datang jam 1 ptg, jam 3 baru nampak batang hidung. Tak tahu nak jamu apa, saya jamu je dengan nasi lemak. Senang nak masak dan cepat. Itupon saya masak jam 1 tgh, Iman mengamuk-ngamuk nak berdukung. Abgfiz pula ke lab, balik jam 1 tu la baru saya boleh masak dengan selesanya. Tapi abgfiz sampai rumah pun, nasi lemak dah masak dah.. cuma kena buat second round lagi.


Snow gurl yang cumilll..

Jam 330 kot, Raihan, Hasanah dan Hafizah baru sampai. Hafizah tu nak ke South Point Mall, sekali dengan yang lain, tak join main salji. Jadi Raihan dan Hasanah je yang join. Setengah jam sebelum maghrib baru kami keluar amik gambar. Itupon Syafiq je yang dok buat snowman. Cumil pulak tu..kecik2... habis barang-barang Iman di ambil, konon snowgurl. Kelakar pulak..


Kami ..


Tukang bikin snowgurl..





Dah maghrib tu, abgfiz jemput makan malam di rumah.. Abgfiz minta goreng kuewteow dan spageti. Sudahnya, Hasanah dan Raihan jadi tukang masak malam tu. Wahhhh best betull... betul la kata orang, makan air tangan orang lagi sedap dari air tangan sendiri. Hehe!~~~ Nanti buatla lagi ye adik-adik..sedap makanan itu...pandai Raihan dan Hasanah masak *ayat bodek..*





Anak dara yang rajin.. *dan belum berpunya.. masih kosong. Kalau nak buat bini insyaAllah lulus...lol lol*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

.:dyla lokman:. said...

hahahaha. apa la kak iza ni. sempat lagi promote + ada udang disebalik batu. ceehhhh xD

puding roti la sedap. nyum2.

yatie chomeyl said...

tok napok perut mok buyung pongggg

Nurul Izza said...

cik D-va: haha ..xpola..kelik pahni tibo2 kawin.heheh

Yc: eeeh acu tengok mmolek gak..buyong doh..=)

Ummi Salsabila said...

Iman,untungnya kamu dpt main salji.acik dah tuo ni pun xdpt2 lg...

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan