RSS

Semalam

Bismillahirahmanirahim



Yey~! parcel dari Penang dah sampai. Sebenarnya dah lama sampai, tapi duk terperap kat post ofis. Waktu posmen datang rumah hari tu, kami semua tak ada. Sudahnya, kena ambil kat ofis.



Bila abgfiz bawa balik parcel tu, Iman jadi tukang sibuk. Sibukla dia nak buka, nak tilik, nak semua la.. Nasib baik ada barang dia, dah dapat barang dia.. suka sangatla. Tokwan dan atuk bagi 2 helai tudung kat Iman. Yang paling dia suka, warna merah. Dari hari tu lagi duk suka warna merah tu. Tapi, mata saya pun.. kalau ke kedai suka tilik baju warna merah dan maroon walaupun saya suka warna pink.







Dengan rempah kari sekali dia duk main. Rempah kari tu, mak selalu je pos ke sini. Dan.. kata abgfiz memang sedap rempah tu, tak boleh lawan dengan semua jenis rempah kari. Suka la dia dapat rempah tu..








From atuk dan tokwan with love~~ Tak sabar nak balik tahun depan!



******************************

Ni pun cerita semalam..


Dah 2-3 hari dah saya duk mengidam nak makan pai! Tak pasal-pasal mengidam pai. 2 hari lepas duk godek-godek dapur nak cari tuna dalam tin, nak buat pai tuna. Tuna pulak tak ada.. rasa hari tu memang ada tapi hilang entah kemana. Sebeb sebelum tu Iman duk main-main dengan tuna tu, jadi saya simpan di tempat selamat sikit. Selamat punya selamat, sudahnya lupa dah kat mana saya simpan!


Dah tak jumpa tuna, nak buat juga pai... saya buat crust dia. Intinya baru terhegeh-hegeh nak cari. Nak sangat makan, saya cuba keluarkan daging yang tengah keras tu tapi waktu tu dah kol 5 petang (nak berbuka dah..), mana sempat nak defrost daging, nak cincang daging dan masak daging. Akhirnya...... crust tu saya masuk balik dalam freezer.


Semalam, saya pujuk abgfiz ke kedai belikan epal. Kebetulan salji, memang kena beli barang dapur pon. Yela mana tau, salji lebat dan tebal..susah pula nak keluar. Jadi semalam projek pai epal pun menjadi...





Yang tak tahan nya.... crust dia tu keras! Nampak sangat saya tak pandai masak. Crust atas tu, tak cukup sebenarnya sebab tu saya gantikan dengan crumble.



Tapi kata abgfiz, crust dia sedap.. macam biskut! Hahaha.. tak kisahla, biskut pun biskutla... Asalkan saya boleh makan pai epal. Epal banyak lagi, nak kena try resepi crust yang lain. Sebetulnya, resepi ni saya amik dari mak Roz.


p.s: sedap tak sedap pai tu dah nak habis pun.. Iman pun suka. Hehe~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

woo!cayok!cayok!!

pai pulak dah...tp bagus gak kan..teringin2 nak makan,kena buat.tiba2 je jadi terel buat.kalo kt msia,kak anis konfem beli je.kem salam laa nk buat segala kuih muih ni kan..ekekekee!

Atif said...

wah..wah..wah..semakin rajin nih..nak resepi pai?hihi..~wp tak brape nk reti buat..haha

Norhidayah said...
This comment has been removed by the author.
Norhidayah said...
This comment has been removed by the author.
Norhidayah said...

orang yang duduk oversea mmg pandai n rajin masak.. iman dah semakin besar.. nanti ajaq pulak iman masak..

Nida n' Hanafi said...

amboi... sukanya cucu atuk ni..

Tadi Mak su ada jumpa Fazita.. :)

Ummi Hanani said...

sedapnya pai tu iza..:)
iman sonok ye dapat hadiah..hihi

Ummi Hanani said...

sedapnya pai tu iza..:)
iman sonok ye dapat hadiah..hihi

Ummi Hanani said...

sedapnya pai tu iza..:)
iman sonok ye dapat hadiah..hihi

Ummi Salsabila said...

Kalo akak duk oversea,mesti rajin n pandai masak mcm izza kan (berangan) hehe.
Izza org Penang ke? Br akk th!!!

Nurul Izza said...

kak anis: haih..sbb nk makanla kena buat.kalau kat malaysia..xkosa nak buat..main tunjuk je kak anis oiii ;p

kak latifah: haih terror mendenye.. kalu terror mst sedap doh.tu crust keras , xjjadila tuh.nok resepi ko?nati za post

pinky mouse: xdela pandai pon, sbb nak makan..nak tak nak kena buat jugak

maksu nida:oo dah jumpa ya? rupanya dia n paknep tak sama uni..

kakidah @kedai niaga: sedap apenye kalau keras je..

ummi salsabila: eh akak, iza org kelantan, hubby org penang =)

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan