RSS

Bismillahirahmanirahim

Yey!~~ waktu yang dinanti telah tiba. Hehe~~ *jakun mode*. Sabtu lepas turunlah salji..walaupun flurries dan tak lebat, serta angin kuat.. tapi akhirnya salji dah turun~~! Tahun ni memang tak sehebat tahun lepas tapi sekurang-kurangnya turun jugak. Hari ni pun dah nak cair dah.. Tak kisahla..asalkan dia turun.






*************

Selamat Pengantin baru Lina... semoga kekal hingga ke syurga. Akad nikah dan kenduri berlangsung hujung minggu lepas. Bila duk jauh ni, memang sangat terasa dan sedih.. lebih-lebih lagi, pada waktu inilaaa kita nak jumpa sedara mara yang jauh dan jarang sekali jumpa.

" Bila dah akad, bermulalah perlayaran rumah tangga yang penuh ombak dan badai. Layarilah dengan penuh kesabaran dan ketabahan, diiringi taqwa dan iman.."

" 5 Tahun pertama adalah tempoh untuk mula-mula mengenali hati suami... sabar banyak-banyak.."

Itulah antara nasihat yang saya terima tika akad nikah 3 tahun lepas, jadi saya tujukan balik pada Lina.. Semoga hubungan diredhai Ilahi.. amiin




*******************

Ini resepi ayam tandoori. Lupa dah sapa yang minta haghi tuh.. resepi ni pon saya amik dari internet dan memang dah lupa sumber dari mana.


  • Ayam 1/2 ekor (dipotong dan dibasuh)

bahan a :

  • 1/2 biji jus lemon
  • garam
  • kunyit

- Perap ayam bersama jus lemon + garam + kunyit selama 15 min

bahan b :

  • 4 sudu besar plain yogurt
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk paprika/serbuk cili
  • 1 sudu kecil pewarna merah
  • garam sedikit (ikut suka)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang puteh*
  • 4' halia*
* blend atau tumbuk lumat (saya masuk dalam food processor je)

- Campur kesemua bahan dan gaul bersama sehingga sebati. Kemudian perapkan bersama ayam tadi selama 1/2 jam-1 jam atau semalaman lagi baik.

- Bakar dengan suhu 300F sehingga masak. Atau kadang-kadang saya goreng je..(versi pemalas..)





Ni pula nasi minyak versi saya, sangat ringkas dan senang! (versi pemalas jugeee)

  • Beras basmati (rendam 1/2 jam)
  • bawang puteh-mayang
  • bawang besar- mayang
  • halia- dimayang
  • rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
  • sedikit minyak sapi (kadang saya guna mentega jeee)
  • sedikit pewarna kuning
  • kismis
  • apricot kering- dipotong kecil-kecil

- Tumis rempah tumis dengan minyak sapi/mentega. Kemudian masukan bawang yang telah dimayang. Dah naik bau, masukan beras basmati bersama air (yang direndam). Masak sehingga nasi agak-agak masak, titikkan beberapa titik pewarna kuning di beberapa tempat. Bila nasi dah masak, gaulkan nasi dan taburkan kismis dan apricot kering.




Oke, selesai masak-masak kita ye.. jumpa lain kali. Selamatla mencuba untuk siapa yang minta resepi ni. Mek Ain, sila buat kt ghumoh deh.. suh ma teraaa



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Puteri Cinta said...
This comment has been removed by the author.
Maryam Izza said...

salam lama kak ija tak komen kat sini tup tup dah salji...
pantas nya masa berlalu pejam celik aje kan...mekza terliur duk tgk tandoori tu dah lah kak ija tgh lapor ni :((

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan