RSS

Musim hujan ~ tengkujuh

Bismillahirahmanirahim


Bila sejuk-sejuk ni, mula saya dok teghingat je kat kampung. Kalau masa-masa ni, memang musim hujan je.. Hujan pagi, hujan petang, hujan malam. Baju yang dibasuh pun kadang-kadang tak kering, lantas membazirkan duit ke dobi. Kalau tak kering, alamatnya bau hapak la plak...
Hujan kt Lincoln ni tidakla selebat hujan kt KB nun.. cuma nya musim sejuk sini ala-ala sama je dengan musim tengkujuh kat KB, sejuk dia sama je. Haha ada pulak... sini lagi sejuk dooooo.


Bila masuk je bulan Nov, kawasan rumah mama saya (luar pagar) tu mula la dinaiki air.. nak pergi sekolah pun kena pakai selipar - keluar dari kawasan air baru pakai kasut. Nak wat cane, dah air hingga betis. Tapi dalam kawasan rumah kami air jarang-jarang berkumpul.. sebabnya, kawasan rumah tinggi sket dari luar pagar.

Seingat saya, tahun 2004 banjir paling besar, hampir memasuki dalam rumah. Tapi tak masuk pun... yang bestnya waktu tu saya dok USM, tak balik! Nak balik cane... dah banjir..satg balik, dari jauh kena angkut barang mengharungi air. Yang tak bestnya, tak dapat main air banjir. Huhuhu~~~

Adik-adik saya di depan rumah... banjir 2004.. rumah ni dibina tahun 1989.. Lama kan? Tengok, ada 2 anak tangga lagi air nak masuk dalam ghumah. Nasib baik tak masuk.. hehe~~ kalau tak habislaaaaa pakaian sume..

Bila musim hujan tu, kami anak beghanak ni asyik kelaparan je.. Memang betulla kata orang, bila dah sejuk memang perut cepat lapar. Selalu je adik laki saya jadi mangsa suh gi beli makanan-makanan untuk disumbat ke dalam perut kami-kami nih... Biasanya, makanan tu adalah...




Keropok lekor aka khepok gotey.. Waaaaa..lama ohh tak makan.. teringin sangat nak makan, tapi kata mama, pos satg kangggg kena tahan, tak pasal-pasal. Arghhh.. lama betul tak makan, balik nanti nak balun betul-betul. Tapi, saya lebih suka khepok tengganu, bukan apa... keropok dia banyak ikan.. kelantan punya banyak kanji.. kadang-kadang kami ke Terengganu, mesti singgah di Losong tu.. beli yang belum digoreng, makan panas-panas macam tu jek. Waaaa.. nak makan! Nanti ada masa, nak buat projek kropok lekor la...



Ini pun sama... goreng pisang (?) pisang goreng (?)..mana-mana la.. kat Kelantan biasa cicah dengan sos keropok lekor tu tapi bila saya ke Negeri Sembilan, diorang cicah dengan kicap! kelakar tapi agaknya memang diorg makan dengan kicap. (agaknya bila diorg datang Kelantan, diorg pun duk gelak kt kami sebab makan dengan sos).. Kat Lincoln ni ada je pisang nak digoreng cuma... pisangnya tidak sesedap dan semanis pisang Malaysia. Aigoo~~ nak makan!!

Yang ni putu piring.. kalau duk Penang mak selalu je beli bila balik Johor. Waaaa sedapnya bila makan tika panas-panas.. huhuhu






Ini putu halba.. erk..sama ke dengan putu piring? Entah bagi saya sama je rasa, cuma lagi best putu halba. Yang ni mama selalu je suh adik saya beli, hinggakan tokey yang buat putu ni untung berganda bila masuk musim hujan/tengkujuh..




Hah... yang ni jarang-jarang orang makan. Biasa orang kampung macam saya je yang suka. Suami saya sendiri tak pernah makan..(katanya laaa) Ini makanan pagi kami tika duk di kampung. Mek saya selalu buat ni utuk sarapan. Pulut pagi (pulut yang ditanak dengan air je) + ikan kering goreng / ikan bilis goreng + kelapa parut yang digaul dengan garam sikit. Sedap sangat! Satu lagi ubi kayu rebus dimakan dengan kelapa parut.. pun selalu kami makan untuk sarapan. Bila teringat ni, saya baru je sedar yang kami ni membesar dengan ubi kayu, pulut, ikan kering je.. Walaupun makanan kampung, tapi sedap. Tapi bila dah besar ni, mama tak bagi makan pulut, katanya otak jadi lembap eh. Mungkin betulla kot.. entah.. kebenaran nya masih samar-samar..



Oh ya, satu yang saya perasan.. kami adik beradik ni suka sangat makan nasi berlaukkan ikan dan budu.. budu makan bersama ulam-ulam (kacang botor, ulam pegaga, pucuk ulam raja, pucuk putat etc etcccc).. Ump, jering dan petai saya tak makan. Entah.. tak suka~ Kadang-kadang tak ada ulam, sayur sawi pun dijadikan ulam (celur sekejap), atau tomato hijau tu, tak pun terung atau kangkung mentah. Kelakar tak? Bila saya cerita pada rumet saya, dia gelak.. kelakarla kot, tak pernah dibuat orang makan kangkung mentah. Tapi itula hakikat sebenar.. Bercerita pasal ni, aduhhh lama betul saya duk merantau (padahal hampir 3 tahun je ponn) . Itu maksudnya.. maksudnya saya rindu nak balik!!!! Heheeee tak pe, tunggu 2012 nanti eh..

p.s: tiba-tiba mengada nak balik~~!
p.s: gambar sume saya google jeee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

yatie chomeyl said...

umoh Izza kat mano? maso banjir thn 2004, ore di USM jugop..tp ore gigih kelik..semato2 sbb nk main banjir hahahaha

NURUL IZZA said...

umoh kt baung, pengkalan chepo.. tau x? mehla jale.hehe

Sharini aka Ummi Khayra said...

hehhe terliur tgk gmbr makanan... :P

1. akak pun suka kopok lekor losong kat ganu tu.. enak di makan begitu saja... kalau dgn hubby g kelantan, kitrg akan lalu ganu, makanya.. singgah la kat situ... :P

2.actually dik, pisang goreng... kalau goreng pisang tu, perbuatan kita menggoreng pisang... hahahhaha ni akak ingat sebab time form 3 dpt cikgu BM yang sgt strict.. tang tatabahasa, kalau kita cakap salah, kena bagitahu kenapa salah... sebab kata kerja ke apa.. bla bla bla... :P

3. Putu piring akak suker gak... tp putu halba tak pernah rasa... :D

4.heheheh tang pulut makan dgn ikan kering and kelapa tu, akak pun sama... ubi kayu makan dengan kelapa parut tu pun selalu gak especially breakfast.. sekali dengan ikan masin... Dlu2 terasa macam sedap menjilat jari... :)

izza, mengingatkan akak kepada makanan.. arrggghhh nasib dah habis pantang... ekekkekekekek

Ummi Hanie said...

saabu ye cik adek...

akk baru2 ni gi Ganu...tp x mentekedarah kepok lekor sgtt...frust pun ade...tau je laa hujan manjang,kereta pun org punye (kami travel sana by flight)

shopping2 dan makan2 kali ni agak tidak memuaskan..cewah ! erm...cian dia mengidam nk makan mcm2 ye

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan