RSS

Itula yang saya betul-betul tak suka

Bismillahirahmanirahim










Tahun lepas punya winter : salji tebal sangat sangat sangat




Tahun ni, pada bulan 12 ni salji belum pun menonjolkan diri. Tertunggu-tunggu jugak..almaklumlah, setahun dah tak tengok salji. *eh... duk sini dekat 3 tahun pun masih jakun-jakun salji ke...* Jakun tak jakun, kat Malaysia memang mustahil nak turun ok? Jadi selagi ada di sini, selagi tulah... dok tunggu. Tapi dah salji nanti, terkenang-kenang pulak tang panas nya...

Walaupun salji belum muncul dan turun serta timbul.. suhu kat luar sejuk sangat! Pagi-pagi suhu (-) negatif belas-belas. Hari ni je suhu pelik panas... panas-panas pun suhu 13 C. panas la tu daripada suhu -13. Hahahaha =D

Kelmarin kami keluar dan suhu waktu itu -14. Sejuknyaaaa...sampai ke tulang. Disebabkan itu, selsema Iman yang dah nak sembuh dan hilang, makin melarat-larat. Demam dan selsema.. demam tu bolehla tahan lagi tapi bab selsema tu, kesian sangat. Mana taknya, tidur malam je tak tenang langsung, hidung sumbat. Duk sedut hingus dia tapi dia pula tak suka. Dah nampak penyedut biru tu, mula menangis dan geleng kepala..Tak nak!


Itula yang saya tak suka musim sejuk ni, cepat tak sihat.. Dah tu, kulit kering masyaAllah.. sampai berdarah-darah (saya la.., Iman dan abgfiz ok je kulit dia). Muka pun cepat je berkedut, hakhak... *nak kate dah tua, tak nak ngaku..kwang kwang*. Dah tu kalau nak keluar, satu hal pulak kena balut tebal-tebal.. kalau kita senangla, ni si kecik kan. Kena pakaikan mufler la, topi tula, bungkus ni la.. payah benor. Sudahla Iman ni bukannya suka pakai.. tapi itulaaa... musim sejuk, nak buat macam mana? *tadi ngada-ngada nak musim sejuk..haha*





Tiba tiba saya rindukan Iman waktu dia kicik kicik dulu~~~

p.s: itula manusia, tak pernah merasa nak bersyukur.. sama-samala kita muhasabah diri

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Sharini aka Ummi Khayra said...

izza.. tak sangka dulu akak baca post izza pasal salji, and kali ni, berulang balik... rasa mcm baru je baca post pasal tu.. rupanya dah setahun berlalu... Sekejapnya masa berlalu...

pinky mouse said...

jangan la rasa diri tua sangat, nanti dayah pun rasa tua sedangkan tak kahwin lagi ni..hehe..jaga diri n baby..

yatie chomeyl said...

sini pun x salji lg..x sbr jugop tggu salji hehe

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan