Bismillahirahmanirahim
Iman dan headphonenya
Apa kena dengan Iman..?
Bismillahirahmanirahim
Hobi sekarang, duk kelek kain selimut. Ke mana-mana dibawanya selimut. Lepas tu tinggal di dapurla, di ruang tamu la, dah tu ambil balik selimut lain. Suka betul mengemas rumah!
The best breastpump
Bismillahirahmanirahim
Yang ni pula jenama Lansinoh. Saya jarang pula bertemu dengan Lansinoh. Tak minat jenama ni even saya gunakan Lansinoh Disposable Nursing Pad.
Yang paling saya berkenan.. dan sebelum balik ingat nak minta dengan husband belikan yang ni..
Tapi yang pastinya Medela freestyle ni sangat bagus dan terbaik bagi ibu-ibu yang bekerja. Tak berbunyi, tidak berat, boleh sorok-sorok bila pumping, boleh juga pumping sambil buat kerja. Wah sangat menyanangkan!
Yang ni medela pump in style, sama je dengan freestyle cuma yang ni berat sikit je dengan freestyle.
More info untuk medela produk, kat sini dan sini. Nak kirim??? Tunggu saya balik ya dan itu kena tanya menteri kewangan kami. Hehehehe
p.s: ..................................................
Tak duduk diam~
Bismillahirahmanirahim..
Atas permintaan TINGGI makcik-makcik Iman, umi letak beberapa video untuk tontonan umum
1) Video ini tika pertama kali Iman keluar berjalan depan rumah. Sejak dari itu, lepas je umi solat asar, mesti Iman duk depan pintu tunjuk pintu (nak keluarla tu..). Tak pun duk tepuk-tepuk pintu rumah. Jadi pak guard!
2) Malam tadi : bangun je jam 10 malam (tidur jam 8 malam), kerjanya asyik berjalan je, jalan dan lompat, panjat kerusi, pi kubey-kubey pinggan mangkuk.
3) Sambungan dari 2)
P.s: takat ini dulula kot. Lain-lain ada mood upload lagi
p.s: video 1) tu bising sebab angin kuat
Watermark..
Bismillahirahmanirahim..
Sebelum ni (awal-awal blogging) saya agak ghajin membikin watermark di setiap gambar tapi lepas tu dah malas. Tapi.. disebabkan entry Yatie Chomeyl ni, saya cukup risau.
Last Part : Cuti-cuti US : Colorado
Entry ni dah lama duk terbengkalai, momentum nak meneruskan perjalanan ke US ni tak ada. Tak ghajin! (malas tu perkataan tak berapa sopan, tak ghajin sopan sikit kot..ehe.. )
24 Mei : 9 am : Grand Canyon, Arizona
Seperti entry lepas, hotel yang kami menginap ni memang mahal, selesa pun memang selesa. Dah namanya pun hotel, kan? Besar dan sangat empuk bantal serta tilam dia. Sangat menyenangkan badan!
Hotel ni terletak di Tuba City. Kebanyakan pekerja hotel ini memang orang Red Indian. Saya copy & paste je info hotel ni.
Pagi besoknya kami bersarapan di hotel tersebut. Kami diberi 3 coupon. Menunya :
- Bread toast + egg + sausage
- French toast + fruits
- Erk... lupa dah..
Kami ambil 2 menu yang no 1 dan satu menu no2. Sausage tu kami tak makan la, french toast dia.. sangat lembut dan sedap. Balik je dari cuti-cuti, hampir setiap hari saya duk breakfast dengan french toast je . Tak sia-sia bayaran mahal!
Jam 9 lebih kami bertolak ke Colorado Spring, yang memakan masa 8-9 jam. Sebenarnya, dari Las Vegas tu saya dah nak balik ke Lincoln dah tapi perjalanan jauh yang memaksa kami berhenti di beberapa state. Tak mampu nak bertahan!
Tuba City - Colorado Spring
Singgah berehat kawasan rest area. Hanya ada sebiji bangunan dan tak ada orang pun! Nak ke toilet pun, kena ambil kunci toilet dari visitor centre.
Tiba-tiba kami terjumpa air terjun! Lama betul tak nampak air terjun, alih-alih jumpa di celah-celah bukit on the way ke Colorado Spring. Nak je saya pi turun rasa air tu tapi masa tak izinkan.. Nak mengejar solat.
Dalam kereta Iman asyik merengek tak nak duk dalam carseat, jenuh betul saya nak pujuk dia. Bila keluar je dari carseat, melonjak gembira. Main sana, main sini. Tapi saya pun risau kalau polis meronda. Sempat 5 minit je Iman keluar dari carseat, bila masuk balik, melalak balik!!
Ayah, adhah, ajhah??
Lately saya sangat sibuk, sampaikan saya sangat malas untuk mengupdate rumah comey ni. Lately juga saya sangat bermood untuk memasak. Sebenarnya lebih kepada nak makan je pun. Hahaha..
Ini cerita pasal Iman.. Iman sekarang sudah menunjukkan macam-macam aksi. Aksi yang kadang-kadang boleh membuatkan saya marah, kadang geram dan adakalanya lucu dan rindu dengan aksi dia tu!
Suka sangat main dengan rumput!
Sangat suka duduk dalam closet yang paling bawah tu. Itula port dia tatkala dia penat setelah main. Tak tahannya dia pandai pula buka dan masuk sendiri! Dah buka dia keluarkan 2-3 helai baju (mostly dalam tu selimut dan towel dia), kemudian masuk dalam tu.
Dan.. paling best (untuk ayah jela...)
Dah pandai sebut ayah!
P.s: amacam dengan watermark baru saya? kecik sangat ke? nak buat lain..
Doyan oh Doyan~~
Bismillahirahmanirahim
Pembantu rumah AKA bibik~~
Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan