RSS

Spring : I'm coming~~ Lalalla~~




Bismillahirahmanirahim

Jam menujukkan pukul 523 pagi. Cewah.. sebenarnya saya tertido awal malam tadi, nak tidurkan Iman saya yang tertidur sama- waktu tu isyak belum masuk lagi (read: isyak masuk 918 mlm). Jadi bangun jam 3 tadi terus mengadap pc, dah banyak kali abgfiz suh update blog. Bukan tak ada masa, masanya ada cuma masa banyak dengan Iman. Bukan tak de mood, cuma momentum nak berblogging tu tak datang.






Ada kaitan ke dengan Iman dan blog?

Ada... sekarang ni Iman dah mula nak memanjat segala benda. Saya terpaksa keep on eye pada dia. Iman dah mula nak berdiri tanpa pegang, tapi dia tak sedar dia belum kuat lagi. Jadi Iman asyik jatuh aja, saya kena keep on eye takut jatuh kepala dulu. huhuhu~~ Jadi masa untuk saya berblogging dan blog walking sangat terhad


Tambah lagi, bila saya ke dapur Iman akan ikut serta. Dah ikut ke dapur tu, dia pula asyik nak pegang kaki saya dan berdiri. Mana saya nak bergerak kalau dia selalu macam tu. Waktu saya masakan makanan untuk Prof Abu datang, sedar atau tidak, saya terdengar bunyi 'lekuk', ingatkan suami saya ketuk dinding, rupanya si kecik ni terhantuk kepala kat dinding. Hadoiiii.. sian pula dia. Tapi tula lasak..

Setiap bulan ( awal bulan) pihak inspection (betui ka ejaan ni? malas nak cari kamus) datang ke rumah untuk sembur racun serangga dan cek smoke detector. Racun tu disembur di sekeliling dapur dan bilik mandi. Bila dapur dan diracun, tepat tersebut dah bahaya untuk Iman. Jadi masa untuk saya ke dapur juga terhad. Kadang kalau masak, saya hanya masak tumis atas dapur seterusnya, saya masukan ke dalam baking dish dan masuk oven. Kari ke, gulai ke, hatta masak pedas pun sama . Kalau lama saya di dapur, lama la Iman duk melingkar di kaki saya. Kadang-kadang kita tak nampak bahaya racun ni tapi hati-hati ia adalah pembunuh dalam diam.

Saya teringat pulak kisah pensyarah saya di USM tika saya jadi research assistantnya. Rumah mak Dr N diserang anai-anai, dan mereka telah buat serbuan untuk mematikan anak-anai. Mak Dr N pula seorang yang suka kemas rumah, jadi dia sentiasa terdedah pada bahaya racun yang disembur. Tak lama selepas itu, mak Dr N disyaki mengidap leukimia. Sedihkan? Saya memang risaukan Iman, maklum sajala nak tunggu Iman hampir 2 tahun. huhu~~

Berbalik pada Iman, bila dah masuk solid food ni, tidurnya dah kurang. Kata nurse tidur Iman akan lebih lama TAPI.. sebaliknya. Kadang jam 10 dia hanya tidur 15 minit sahaja. Bayangkan.. kadang masa dia tidurla saya cepat-cepat ke dapur, masak. Kadang elok-elok siap masak bunyi dah suara dia. Tapi, tidur malam Iman pula yang lama. Dia tidur jam 8 malam atau 730 dan bangun jam 6 pagi. Lepas Iman tidurla kadang saya buka blog, atau pada waktu itula saya kemas dapur, kemas barang mainan dia, kemas rumah. Kalau tak, susah juga. Bayangkan saya terpaksa curi-curi masa untuk ambil wuduk sebabnya kalau saya ke toilet, Iman mesti mengikut dan ketuk-ketuk pintu toilet sambil nangis. Kesian sangat tapi apokan dayo.. saya biar je dia menangis sehingga saya selesai ambil wuduk. Itulah Iman saya...













xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx







Berbalik kepada tajuk, cewahhhh.. semalam cuaca sangat elok. Jadi saya ajak suami saya ke Dairy Store UNL, makan eskrim.. Yummmy!!!! Kebetulan pula saya buatkan enchiladas, kami berpicnic di Dairy Store sambil menikmati bunga yang baru mekar.



Saya tolak Iman ke ofis abgfiz dan dari sana kami ke Daisy Store. Elok-elok je sampai ofis abgfiz, Iman lena pula.. Kami order wafle aiskrim - chocolate chip + lemonade. Sebenarnya saya nak order yang dalam mangkuk, tapi perempuan tu tak faham pulak. Ish geram!! Tapi tak pela, asalkan dapat makan aiskrim..










Enchiladas dan eskrim..








Ayah tolong suapkan makanan pada Iman







Sejurus selepas kami berpicnic kononnya, kami jalan-jalan sekitar kampus. Walaupun dah masuk musim bunga, tapi bunganya masih belum mekar sepenuhnya. Ada setengah pokok, keluar bunga dulu, baru keluar daun. Lucu sungguh. Tapi biasanya dalam April-Mei baru bunga tumbuh lebat. Teringat waktu summer vacation lepas, musim bunga tulip pun awal bulan Mei. Cantik sangat, berwarna warni...








Satu-satunya pokok yang berbunga, sekelilingnya botak..










Hanya bunga, tanpa daun




Daun baru menunjukkan diri







Cantik betul bunga ni













p.s: dah hilang rindu ke? dah subuh, ada masa saya balas komen-komen dan blog walking ye..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 comments:

miloicekaw1119 said...

bestnya ada iman..
nak pinjam bawak balik sini boleh x??

aNNa said...

iman yang manja~~ ahaks! ingatkan za pegi bercuti.. =)

waaaaa~~ bestnya musim bunga!!! za, ejan sangat sangat nak alami keadaan dlm musim bunga kat sana..huhu.

nanti, bile bunga da lebat2, mesti snap gambar bunga warna warni banyak2 taw. especially, tulips! weeee~~ sukainya.

fa10 said...

akak juga mengalami masalah yg sama ngan uzma, asyik bangun menyusu wlu pun umur dah hmpr 2 thn. padahal anak2 mat saleh nyusu pukul 7 mlm terus tidur smpi pg esok. Sepatutnya kita kena disiplinkan mereka spy x menyusu waktu tidur... dah terlambat ke?

Ummi Salsabila said...

1.rindunya izza.lm menyepi juga.bz lyn iman rupanya.ingatkan xsht ke..mabuk ke nk dpt bby..hehehe.

2.comelnya iman.makin lasak yer dia.

3.bestnya musim bunga.suke sgt bunge....

AshAnas said...

sm la kite, hubby asek tegur bl nk update blog, huhu...
semakin comel dan bijak la iman... gerram tau! sib baik jauh, haha....

Kopiah Senget said...

Alahai comel nyek Iman.....

Bestnyek Spring sana!..... sure tak sejuk dah kan....

aLyNnZ said...

huhu..rindunyer ngan iman..bertambah2 tomei larr. geramnyer..kiut sungguh biler iman ketawa..pas nie iman akan bertambah aktif..biasalarr budak2 kan..tp klau danish terjatuh alin spt x leh nk memafkan diri..siann sgt..

pasni pic iman akan berlatarbelakangkn bunga bungaan..cantiknyerr

Chik Na said...

wah dah nak masuk summer yea..bunya bunya suma dah mula kembang


ps: suka tul gambar iman sengih lebat dan pakai reben kat kepala...

yatie chomeyl said...

suko la Iman lepas ni leh main luar doh sbb dah spring..x la sejuk sgt supo hri tu kan?

Nida said...

Kami di sini tak berkesempatan lagi makan kat luar... menyimpan nak balik Malaysia kot..hehe

Maryam said...

Salam Za!
cepat ja ms berlalu
bunga2 mekar je berkembang di sana
Iman pun dah makin besaq dan comel bagai d pam pam!
geram kak ija nak cubit pipi dia
take care ya za

NURUL IZZA said...

miloicekaw : adih..belit2 lidah akak duk sebut nick name awk ni..mehla sini main2 dgn iman.umi iman suke je

ejan aka anna: iman memang manje..nak dengan umi sentiasa.gi bercuti? cuti kt umah =)
ejan..za try search tulip ye..sini jrg jumpa..xpe nnt dh jumpa za post gmbr byk2 =))

fa10: iza pun xpasti mcm ne matsaleh ajar anak2.yg pasti..kat sini mereka separate bilik baby even baby newborn..mgkn sebab tu kot anak2 tak bangun malam.

us :

1. cewah suke nye org rindu iza..haih kalau tgh mabuk2, iza war2kan..

2. aahla akak..makin lasak huhu

3. musim paling cantik : bunga dan luruh.cantik...

ash anas: tuhla..hubby selalu sound suh update blog. maklumla blog dia yg rasmi

kopiah senget aka uncle zie: skg dh msuk spring..best2.. tapi sound tornado tak bunyi lagi kehkehkeh

alynnz: alin, iza pun sama..kadang tu dia jatuh umi dia plak menangis teruk2..rs mcm mak yang tak guna kan??tapi nak buat mcm ne.huhu

chik na:chik na, summer bulan 5 nnati. sekarang bunga baru nak mekar..

yc: tula bestla kalu iman buleh jale, xla umi dio lenguh duk usung.wakaka

maksu:

eh dh nak balik ke? awat cepat sgt maksu??

kakeja: salam kak eja! iman pipi dia mcm kak eja.hahahha

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan