RSS

Yey~! Dah sampai dahhhh~~

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah barang yang ditunggu sampai juga. Lama saya tunggu barang-barang ni, adik saya tu sibuk sangat, konon tak ada masa nak bungkus. Sabar jela.. Barang ni di pos hari Sabtu lepas, sampai semalam ~ dalam 10 hari juga. Mama poskan dua kotak, sebab katanya tak ada kotak besar..

Yang sedihnya, kotak kedua saya buka.. ada notis dari kastam US. Katanya ada benda yang tak boleh dibawa masuk ke US dan dirampas. Bila saya telefon mama, kata mama dia ada selitkan serunding daging. Memang serundingla yang tak ada! Sedih.. sebabnya yang tu saya paling suka. Tapi tak apala, anggap jela tak ada rezeki.




 Bila saya nak buka kotak, adala yang tukang sibuk. Saya pakaikan tudung tu sebabnya, waktu ni saya baru je solat. Si Iman ni suka sangat pakai kain telekung saya. Lepas je solat, duk tarik suruh saya bukakan telekung. Last-last saya pakaikan tudung dia, walaupun baju bukan main seksi tapi hantam sajala...


Haaa.. baju-baju tu sebenarnya buat balut ubat je pun. Banyak pula ubat-ubat lepas bersalin. Ada akar kayu khas untuk dibuat mandi selepas bersalin tak pula kastam ambil. Serunding kena amik pun tak kisahla.. kata mama serunding tu sikit je. Bukan rezeki sayala tuh. Tapi yang pasti ada keropok!! Dah lama nak makan keropok segera tuh. Keropok segera sira (pedas) tuh abgfiz yang mengidam. Dapatla makan walaupun ada yang hancur. Gitulaaa adat duk jauh, ada je barang Malaysia sampai, seronok tak ingat dunia! Haaaa.. mama saya kirimkan juga CD nasyid dan doa untuk Iman. Yela.. asyik duk tengok cite kartun je. Walaupun kartun kat sini mendidik (hal keduniaan) tapi hal akhirat tak ada. Hari tu mama duk bebel sebabnya duk ajar anak tengok tv. Masa kecik-kecik dulu, kami memang mama ajar dengar quran, nasyid, buku pun mama banyak beli yang sirah-sirah nabi. Alhamdulillah, bila pasang CD ni, Iman suka dan ralit je duk depan pc tengok CD-CD nih.

Apa-apapun terima kasih bbbbbaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak-banyak tak terhingga untuk mama, ain dan sakinah. Hehe~~ habis kena bebel kat adik-adik saya pun, saya buat tak tahu je. ALmaklumlah... diorangla tukang beli barang dan poskan barang. Hiks.. buat baik pada kakak banyak pahala ye.. Jadi sila buat lagi. Nge~~

************

Minggu lepas saya teringin nak makan kek coklat pisang. Sebenarnya saya tak sempat nak makan yang kak Nadiah bawa hari tu, duk gobek-gobek resepi.. jumpala resepi ni tapi saya alter resepi ni. Sepatutnya tak jadi 2 adunan, saya buatkan supaya jadi dua adunan ; 1- adunan kek coklat dan 1 lagi adunan kek pisang. Yeah~! Menjadi.. dahla lupa nak letak telur, waktu nak masuk dalam baking dish baru teringat dan tang tu juga saya buh telur. Hahaha~~ jadi jugak, sedap je masuk perut. *Jangan tiru aksi tak senonoh ni ye, puan puan~~*


 Inilah rupa setelah keluar dari oven.


Haaaa.. best kan nampak? Rasapun memang best even abgfiz dan Iman pun suka. Tak rugi try!


p.s: tadi jumpa midwife, katanya saya mungkin bersalin pada bila-bila masa sahaja.. Fuh Fuh harap sebelum weekend. Nak sangat pergi ke Malaysian Night tapi tiket ada satu je. Huhu~~ kalau bersalin, takla rasa sedih sangat sebab tak pergi. Nak sangat pi sebab adik-adik semua buat persembahan. huhuhuhuuuu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

yatie chomeyl said...

banyok nyo CDbest2 untuk iman, share la dgn Nazhan retep...:)

Nadiah Sidek said...

nasib kita la skrg ni parcel kena bukak. ada rezeki, takde la kena rampas

Confession of a Coffeeholic Momma said...

each time dapat parcel, mesti rs cam xmas or birthday kan? hepi giler hati kita.

tgk kek tu mmg terliur, tp lidah ni masih tingtong sebab hormones blom stabil. benda manis2 ni bila kena lidah, lepas tu mesti rs nak wek wek. cam still preggy lak.

i doakan ur labour tak penuh drama like mine. time i dah tak larat giler nak push tu, siap terasa nak jerit "Allah dengar tak aku mintak tolong ni!!" dan dan tu jugaklah baby kluar. syukur sgt.

moga dipermudahkan...

Ummi Shira (AshAnas) said...

cd ape utk iman tu? izza share ya nanti...

Abah Yie & Ummi Na said...

tertarik tengok CD tu :) kalau kat sini nak cari kat mana ya?

Sharini aka Ummi Khayra said...

ginila gamaknya kalau duk jauh nun di sana kan? mesti banyak yang dirindui.. :) Izza, sedapnya nampak kek tu... pos2... hahahhahah akak malas buat.. aci tak? :P

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan