Bismillahirahmanirahim
Hadoiii penat sungguh nak kemas rumah ni, dah banyak pulak sawang-sawang, kena vacum dan lap..ekekek.. konon sibuk sampai rumah pun tak update. Rindu tak nak dengar saya membebel? Ekekek.. ejan, rindu za ke?
April 1 lepas, kami dikunjungi oleh Dean School Bio, USM. Sebenarnya Dean tu advisor abgfiz tika buat final year project dan master dulu. Kedatangannya sebenarnya lebih kepada melawat je kebetulan dia menghadiri Mosquito Conference di Kentucky, yeke nih? Malas pulak nak confirmkan dengan abgfiz. Abg, kalau salah betulkan eh?
Prof Abu tiba jam 10 malam di Lincoln dan terus ke rumah kami untuk menikmati makanan. Saya sediakan nasi puteh, telur masin, kangkung goreng belacan dan daging masak lemak. Kak Nadiah pula bawa ayam paprik, Muzammil pula sponsor puding roti, yang ni memang best!! Sebab saya buat puding roti tak secantik yang dia buat. Huhu~ kalah dengan orang bujang.
Keesokkan harinya, Prof Abu bertemu Dean, dan Dr Kamble serta 10 minit talk - Tajuknya " Domestic Process and The Gonotropic Performance of The Dengue Vector Aedes albopicus : epidermis logical implication". Petang Jumaat tu mereka meronda-ronda Lincoln.
2 comments:
makan makan dan makan...nyum3~ bila ejan nak makan makanan yg za masak nie. ejan cop nak enchiladas! ahaks~~ tau!!
Salam... Kak izza..he
lamee tak mnyinggah ni. bukn stakat blog org, blog sndri pun lame terabai..hu.
oh syfiq memang suke kicap pun..huhu.
tp xpasti la plak klau sume org jawa suke ke x.. klau sambal kicap tu lg laa fevret...mkn ngn ape2 pun jalan je.. he.. -.-
Post a Comment