RSS

Spring break (part 2)

Bismillahirahmanirahim





Lupa pula... pasal pendaftaran Iman. Bayi yang lahir luar negara kena mendaftar kewarganegaan sebelum umur 1 tahun, jika buat selepas setahun, banyak pula masalah nanti. Cuti musim panas yang lepas, saya ke MSD Chicagi, tanya dan risik kami state Nebraska kena daftar warganegara anak di New York. Abgfiz dah siap-siap hantar borang ke Konsulat New York lagi, jadi perancangan nya kami ke New Yorkla cuti. 2-3 minggu sebelum spring break ni, kami telefon MSD Chicago lagi untuk buat pengesahan.. sudahnya Nebraska harus daftar anak di bawah Konsulat Los Angelos pula.. Pening kami dibuatnya. Sudahnya, saya sendiri telefon konsulat Los Angelos tanyakan hal ini dan anak yang lahir Di Nebraska harus mendaftar di Los Angelos. Kami pusing pula plan nak ke LA.. Tapi bila saya tanyakan pada konsulat LA tu, katanya tak perlu bawa bayi pun tak apa. JAdi kami akan daftar bayi mengikut surat menyuratla. Jadi, plan ke New York pun masih diteruskan.. tapi apakan daya, ada aral yang nak dilintangkan, kami ke Kansas dan Oklahoma je.. panjang tak? ada pening ke membaca?






------------------------------------------------------




Berbalik kepada jalan-jalan kami...




Hari kedua kami di Kansas, kami sempat mengambil gambar di kampus Kansas State Uni, bangunanya cantik-cantik, klasik pula. Uniknya, tenaga eletrik dijana oleh tenaga nuklear. Kalau di Nebraska, kami dijana oleh kincir angin, Malaysia pula guna tenaga hidroeletrik, kami disini guna volt 110 V je. Mungkin Malaysia guna tenaga air, sebab tula volt nya tinggi kot. Hahahah pandai-pandai je buat hipotesis.. Sape-sape jurutera sila komen jika ada yang tak betul..




Jam 12 tgh kami bertolak ke Stillwater, Oklahoma. PErjalanan mengambil masa 4 jam TETAPI disebabkan Iman asyik meragam je, kami pun asyik berhentila. Dari 4 jam perjalanan jadila 6 jam. Yela, mana tak meragam asyik duduk dalam carseat je, bosanla kot. Kalau tak guna carseat maunya kena saman. Ada kawan kami disini, anaknya tak letak dalam carseat sudahnya kena denda $200 . Mahal tu.. boleh beli Coach 2 biji, tak pun beli barang dapur 3 bulan... Keh keh keh...


Kami tiba di Stillwater dalam jam 6 lebih, terus solat dan makan. Lepas maghrib, kami sembang dengan Dr rokiah, macam-macam disembang. Rupanya Dr rokiah dah pernah datang US, pernah lahir anak kt sini. Adeh.. nampak sangat tak tahu asal usul Dr. kah kahkah. . apa la ank murid ni~~


Besoknya kami jalan-jalan di Oklahoma State Uni, kawasannya cantik.. bangunanya cantik sangat. Dan universiti ni adalah TOBACCO FREE. Katanya kalau merokok, denda 200 USd jugak.. Kebanyakan di US ni, kita dilarang merokok dalam bangunan, dan mereka memang patuh. Jadi kalau nak merokok, kena keluar bangunan. Kes OSU ni, dalam kampus pun tak boleh, jadi kalau nak merokok kena keluar kampus. Sudahla kampus kt sini mana ada pagar.. Jawabnya.. jauhla baru boleh merokok. Bestkan??? saya memang tak boleh bau lagsung asap rokok, sesak nafas. Kebetulan, suami, ayah, mertua memang tak merokok. Jadi jarang sekali berada di dalam golongan yang merokok. Agaknya sebab tula kot.. sesak nafas bila bau..


Stillwater ni, bukanlah ibu state Oklahoma. Kawasannya sangat kekampungan tetapi.. saya sukakan keindahan kampung disini. Udara segar.. Bangunan pun tak banyak.. Tempat belajar yang tenang. Suka~~~


Rumah Dr Rokiah pula.. tak bercarpet. Tak pernah saya jumpa rumah di US ni tak ada carpet. Lantainya marble dan dindingnya batu. Sejuk je.. Kalau rumah di Lincoln ni, lantainya kayu dan bercarpet serta berdinding kayu.. Bolehla tahan sejuk. Pertama kali saya jumpa rumah macam tu. Kata Dr Rokiah, rumah tu dh berusia 50-60 tahun tapi masih mengekalkan kebersihan.


Jam 12 tgh kami bertolak ke LIncoln. Itu pun setelah Dr Rokiah masakan dan bekalkan makanan pada kami. Terharu betul.. menyusahakan dia je. Dia bekalkan nasi + ayam masak kicap + cendawan masak udang + telur goreng dan buah limau mandarin.. Huhuhu.. Kami tak berhenti makan pun, hanya berhenti solat dan teruskan perjalanan. Alhamdulillah.. Iman tak meragam dan kami selamat tiba jam 8 malam.. Bekalan tu, buat makan malam di Lincoln.


Oh ya, macam mana kami solat?? kami berhenti di tempat rehat yang ada toilet. Abgfiz masuk toilet dan ambil wuduk, sementara tu saya jaga Iman. Kemudian, dengan menggunakan jaket nya, abgfiz solat di tengah padang, belakang toilet. Bila waktu saya solat, kami tukar shift. ABgfiz jaga Iman, saya solat. Gitula.. kalau kami ke mana-mana.. padang rumputla tempat kami solat.







Cantikkan? bersih je... Susah nak nampak sampah..




Pemandangan pepustakaan OSU.. agaknya kalau sumemr mesti cantik kan?? Hijau.. ISh sukeee











Bersama Dr Rokiah dan anaknya, Hanif





Cantik betul awan ni kan?? Sempat saya snap gambar pemandangan dari Stilwater ke Lincoln..





Iman dengan ayah.. model kereta yang kami sewa. Ngeh2..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Rosnah binti Muhd Yusoff said...

iman cam sgt2 hepy tgk...;p

annie said...

tgk gamba org lain pun dah rasa best, kalau dpt pg mesti lagi best =P

yatie chomeyl said...

comey Iman sengih...sapa ripit mato2 hik3x

Chik Na said...

susah gak procedure regista kewarganegaraan kalau lahir kat obersea yea...

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan