RSS

Award dan assignment. Cewah~~~

Bismillahirahmanirahim..



Yeah... dapat award. Terima kasih Chik Na , Yatie Chomeyl dan Ummi nor di atas ingatan serta award ni. Suke ~~~






Syarat-syarat ambik award ni adalah :



1) Thank and link the person that gave you the award : Check




2) Pass this award onto 15 blogger you're recently discovered and think are fantastic



- ani

- kak arnie

- mak su

- lina

- sarah

- ejan

- cik nor

- kak hanie

- kak nini

- alynnz

- ummi nor

- kak wan maisarah



adei.. banyak sebenarnya.. tapi tu jela yang dalam fikiran daku..



3) Contact said blogs and let them know they've won the award : InsyaAllah..satu-satu kena g jenguk







4) State 7 things about yourself



i - Peramah : Yang ni dah memang sebati dalam diri, memang jenis yang mudah ramah dan cakap pun boleh tahan banyak. Tapikan, adik beradik saya pun memang banyak cakap dan semuanya ramah (dapat gen ayah.. nak buat macam mana ). Agaknya sebab tu kot saya suka lelaki yang pendiam. Alhamdulillah, dapatla suami pendiam.



ii - Pemendam: Cewah... yang ni bila mana saya diserang oleh penyakit sakit hati dan kecewa serta sedih. Kadang-kadang sakit hati pada seseorang tapi tak pandai pulak nak meluahkan. Atau pun tengah bersedih-sedihan, payah sikit nak bagitau orang. Kalau terdengar saya sedang meluahkan tu maknanya, saya bukan di alam kesedihan..



iii- Suka bersharing cerita dengan adik saya, si ain. Kami beza umur setahun je. Kecik-kecik dulu suka sangatla bergaduh. Kami memang rapat, diala tempat saya meluahkan perasaan biarpun dia tengah ngantuk ke, tapi saya tetap nak suh dia dengar. Time gaduh, saya yang banyak nak menang. Orang kata muka saya sama dengan ain neh. tapi saya lagi comey kot. Wakakakak..



iii- Suka sangat try perfume, beli perfume tapi pakainya tidak. Wakakak.. dalam almari tu.. ada 7 botol perfume yang besar (termasuk yang dari tahun 2006), 4 botol yang kecik. Kadang-kadang pakai kat rumah, kadang-kadang malas. Apakah jenis orang macam saya neh??



iv - Suka sangat dengan Jepun. Teringin nak gi sana.. sapa boleh sponsor?? Yatie Chomeyl, ada tempat ke nak duduk kalau gi Fukuoka? Wakaka.. Tak malu sungguh~~~ Saya teringin nak rasa aura sakura, nak cakap nihon, nak jumpa momusu~~



v - Suka sangat menjaga kecantikan dengan tumbuhan semulajadi. Kunyit, beras, tomato, limau nipis, telur - kulit muka, limau nipis, kelapa parut - kulit badan, daun bunga raya, santan, limau purut, limau nipis - rambut, limau nipis -kaki. TAPI... seetelah mengandung dan bersalinkan Iman, dah lama tak buat. Tak sempat. Hikssss..



vi - Cukup jela yang 5 di atas.. ehehe..



-------------------------------------------------------------------------------



Okeh.. yang ni pulak assignment dar Kak Hanie. Soklan UPSR ke SPM neh?? panjang bebenor.. aduss. tapi saya cuba untuk jawab juga okeh?





a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...
c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them





a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.



Ohhh.. yang ni macam susah sikit tapi Kak Hanie, Iza cuba ye..



i. Kak Hanie.. berkaca mata dan mempunyai anak 4. Baby Zaid sama umur dengan Iman tapi Iman lagi kakak 2 bulan kot. Yeke Kak Hanie??


ii. Seorang wanita yang awal berkahwin. Saya suka.. sebabnya salah satu ciri-ciri wanita yang baik adalah, 'awal pernikahannya...'


iii. Sedang berkecimpung di bidang online bisnes. Cewah.. berbisnes kaftan dan Zulian tapi saya belum pernah membeli dengan beliau. ehe..


iv. Menetap di Pulau Pinang tapi di Seberang. Nanti balik Malaysia kita jumpa ya. Mana tau kami ke USM Transkrian, lehla singgah rumah akak ye ..


v. Sangat suka berblogging.




b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...



Oleh kerana 5 di atas saya dah buat (kes malas...) jadi, saya sambungkan yang 5 lagi ya..



6. Saya jenis tidur awal. Kalau di USM, lepas isyak mesti terbaring dah.. TAPI sayala orang pertama merasmikan bilik air. Pernah di matrik, saya bangun jam 3-4 pagi, dan terus mandi. Sudahla bilik air betul-betul didepan hutan simpanan Kuala Pilah tu.. Alhamdulillah setakat ni, belum pernah jumpa 'apa-apa' NAMUN setelah mendengar cerita 'sensasi' dari pensyarah lama di KMNS tu, saya TERPAKSa tidur jam 11-12 dan bangun paling awal jam 5. Oh ya, 3rd year saya di USM berbilik dengan kakak yang sama hobi dengan saya, tidur awal. Jadi bilik kami jam 11 tu dah gelap, TAPI jam 5 pagi dan seterusnya, memang cerah. Sebab kami pun ada hobi yang sama, tak tidur selepas subuh. (yela..dah tidur awal bebenor..ehehhehe



7. Saya suka memasak, terutamanya kek dan puding. Sebab utama, saya cepat lapar dan abgfiz biasa mencari makanan di dapur tika malam (peneman dia study). Ekekke..



8. Suka membebel.. kate dah banyak cakap, bebel pun banyakla. Dulu, suka bebel kat adik-adik sebab suka sepahkan rumah. Sekarang, malamla waktu saya kemas rumah. Sebab Iman suka 'kemas' siang hari. Nge~~~



9. Suka simpan barang-barang lama.. percaya tak?? Pen yang saya beli tahun 2000 (form 3 dulu) masih ada dan saya bawa ke sini?? Lupa pulak nak snap gambar, tak apa nanti dah snap saya postkan kat blog. Lepas tu pulak, pen yang dah tak berdakwat saya suka juga simpan. Hobi apa saya pun tak tahu..



10. Yang ni memang malu nak mengaku TAPI benar.. Saya suka bercuci mata a.k.a jamu mata di online shopping terutamanya baju kurung, jubah, tudung dan brooch. Kadang saya membeli tapi kebanyakkan saya jamu mata je. Hiks.. Saya suka menjahit tapi tak ada mesin nak jahit. Jadi, jamu mata lagi bagus.. (ade kaitan ke??)




Dahla kot.. habis rahsia saya TERpecah. Huhuhu~~~



c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them



Part yang ni saya betul-betul kurang menyukai. Bukan apa, kadang mentag kadang orang tak suka. (macam ayat kak hanie je nih).. Tapi tak apa, kalau terkena, sila jangan marahkan saya, kalau tak nak buat tak apa.. Daku tak keciwa.



1.Ani - ani kena buat kot.. za nak tahula..

2. Ejan pun sama...

3. Sarah

4. Kak Anis Sri Lanka...

5. Chik Na

6. Yatie Chomeyl

7. Kak Nini

8. Kak Idah

9. Ummu Ammar

10. Kak Laila.



Kalau rajin buat, kalau tak nak tiada paksaan.. *keciwa sikit kot* kuhik kuhik..



p/s : haih.. dah jam 1140 malam neh.. tak nak tidur ke mak?? Okies.. dah ngantuk dah, komen-komen entry bawah dibalas lain masa ye. Hehhe (bugdet sibuk.. biasala..ekekke)

p/s: Lina.. kak iza dh jawab tag lina tau..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

annie said...

ani tak penah kena tag za.this is 1st time.so ani taktau nak wat cane...ngee3

yatie chomeyl said...

mari la jale jepun..buleh jah duk umoh kecik kami ni hehe

tunbegia said...

sungguh rajin menjawab tag,

salamm,

UmmiKhayra said...

salam izza... heheeeheeh rajin izza jawab tag ek... :) ada nampak nama akak tu.. hehheheheh terbocor jugakkah rahsia? :D

oooo....memang tau izza ni suka bercakap sebab bila baca post izza macam tgh dengar izza berceloteh... hehehehhehe

LanaBulu said...

mak datok..
panjang berjela2 n3 kali ni..
Dah dapat hadiah tu eloklah..tahniah..
bila nak belanja kita orang lak..?

aNNa said...

alamak..byknye. nak buat mana satu nie..hehee~

Ummi Hanie said...

Izza ... ahhaha..ni kali kedua akk terjah entri ni sbb malam tadi terjah dlm keadaan mengantuk tp dah abis baca semua ... so mamai2 le sikit,komen pun x tinggalkan..ngee~

THANX sudi siapkan TAG akk yerr...owh,peramah orgnye yer iza nih . molek le tu , dah le comey,peramoh pulok..i likeeee...(ehh..tiru ayat Izza plakk)

hmm...ni kali ke-4 akk dpt award blogger beautiful neh..kembang sungguh rasenyer...ahaksss..nnti akk combine je dgn yg lain2 k?

Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan