



You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
Bismillahirahmanirahim..
Yeah... dapat award. Terima kasih Chik Na , Yatie Chomeyl dan Ummi nor di atas ingatan serta award ni. Suke ~~~
Syarat-syarat ambik award ni adalah :
1) Thank and link the person that gave you the award : Check
i. Kak Hanie.. berkaca mata dan mempunyai anak 4. Baby Zaid sama umur dengan Iman tapi Iman lagi kakak 2 bulan kot. Yeke Kak Hanie??
ii. Seorang wanita yang awal berkahwin. Saya suka.. sebabnya salah satu ciri-ciri wanita yang baik adalah, 'awal pernikahannya...'
iii. Sedang berkecimpung di bidang online bisnes. Cewah.. berbisnes kaftan dan Zulian tapi saya belum pernah membeli dengan beliau. ehe..
iv. Menetap di Pulau Pinang tapi di Seberang. Nanti balik Malaysia kita jumpa ya. Mana tau kami ke USM Transkrian, lehla singgah rumah akak ye ..
v. Sangat suka berblogging.
6. Saya jenis tidur awal. Kalau di USM, lepas isyak mesti terbaring dah.. TAPI sayala orang pertama merasmikan bilik air. Pernah di matrik, saya bangun jam 3-4 pagi, dan terus mandi. Sudahla bilik air betul-betul didepan hutan simpanan Kuala Pilah tu.. Alhamdulillah setakat ni, belum pernah jumpa 'apa-apa' NAMUN setelah mendengar cerita 'sensasi' dari pensyarah lama di KMNS tu, saya TERPAKSa tidur jam 11-12 dan bangun paling awal jam 5. Oh ya, 3rd year saya di USM berbilik dengan kakak yang sama hobi dengan saya, tidur awal. Jadi bilik kami jam 11 tu dah gelap, TAPI jam 5 pagi dan seterusnya, memang cerah. Sebab kami pun ada hobi yang sama, tak tidur selepas subuh. (yela..dah tidur awal bebenor..ehehhehe
7. Saya suka memasak, terutamanya kek dan puding. Sebab utama, saya cepat lapar dan abgfiz biasa mencari makanan di dapur tika malam (peneman dia study). Ekekke..
8. Suka membebel.. kate dah banyak cakap, bebel pun banyakla. Dulu, suka bebel kat adik-adik sebab suka sepahkan rumah. Sekarang, malamla waktu saya kemas rumah. Sebab Iman suka 'kemas' siang hari. Nge~~~
9. Suka simpan barang-barang lama.. percaya tak?? Pen yang saya beli tahun 2000 (form 3 dulu) masih ada dan saya bawa ke sini?? Lupa pulak nak snap gambar, tak apa nanti dah snap saya postkan kat blog. Lepas tu pulak, pen yang dah tak berdakwat saya suka juga simpan. Hobi apa saya pun tak tahu..
10. Yang ni memang malu nak mengaku TAPI benar.. Saya suka bercuci mata a.k.a jamu mata di online shopping terutamanya baju kurung, jubah, tudung dan brooch. Kadang saya membeli tapi kebanyakkan saya jamu mata je. Hiks.. Saya suka menjahit tapi tak ada mesin nak jahit. Jadi, jamu mata lagi bagus.. (ade kaitan ke??)
p/s: Lina.. kak iza dh jawab tag lina tau..
Bismillahirahmanirahim
Bismillahirahmanirahim
Bismillahirahmanirahim..
Plan untuk makan malam, kami ingin ke Asian Garden (zabihah halal) untuk menikmati makanan Thai yang sedap lagi halal tapi apokan dayo.. tibanya kami ke Asian Garden, restorannya tutup, tak pasti tutup sementara atau selamanya. Tapi nampaknya selamanya. Huhuhu...
Nasib baik Handfon canggih Nik boleh access internet, jadi kami ke zabihah.com, cari halal restoran di Wichita. Alhamdulillah rezeki kami, kami ke Dashi Curry, Indian Cuisine. Tapi saya percaya, pemiliknya orang Bangladesh atau Pakistan sebab loghat yang digunakan bahasa urdhu (bangladesh urdhu ke??) Kami menikmati Chicken Tikka (syahida's food- nik's wife) , beriyani rice (abgfiz dan nik) vegetables samosa, Garlic naan
(saya dan syahida)- ni sangat-sangat best. Roti dia lembut sangat.... last but not least Mutton curry (lupa dah dalam menu apa. tapi memang kari kambing.. sedap!!!)Harga pun tidakla mahal.. jumlah semua tak sampai pun 50USD, Murah kan??
Kami pulang dalam jam 9 malam, perjalanan Wichita - Manhattan mengambil masa 2 jam. Sampai kat rumah, saya terus 'pengsan'.. Almaklum la.. saya memang sennag tidur, masuk kereta, lena... buka mata dah sampai destinasi. Nge~~~
Bismillahirahmanirahim
Gaya duduk tersopan dan terkini.
Inilah Iman, suka datang kat tempat umi bila umi mengadap pc.
Iman suka baca buku Dora The Explorer.. Buku lain Iman suka koyak dan tarik. Ekekek
Iman ikut hobi sama ayah, suka barang-barang berwayar.
Hari Jumaat kami ke Oriental Market (Thailanese store), waktu nak bayar di kaunter, ada pekerja baru (kot..orang tua, tak pernah nampak sebelum ni dan tak pandai cakap English) dia duk sembang-sembang dengan juru kaunter (juru kaunter??). Lepas tu, dia tanya..
" My lady or my son?" sambil tangan tunjuk pada Iman.
Jawab saya, " Oh.. its girl.."
Dia sambil mengangguk dan tangan duk tunjuk pada abgfiz lepas tu Iman, serta tangan berisyarat pada muka, saya kata " Yes, she really like her father.."
Hehehe..lucu sungguh tapi kata abgfiz, sekurang-kurangnya dia nak bercakap walaupun tak pandai, tapi dia mencuba. Bagus.. Good job!!
P.s:// umi cuba untuk potong rambut Iman yang bersepah, dan waktu yang sama, Iman tak duk diam.. sudahnya sebelah rambut Iman macam Abu Bakar Elah.huhuhuhu Menyesal potong rambut dia.
Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca. Syukran Jazilan